tak cukup 37.. tambah lagi 10 fakta tentang topo…

September 21st, 2008 10 Comments   Posted in tag

ok ni satu lagi tag yang bercirikan soalan peribadi.. hoho tak cukup ke 37 fakta tentang topo dulu?? semenjak 2 menjak ni aku agak kerap dapat tag yang nak membongkar rahsia peribadi ni la.. hoohoh mungkinkah sebab aku jarang ceritakan perihal peribadi aku kat sini?? hahahah mungkin jugak.. ok tag kali ni di sedekah kan oleh saudara zobree… so jemput la baca ye.. mungkin ada benda berguna yang berguna pada korang.. terutamanya mereka yang berstatuskan awek cun.. :ehsan01: Read the rest of this entry »

bila muka topo dijadikan manga sempena puasa esok…

August 31st, 2008 14 Comments   Posted in tag

setelah diperkenankan oleh duli-duli yang maha mulia raja-raja, tarikh permulaan puasa bagi tahun ini, 1429H jatuh pada esok hari bersamaan 1 September 2008.. so kepada rakan-rakan sekalian… berhenti la baca blog ini seketika dan sila la pergi bersiap-siap untuk ke sembahyang terawih ye.. hohohoh satu lagi.. kepada korang yang nak tau jadual waktu berbuka puasa dan imsak sepanjang bulan Ramadhan 2008/1429 bagi seluruh kawasan di Malaysia.. sila lah download di sini.. jadual diambil terus dari laman web jakim.. download la tanpa was-was.. hohoho

hohoho sebenarnya dalam post ni aku nak menjawab tag dari seorang gadis blogger yang pernah cakap burung hantu itu comel.. hohoh tapi sekarang ni dia da ada domain yang menggunakan nama sendiri, cik fara.. ok dalam tag ni sepatutnya aku kene buat 3 gambar di faceyourmanga.com.. tapi malangnya aku sempat buat satu je.. pastu aku dah tak boleh bukak web tu samapai la sekarang ni.. hohoo ini la rupa topo bila dah di manga kan…
bila topo dimangakan
ini la rupa aku bila di mangakan.. dan ini la baju kegemaran aku yang sering aku pakai jika nak ke kelas.. hohoh baju ni kakak aku yang beli kan.. suka aku tengok warna dia.. rasa cam nak makan je.. hohoho.. rambut aku memang macam tu.. dah beberapa tahun aku tak pernah gunakan sikat.. hohoh guna tangan pon boleh… dan hidunng tu bertampal bukan sebab selalu berpetualang hooho.. tapi sebab selsema.. hohoh sejuk gila bilik kuliah kat UTeM.. menyampah aku.. manjang bersin je

sampai sini je la post aku ye… aku nak bersiap untuk sembahyang terawih.. hhohoho cita-cita tahun ni nak sembahyang terawih full..dan aku tak nak pas kat sesiapa tag ni sebab aku yakin web tu memang dah down… sia-sia je kalau aku tag sesapa.. hohohoh

37 fakta tentang topo…

August 29th, 2008 14 Comments   Posted in tag

ni satu lagi tag dari junior aku kat UTeM… hohoho walaupun ko lagi tua dariku… tapi ko tetap junior.. hahaha ok aku nak translate tag ni jadi bahasa Melayu.. bosan aku kalau jawab tag je sure soalan bi.. so terimalah 37 fakta tentang topo…

1) berikan nama seseorang yang berjaya membuatkan anda ketawa malam tadi?
—semalam aku tak ketawa…;))

2) apa yang anda lakukan pada jam 0800?
—dengan semangatnya aku dtg UTeM utk pergi kelas ganti pukul 1000 tp kelas cancel..:-w

3) apa yang anda lakukan 30 minit yang lepas?
—sedang cuba dengan sedaya upaya nak terjemahkan tag ni…:c

4) apa yang terjadi kepada anda pada tahun 2006?
—menikmati hidup di matrikulasi…:-b

5) apakah ayat terakhir yang anda jeritkan?
—adoi!!! banyak nya lagi nak translate… ~:c

6) berapa jenis minuman yang anda minum hari ini?
— pagi minum teh, pastu minum milo yang mahal kat jusco.. pastu minum susu dutch lady masa nak gi cubic.. pastu minum air kotak teh bunga dgan laici free sebab dengar forum merdeka kat UTeM.. dan sekarang ni aku baru habiskan air secawan kopi.. hohoho dah berapa ek? #-o

7) apakah warna berus rambut anda?
—aku tak menggunakan berus rambut semenjak tahun 2006….o-g

8) apakah benda terakhir yang anda bayar?
—susu dutch lady.. saya nak jadi sihat dan kuat.. 3:-o

9) dimanakah anda berada pada malam semalam?
—menikmati tidur yang sempurna di rumah..|-)

10) apakah warna pintu depan anda?
—kelabu rasanya…aku tak pernah kisah pon…@-)

11) dimanakah anda simpan wang baki anda?
—dalam kotak kasut.. sekarang dah ada RM60++ semenjak awal sem lepas…$-)

12) bagaimanakah keadaan cuaca pada hari ini?
—langit cerah ada bintang.. hahaha (*)

13) apakah perisa aiskrim kegemaran anda?
—napoleon.. hoho kombo strawberi,coklat dengan vanila.. kadang-kala combo strawberi,jagung dengan mangga 8-d

14) apakah perkara yang mengujakan anda?
—tatkala aku habis siapkan terjemah tag ni..=dc

15) adakah anda mahu memotong rambut anda?
—ya.. rambut aku da merimaskan da sekarang ni…o-+

16) adakah anda berusia lebih dari 25 tahun?
— aku masih lagi berumur belasan tahun 😀

17) adakah anda seorang yang banyak bercakap?
—bergantung pada keadaan sekeliling… kalau aku lepak dengan org yg super senyap.. nescaya aku akan jadi super duper senyap… kalau aku lepak dengan org yg byak cakap.. nescaya aku akan bercakap tanpa henti… :-@

18) adakah anda menonton O.C ?
—aku tak tau langsung O.C tu ape…:-??

19) adakah anda mengenali sesiapa yang bernama steven?
—rasanya tiada.. 😕

20) adakah anda mencipta perkataan anda sendiri?
—kadang kala la…8-}

21) adakah anda seorang yang cemburu?
—selagi tak mendatangkan keuntungan… tak ada gunanya cemburu../:)

22) namakan seorang rakan yang namanya bermula dengan huruf A.
—Afif member time matrix dulu..:o)

23) namakan seorang rakan yang namanya bermula dengan huruf K.
— sorang pon aku xdapat nak fikirkan…:|

24) siapakah org terakhir yang menelefon anda?
—Dhana… member yg dari bukan dari Malaysia…**==

25) apakah SMS terakhir yang anda terima?
—ok 😉

26) adakah anda mengunyah straw anda?
—ya.. hohoho tatkala kebosanan.. best gak..=p~

27) adakah anda mempunyai rambut yang kerinting?
—tidak… rambut ku lurus..O=l

28) kemanakah anda akan pergi selepas ini?
—ke alam mimpi… da ngantuk da ni..(:|

29) siapakah orang yang paling kurang sopan sekali dalam hidup anda?
—tiada… semua orang baik-baik belaka…o:-)

30) apakah benda terakhir yang anda makan?
—mee claypot… dekat Jusco… tak sesedap mase aku makan kat terominal one dulu…:-{

31) adakah anda akan berkahwin di masa hadapan?
—tentulah nak… kalau jumapa yang berkenan dihati.. akan ku kawen dengan segera… 😡

32) apakah cerita yang paling menarik pernah anda tonton dalam masa 2 minggu?
—forgetting Sarah Marshal… rasanya betul la tajuk dia tu..best gak cite ni.. :-j

33) adakah sesiapa yang anda minat pada masa sekarang?
—tidak.. I Love being single… hohoho b-)

34) bilakah kali terakhir anda membuat sebarang permintaan?
—10 minit yang lepas.. cepat la siap aku terjemahkan tag ni..[-Oc

35) adakah anda berada dalam keadaan tertekan sekarang ni?
—agak tertekan gak la..~X(

36) adakah anda menangis pada hari ini?
—menangis tu ape? :((

37) kenapakah anda menjawab tag ini?
—ntah la tetiba je nak buat…:-v

hohohoh aku berjaya menterjemahkan tag yang panjang… ye la asyik buat entry bahasa Inggeris je… nak jugak buat entry bm balik..

pelaburan terbaik topo….

August 19th, 2008 4 Comments   Posted in tag

ok aku telah diajukan soalan ni oleh en sammdaddycool yang menyuruh aku menyenaraikan 6 perlaburan terbaik aku… hoho asalnya tag ni berbahasa inggeris tapi aku nak jawab dalam Bm la… saya rasa bodoh bila saya bercakap dalam inggeris.. hohohooh agak sukar untuk aku menjawab tag ni sebab aku memang tak mempunyai banyak harta… tapi setelah bertapa berjaya jugak aku menyenaraikan perlaburan-perlaburan ku..

1) laptopku sayang..

ni la harta pertama aku yang dibeli menggunakan duit PTPTN… hohoho sebagai pelajar IT seperti aku, laptop ni sangat penting.. hohoho kalau takde laptop ni ibarat macam patah tangan gak la.. xleh nak buat keje… hohoho dengan laptop ni jugak la aku belajar pasal dunia blogging… terima kasih laptopku sayang.. tapi aku rasa hidup ko tak lama wahai laptop ku… jika aku ada duit aku akan membeli PC.. hohoho laptop ni tak mampu menampung software2 yang aku perlukan… hohoho bye laptopku sayang..

2) henset sony ericsson z610i ku sayang…

hohoho selama hampir 4 tahun aku guna alat komunikasi tangan ni.. ni la kali pertama aku menggunakan henset yang agak maju… ada camera, bluetooth,3G dan macam2 lagi… hohoh oselama ni aku pkai henset hitam putih je… aku pakai henset ni baru sebulan tapi nampak gayanya henset ni tak lama berada di pangkuanku sebab kaka aku dah jatuh hati dengan henset ni.. hoho bye henset ku sayang…

3) topotato.com ku sayang…

hohohoho banyak yang aku laburkan pada blog ni.. banyak projek masa depan yang aku akan buat kat blog ni.. hohoho belum dilancarkan je lagi… ni la tempat aku belajar macam-macam.. ni la tikus makmal aku.. banyak ujikaji yang aku jalankan kat sini.. hohohoo walaupun pernah mengalami bencana tapi kini masih lagi berdiri di sini… hohohooh

4) keluarga ku sayang…

hohoho tak seperti samdaddycool… yang ada anak… aku masih belum punya anak mahupun teman istimewa..hoho so keluarga la yang paling utama sekarang ni… hohooho aku malas nak menulis panjang lebar pasal keluargaku… sila la baca di sini ye…

5) UTeM ku sayang… hohoho

ok aku rasa setiap tahun kat sini la paling banyak sekali yang aku laburkan… tak kira dari segi wang ringgit, masa dan sebagainya.. hohoho kepada yang masih tak tau.. UTeM tu Universiti Teknikal Malaysia Melaka… tempat aku melanjutkan pelajaranku… ye la .. tiap2 tahun beribu ringgit duit yang aku kena bayar… dan tiap-tiap hari aku kena mengahabiskan masa menghadiri kelas dan tutorial.. demi untuk mendapat segulung ijazah… hohoho ayat nak best

aku rasa cukuplah sampai 5… aku tak mampu nak memikirkan yang satu lagi… hohohoho maaflah tiada gambar disertakan.. aku tak boleh nak upload gambar entah kenapa…

TAGnificent seven…

May 31st, 2008 7 Comments   Posted in tag

ok masa untuk menjawab tag…ade hutang tag bertagguh… terasa malas plak.. tapi makin lama dibiarkan nanti lagi banyak la.. so mari menjawab tag… hoho tag yang panjang ni disedekahkan oleh e-zoodeen (susahnya aku nak ingat url ko…..) tag ni ditujukan pada mylifeastopo.. tapi blog tu still under construction.. kat sini la aku jawab ye…

  1. 7 Fakta tentang saya.
  2. 7 Perkara menakutkan saya.
  3. 7 Lagu buat mase sekarang.
  4. 7 Perkataan yang saya selalu sebut.
  5. 7 Perkara amat bernilai.
  6. 7 “Pertama Kali” dalam hidup saya
  7. 7 Blog yang dipilih…

Read the rest of this entry »

TAG o’ ais limau…

May 8th, 2008 4 Comments   Posted in tag

hohoohoh sekarang ni dah semakin jarang aku menaip post..aku walaupun aku dah habis exam..tapi kini aku semakin sibuk untuk memperlengkapkan topotato.com sebelum boleh dilepaskan di alam maya..ok masa untuk menjawab tag.. hohoho tag ini disedekahkan oleh saudara wanwma (macam mana nak promounce nama die ni ek?) hohoho ini merupakan tag aku tunggu-tunggu setelah sekian lama mengusya rakan-rakan lain membuat tag ni…

untuk tag ni aku disuruh untuk menceritakan perihal super hero yang aku gemari…buat masa ini super hero yang aku gemari.. sudah tentulah… tak lain dan tak bukan… si dirah besi.. iron man!!!

kenapa saya suka iron man?? kenapa saya suka iron man? kenapa saya suka iron man?? hohohoho korang x suka ke si iron man ni??suite dia semart gila!!! tu je satu faktor yang dapat aku fikirkan…. huish.. kalo aku jumpe action figure iron man ni.. memang aku sambar terus tanpa segan silu…sekarang ni itu lah first priority wish list aku…so kepada sesiapa yang teringin nak bagi aku hadiah.. sila la carikkan aku action figure iron man… dan lebih baik lagi sekiranya ia bersekala penuh 1:1.. memang aku akan sayang mereka yang bagi aku benda tu… hohoohoho aku rasa itu sampai disini sahaja lah post untuk kali ini…sekian hohoho bonus untuk kalian..

  • klik di sini untuk mendownload koleksi wallpaper iron man the movie yang aku miliki..
  • klik di sini untuk download iron man the movie punye screen saver yang meruntum jiwa… hohoho

sumber dari http://ironmanmovie.marvel.com dan google ku sayang…

p/s: aku memerlukan bantuan… sekarang ni aku menghadapi masalah untuk memberi komen di blog lain… penat-penat aku tulis panjang2… tetiba je hilang macam tu je bila aku tekan submit… tolong2!!!!. hohoho aku dah gian nak bagi komen kt blog org ni….sesiapa ade solution.. sila nyatakan kepada aku… tq