Mawar Putih Buat Mama – tacing woo lagu ni

video May 7th, 2011

 

 

Sempena hari ibu esok rasanya sesuai la aku post lagu ni hohoho tak ke tacing korang dengar lagu ni 🙂 Pertama kali aku dengar lagu ni masa Mentor 5 dulu. Lepas tu selalu plak dengar lagu ni dan dah melekat terus dalam kepala. Teruskan membaca kalau nak lirik dan menyanyi bersama hohoho Read the rest of this entry »

Wordless Wednesday #1

Life May 4th, 2011
live update: 4 May ’11, 8.18am MYT | dari e71 topo…

 

Telur bistik yang mengecewakan

Life May 3rd, 2011

live update: 3 May ’11, 12.02am MYT | dari e71 topo…

Kalau kalian rajin mengikuti update aku di twitter, mungkin korang akan perasan ada satu hari tu aku sangat mengidam nak makan telur bistik. Tapi malangnya telur bistik ni agak sukar didapati, biasanya hanya ada pada waktu malam di kedai-kedai tertentu sahaja.

Hari ini aku berpeluang keluar dari Melaka untuk menghadiri majlis perkahwinan classmate. Sebelum balik Melaka sempat la jugak mengalas perut dan menu pilihan adalah telur bistik. Di atas itulah rupa telur bistik berkenaan. Sangat menghampakan dan tak sedap dan pedas. Dan takde rupa telur bistik langsung, macam telur dadar berkuah je =.=”. Nama dan lokasi kedai terpaksa dirahsiakan. Nanti aku amek gambar telur bistik versi orang Melaka pulak hahaha

Nasi kerabu yang sedap. RM 3.50 ada ikan,daging salai,solok lada,ulam-ulam,keropok

Life April 29th, 2011

live update: 29 Apr ’11, 12.46am MYT | dari e71 topo…

Hohoho sepatutnya aku post gambar ni petang tadi tapi bateri kong pulak masa tu. Ini adalah nasi kerabu yang dibeli di pasar malam UiTM Lendu. RM 3.50 je harga dia tapi heaven gila!!! Penuh dengan pelbagai jenis lauk sampai tak tau nak makan apa. Ada ikan goreng, daging salai, keropok, solok lada, ulam-ulam dan 3 jenis kuah yang aku sendiri tak pasti. Mungkin ada budu dalam dia. Kepada yang berminat pi la pasar malam UiTM Lendu setiap Selasa dan Khamis.. Tapi aku tak pasti la dibuka pada orang awam ke tidak hahaha

Peraturan yang mungkin korang tak perasan atau tak baca langsung dalam WWWOW Awards

Reviews April 27th, 2011

Kepada yang tidak tahu, DiGi ada melancarkan WWWOW Awards dan banyak blogger-blogger yang femes dan kacak masuk bertanding dalam pertandingan ini. Aku juga tidak melepaskan peluang untuk mencalonkan cisdel.com dalam kategori Top LOL (humor) blog. Yela cisdel je kot yang layak bertanding topotato.com ni picisan je tak layak nak bersaing dengan blogger-blogger hebat di luar sana hehe. Sebelum mencalonkan cisdel.com aku memang suka baca rules, FAQ dan sebagainya. Post kali ini aku nak share 1 rule yang mungkin korang tak perasan… Read the rest of this entry »

Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi

Life April 25th, 2011
potong kuku ikut sunnah nabi

potong kuku ikut sunnah nabi

Aku agak yakin ramai yang dah pernah baca post macam ni, post ini aku tulis kat sini sekadar untuk peringatan diri sendiri. Dah banyak kali aku potong kuku asek nak kena cari balik je so kalau dah ada kat sini senang aku nak tengok balik. Jadi kepada yang tak tahu juga, semoga mendapat manfaat bersama 🙂 Read the rest of this entry »