Mula-mula aku ingatkan SuperMoon tu macam Sailormoon

March 20th, 2011 3 Comments   Posted in Life

live update: 20 Mar ’11, 1.36am MYT | dari e71 topo…

Malam ni semua orang sibuk bercerita pasal supermoon. Hahaha mula-mula aku ingatkan supermoon tu macam sailormoon la awek-awek comel pakai baju pelaut hahaha. Siapa yang tak kenal sailormoon tu sila google. Kalau jumpa live action sailormoon sila tengok lagi "best" daripada anime dia.

Selepas bantuan google dan banyak giler post pasal supermoon dekat apesal.com baru aku tau ia tiada kaitan langsung dengan sailormoon. Dan hasil daripada kamera 3.2mp nokia e71 aku ini lah rupa bulan yang aku dapat tangkap. Patutlah langit terang je malam ni 🙂

Tikus peliharaan baru yang berwarna putih

March 16th, 2011 6 Comments   Posted in Life

live update: 16 Mar ’11, 8.20pm MYT | dari e71 topo…

Lama tak buat live blog dah tak tau berfungsi lagi ke tidak. Post ini sekadar untuk berkongsi pasal tikus yang berwarna putih yang aku baru pelihara pagi tadi. Ini setelah tikus lama yang berwarna hitam itu bertindak agak melampau dan tidak mengikut arahan tuannya. Melampau betul tikus tu, setelah lebih 1 tahun aku membelanya dengan penuh kasih sayang dia seperti tidak mengenang budi. Atas sebab yang demikian aku mengambil langkah drastik dan menggantikan tikus berkenaan dengan tikus putih baru yang lebih seksi. Semoga tikus ini dapat bersama dengan aku lebih lama lagi mengharungi susah senang bersama-sama.

Kisah Hidup Penanam Anggur yang Mungkin Akan Berjaya

March 11th, 2011 10 Comments   Posted in Life

Mungkin ramai yang sedia maklum aku dah berjaya menamatkan pelajaran tidak berapa lama dahulu. Sementara mencari perkerjaan tetap atau mungkin sambung belajar banyak aktiviti-aktiviti bermanfaat aku lakukan contohnya seperti menanam anggur. Baru je berjinak-jinak dalam bidang ni, susah jugak rupanya nak jadi penanam anggur yang berjaya ni boleh tahan tahap kebosanan dia. Berikut adalah rupa anggur yang aku cuba tanam. Read the rest of this entry »

Koleksi Gambar Punca Krisis Bekalan Air 48 Jam

March 5th, 2011 5 Comments   Posted in Life

Sebelum ini aku ada kongsikan catatan harian catatan jamian catatan pengalaman sepanjang 48jam tiada bekalan air. Kali ini aku nak kongsikan gambar-gambar pulak. Semua gambar dan cerita disebalik paip ini diambil daripada facebook rasmi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) kalau diorang tipu makan post ini adalah penipuan belaka haha. Seperti biasa, klik untuk paparan lebih besar Read the rest of this entry »

Pengalaman 48 Jam Krisis Gangguan Bekalan Air

March 2nd, 2011 13 Comments   Posted in Life

Kalau anda mengikuti topotato di twitter pasti korang ada terbaca tentang masalah bekalan air yang melanda kawasan rumah aku semenjak pagi Ahad, 27 Februari 2011 jam 3.00 am. Tempoh masa 48 jam tu agak mencabar minda bagi aku terutamanya kerana aku tinggal bersama keluarga seramai 6 orang. Berikut adalah beberapa pengalaman berharga sepanjang 48 jam tanpa bekalan air. ( Jangan tanya aku mandi ke tidak.. hahaha) Read the rest of this entry »

Klebang original coconut shake

February 19th, 2011 9 Comments   Posted in Life

live update: 19 Feb ’11, 5.39am MYT PST | dari e71 topo…

Sepatutnya post ni aku buat semalam tapi kerana terlalu asyik menikmati coconut shake ni sampai terlupa nak tulis. Kepada yang tak tahu, Klebang memang terkenal dengan coconut shake yang sangat sedap dan banyak. Kat tempat lain mungkin juga sedap tapi kedekut, bagi cawan kecik je hahaha. Jadi kepada sesiapa yang bertandang ke Melaka, jangan lupa cuba coconut shake ini. Pesanan ini ditujukan khas kepada rombongan AzmanIshak ke majlis perkahwinan knizam. Kalau tak tau tempat sila gunakan GPS hahaha. Oh ye maaf kerana aku ada urusan dan tidak dapat mengikuti rombongan tersebut 🙂