Adik Balqis Azizi: Budak Comel yang Pandai Berlakon
Jan 15Siapa Balqis Azizi? hehehe baca sampai habis. Aku memang peminat drama Melayu haha setiap minggu pasti aku akan tengok Cerekarama kat tv3. 2 Minggu lepas cerita Aduh sayang lakonan Tiz Zaqyah dan Remy Ishak memang sangat menarik dan mengiburkan tapi aku bukan nak cerita pasal dua orang artis hot ni, aku nak kongsikan tentang watak Fateha masa kecil yang dilakonkan oleh adik Balqis Azizi. Dan semalam sekali lagi dia berjaya memikat aku dengan watak Mimi dalam cerita Mr. Labuci.
Logo ComboFix ni Macam Logo Proton
Nov 10Lama tak menaip post kat sini rindu rasanya haha. Post kali ini ringkas sahaja, baru-baru ni aku terasa macam PC aku dijangkiti virus jadi aku pon google la segala macam cara penyelesaian sehinggalah aku terjumpa satu software ini, ComboFix. Apa yang menarik tentang ComboFix ini bukan kerana keberkesanannya tapi sebab logonya. Cuba tengok logo ComboFix ni macam kenal tak?

logo ComboFix
Mulakan Perniagaan Waffle Bubble yang Sangat Unik dan Menyelerakan
Oct 31Perniagaan adalah satu punca rezeki yang baik. 9/10 sumber rezeki adalah datangnya daripada perniagaan dan bakinya adalah daripada sumber yang lain. Bukan mudah untuk memulakan sesebuah perniagaan terutamanya untuk kekal maju dan bersaing dengan peniaga-peniaga lain. Post kali ini aku ingin memperkenalkan satu lagi pakej perniagaan yang sangat unik, menarik dan mudah untuk disediakan. Memperkenalkan, Pakej Perniagaan Waffle Bubble!
Perbaharui Lesen Secara Online dengan Mudah dan Cepat Bersama MyEG
Sep 28Pada zaman teknologi yang berkembang pesat sekarang ni banyak benda boleh dilakukan secara atas talian atau online sahaja. Lesen memandu aku telah tamat tempoh pada Hari Malaysia yang lalu, memandangkan aku malas nak pi pejabat pos dan nak cuba perkhidmatan MyEG aku pon renew lesen secara online pada 27 Sept 2011 dan hari ini 28 Sept lesen tu dah selamat sampai ke rumah.
Selain daripada lesen, ada beberapa lagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyEG seperti roadtax, auto insurance, permit pembantu rumah dan banyak lagi. Sedikit caj penghantaran dikenakan iaitu RM5 bagi kawasan Lembah Klang dan RM6 bagi kawasan-kawasan lain di Semenanjung Malaysia dan RM10 bagi Sabah dan Sarawak. Tambahan RM2 juga dikenakan sebab aku bayar menggunakan FPX / e-Debit. Jadi keseluruhannya RM8 caj dikenakan.
Nampak macam banyak caj tapi ia agak berpatutan kalau anda memang susah nak pergi pejabat pos dan sebagainya. Kalau pejabat pos depan rumah tu lain la ceritanya. Jadi kepada yang berminat dan ingin penerangan lanjut sila layari www.myeg.com.my
Peluang Jadi Tauke Bersama Usahawan.com
Aug 24
Jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi seluruh kawasan di Malaysia 1432/2011
Jul 27Dalam masa beberapa hari lagi umat Islam akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Dikesempatan inisaya di topotato.com ingin mengucapkan selamat berpuasa dan semoga dicucuri rahmat pada bulan yang penuh berkat ini. Seperti biasa topotato.com akan kongsikan jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi seluruh kawasan di Malaysia untuk tahun ini 1432/2011 dalam bentuk pdf. Semoga kita mendapat manfaat bersama.





