Panda Comel dalam Doodle Hari Bumi di Google

Reviews April 22nd, 2011

Kepada yang tak tahu, hari ni adalah hari bumi. Ia disambut semenjak 41 tahun yang lalu untuk menimbulkan kesedaran dan penghargaan terhadap bumi kita. Seperti biasa google akan menyediakan doodle yang sangat menarik sempena tarikh-tarikh penting ni semua. Doodle kali ini agak unik dan mempunyai banyak maksud tersirat kepada yang tak tengok lagi pergi la bukak google lepas tu sambung baca entry ni. Read the rest of this entry »

Sertai Churp-Churp Great Race dan Menangi iPad 2, Blackberry Bold 3 dan banyak lagi

Reviews April 21st, 2011

Kepada yang tidak tahu apa itu churp0churp sila daftarkan diri anda disini terlebih dahulu. Sama seperti Says.my, churp2 juga salah satu tempat untuk menjana wang di internet dengan berkongsi link yag diberikan oleh mereka. Ianya terbukti berkesan dan tidak scam. Saya pernah 2 kali cashout earning churp2 ini. Klik sini untuk bukti. Apa yang menarik ingin dikongsikan dalam post ini adalah Great Race yang dianjurkan oleh churp-churp. Hadiah yang sangat lumayan ditawarkan seperti iPAd 2, Blackberry Bold 3 iPod Touch dan banyak lagi. Read the rest of this entry »

Onigiri buatan sendiri

Life April 20th, 2011

live update: 20 Apr ’11, 4.58am MYT | dari e71 topo…

Hohooh tajuk macam best je onigiri padahal nasi kepal je pon. Tapi betul la kan onigiri tu buat daripada nasi yang dikepal-kepal. Ini la hasil akibat kelaparan kronik pada jam 3-4 pagi. Tengok kat dapur ada nasi je lauk semua da takde, slumber la kepal pastu makan dengan sos barbeque haha ada la jugak rasa. Apa yang aku kagum sebab aku berjaya jadikan nasi tu betul-betul berbentuk sfera haha. Esok boleh cari rumpai laut la bagai tu semua cuba buat onigiri betul-betul hahahah. *cita-cita tinggi*

Tarikh Hari Ibu 2011

Reviews April 11th, 2011

Klik sini untuk Tarikh Hari Ibu Tahun 2012

Ye aku sedar post ini masih terlalu awal untuk diterbitkan haha tapi rasanya bagus jugak kalau korang tahu tarikh hari ibu ni awal-awal. Boleh la nanti nak kumpul duit untuk dijadikan hadiah hari ibu ke. Kepada yang tidak tahu, tarikh hari ibu adalah tidak tetap pada setiap tahun dan ia juga berbeza bagi beberapa negara. Dalam post ini aku ingin kongsikan tarikh sambutan hari ibu di seluruh dunia untuk tahun 2011. Semoga dapat manfaat bersama 🙂 Read the rest of this entry »

Telur bentuk hati hahaha confirm bukan telur tiruan ni

Life April 10th, 2011

live update: 10 Apr ’11, 2.06pm MYT | dari e71 topo…

Sekarang ni tengah sibuk pasal telur tiruan la bagai. Salah satu cara nak pastikan telur tu tiruan atau tak adalah dengan tengok hujung telur tu. Kononnya telur tiruan dia bulat je hujung dia takde lekuk. Haha jadi telur yang melekuk sampai jadi bentuk hati ni confirm bukan tiruan.

Cermin mata upgrade versi 2.0

Life April 8th, 2011

live update: 8 Apr ’11, 9.11pm MYT | dari e71 topo…

dah lama tak menulis kat blog ni hohoho. Ini hanyalah post santai sebagai pemanas badan untuk post yang mungkin lebih panjang. Gambar di atas menunjukkan gambar cermin mata aku yang telah diupgrade.

Hahaha kalau anda ada follow topotato di twitter mungkin anda pernah membaca tentang cermin mata aku yang selalu tertanggal sebab dah takde grip. Sangat tensi bila nak makan spek jatuh masuk pinggan haha. Untuk mengatasi masalah tu kakak aku dah tambah grip pada cermin aku guna getah hahaha siap ikat buat corak lagi.

Untuk seketika ni mampu la untuk mengatasi masalah spek yang asik jatuh je. Walapun macam pelik je tapi ok la jugak dan aku pon memang tak pi mana-mana. Kalau ada duit nanti beli la spek baru hahaha tapi tengok macam cantik jugak ikat dengan getah ni hahaha.