search engine,trafik dan Ogos…

September 1st, 2008 9 Comments   Posted in round up

ok hari dah masuk bulan September dan bulan Ramadhan.. jadi seperti biasa.. satu lagi round up post dari topo… ok bulan Ogos merupakan bulan yang trafik aku naik dengan sangat mendadak.. dan banyak visitor aku yang berasal dari search engine.. hohoh bulan ogos banyak event yang menyebabkan blog aku sangat mesra di enjin carian… dan banyak keyword yang meletakkan topotato.com di tempat teratas.. mungkin aku patut belajar lebih banyak lagi ilmu SEO.. hohoho ok antara keyword yang top pada bulan lepas..

  • lagu perpaduan teras kejayaan — seramai 152 hits datang dari pelbagai enjin carian.. dan menjadikan entry tu sangat popular..
  • hadiah hari jadi lelaki — hohoo walaupun hits tak seberapa.. tapi hampir setiap hari ada orang datang berpunca dari keyword ni.. mungkin aku patut buat entry berkenaan ini..
  • sejarah @ maskot olimpik — hohoho ramai jugak yang datang sebab keyword ni.. terima kasih la olimpik…
  • gambar kota a famosa — dari dulu lagi ramai yang datang sebab keyword ni.. tapi aku yakin mereka kecewa sebab takde langsung gambar a famosa dalam blog ni.. hohoho akan aku usahakan nanti..
  • iklan merdeka petronas — hohoho yang ini memang aku jangkakan.. iklan tu memang sangat best.. hohoho
  • wonderpets versi melayu — hohoho yang pon pasti mendatangkan kekecewaan pada semua.. aku masih lagi tak jumpa lagu tu.. sesiapa tau atau ada.. sila bagi aku ye.. terima kasih..

ok bulan ogos merupakan bulan yang agak banyak entry aku tulis berbanding bulan-bulan yang lain.. hohoho 22 post… selalunya nak dapat 15 pon susah.. ok post yang popular dalam bulan ogos adalah:

dan akhir sekali.. blog-blog yang banyak memberi trafik kepada topotato.com pada bulan Ogos yang lalu.. hoho sila la melawat blog mereka ye..

  • aniely buat poem yang macam agak best.. nak tau usya la sendiri…
  • humbleandmodest menceritakan perihal kes buli yang semakin berleluasa.. hohoho ko kena buli ke??
  • zariel dah terpijak laptop azie.. hohoh onak tengok rupa laptop tu singgah blog mereka.
  • zamz tulis post pasal doa dengan selawat tasbih utk terawih… hohoho aku baru je nak bukak kitab.. kepada yang dah terlupa.. rujuk la kat sini…
  • abdfatah dah promote pasal animasi upin dan ipin setahun kemudian..kira cam musim kedua la… hohoho aku memang minat upin dan ipin ni… tapi sebab ramai yang dah post.. aku malas nak post.. hohoh kalau korang minat upin dan ipin gak.. baca post ni..

yeah.. tamatlah sudah satu lagi round up post dari topo.. hohoho ada 10 minit lagi sebelum berbuka… hohoho kan best kalau dok kat sabah sarawak.. aku rasa sekarang ni kak riani dengan adry sure da bukak puasa da sekarang ni.. hohooh promote link sebab aku menang contest diorang.. hohoho saguhati pon jadi la,,,akan ku cuba lagi..

kisah julai dan topo…

August 8th, 2008 9 Comments   Posted in round up

hohoho satu lagi round up post dalam blog ni… sebelum tu.. aku cukup terkesima dengan tarikh hari ni… 080808.. hohoho banyaknya 8… bulan Julai bermulalah sesi aku kembali menjejakkan kaki ke bumi UTeM sebagai pelajar… hohoho visitor blog ni masih lagi macam roller coaster.. tapi yang agak membanggakan aku.. jumlah subscriber ke blog ni semakin meningkat dari hari ke hari…maknanya semakin ramai menunggu untuk aku menghasilkan post-post baru… yeah!!! jadi kepada sesiapa yang belum subscribe lagi.. sila lah subscribe jika kepingin mahu mendapatkan post-post terkini daripada topotato.com Read the rest of this entry »

kisah Jun dan topo…

July 10th, 2008 5 Comments   Posted in round up

sebelum aku melalut panjang ingin ditegaskan bahawa Jun tu bukan nama orang… ini adalah round up post untuk bulan Jun… hohoho buat pertama kalinya ada round up post di topotato.com…aku sangat teruja =p~ ok apa yang berlaku pada bulan june yang lepas… bulan ni merupakan bulan yang paling banyak visits yang pernah aku dapat selama aku menjadi blogger… dan semuanya disebabkan banyak hari-hari penting dan blog aku sangat mesra SEO hohoho banyak keyword aku dapat tempat teratas kat search engine..tapi tu semuanya secara kebetulan… aku tak buat apa-apa pon.. hohohooh aku nak Belajar SEO!!!!

ok 6 post yang paling mendapat tempat pada bulan Jun.. hohoho aku list kan 6 sebab bulan Jun… kalau Julai nanti aku listkan 7 lak… Read the rest of this entry »