Nasi kerabu yang sedap. RM 3.50 ada ikan,daging salai,solok lada,ulam-ulam,keropok

April 29th, 2011 13 Comments   Posted in Life

live update: 29 Apr ’11, 12.46am MYT | dari e71 topo…

Hohoho sepatutnya aku post gambar ni petang tadi tapi bateri kong pulak masa tu. Ini adalah nasi kerabu yang dibeli di pasar malam UiTM Lendu. RM 3.50 je harga dia tapi heaven gila!!! Penuh dengan pelbagai jenis lauk sampai tak tau nak makan apa. Ada ikan goreng, daging salai, keropok, solok lada, ulam-ulam dan 3 jenis kuah yang aku sendiri tak pasti. Mungkin ada budu dalam dia. Kepada yang berminat pi la pasar malam UiTM Lendu setiap Selasa dan Khamis.. Tapi aku tak pasti la dibuka pada orang awam ke tidak hahaha

Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi

April 25th, 2011 3 Comments   Posted in Life
potong kuku ikut sunnah nabi

potong kuku ikut sunnah nabi

Aku agak yakin ramai yang dah pernah baca post macam ni, post ini aku tulis kat sini sekadar untuk peringatan diri sendiri. Dah banyak kali aku potong kuku asek nak kena cari balik je so kalau dah ada kat sini senang aku nak tengok balik. Jadi kepada yang tak tahu juga, semoga mendapat manfaat bersama 🙂 Read the rest of this entry »

Onigiri buatan sendiri

April 20th, 2011 6 Comments   Posted in Life

live update: 20 Apr ’11, 4.58am MYT | dari e71 topo…

Hohooh tajuk macam best je onigiri padahal nasi kepal je pon. Tapi betul la kan onigiri tu buat daripada nasi yang dikepal-kepal. Ini la hasil akibat kelaparan kronik pada jam 3-4 pagi. Tengok kat dapur ada nasi je lauk semua da takde, slumber la kepal pastu makan dengan sos barbeque haha ada la jugak rasa. Apa yang aku kagum sebab aku berjaya jadikan nasi tu betul-betul berbentuk sfera haha. Esok boleh cari rumpai laut la bagai tu semua cuba buat onigiri betul-betul hahahah. *cita-cita tinggi*

Telur bentuk hati hahaha confirm bukan telur tiruan ni

April 10th, 2011 7 Comments   Posted in Life

live update: 10 Apr ’11, 2.06pm MYT | dari e71 topo…

Sekarang ni tengah sibuk pasal telur tiruan la bagai. Salah satu cara nak pastikan telur tu tiruan atau tak adalah dengan tengok hujung telur tu. Kononnya telur tiruan dia bulat je hujung dia takde lekuk. Haha jadi telur yang melekuk sampai jadi bentuk hati ni confirm bukan tiruan.

Cermin mata upgrade versi 2.0

April 8th, 2011 5 Comments   Posted in Life

live update: 8 Apr ’11, 9.11pm MYT | dari e71 topo…

dah lama tak menulis kat blog ni hohoho. Ini hanyalah post santai sebagai pemanas badan untuk post yang mungkin lebih panjang. Gambar di atas menunjukkan gambar cermin mata aku yang telah diupgrade.

Hahaha kalau anda ada follow topotato di twitter mungkin anda pernah membaca tentang cermin mata aku yang selalu tertanggal sebab dah takde grip. Sangat tensi bila nak makan spek jatuh masuk pinggan haha. Untuk mengatasi masalah tu kakak aku dah tambah grip pada cermin aku guna getah hahaha siap ikat buat corak lagi.

Untuk seketika ni mampu la untuk mengatasi masalah spek yang asik jatuh je. Walapun macam pelik je tapi ok la jugak dan aku pon memang tak pi mana-mana. Kalau ada duit nanti beli la spek baru hahaha tapi tengok macam cantik jugak ikat dengan getah ni hahaha.

Siapa boleh terangkan rasa Janggut Naga macam mana

March 22nd, 2011 16 Comments   Posted in Life

live update: 21 Mar ’11, 5.34pm MYT | dari e71 topo…

Jika anda mengikuti topotato di twitter korang mungkin tahu yang kakak aku baru pulang dari Kelantan. Dan seperti biasa kalau pi Kelantan mesti la ada bawak balik makanan keropok ke dan lain-lain lagi.

Tapi kali ni kakak aku bawak balik naga. Haha ok bukan naga. Janggut naga yang kononnya sejenis kuih. Seperti biasa aku kalau benda-benda baru ni aku susah sikit nak cuba. Ye la tak macam pelik ke nak makan janggut.. Jadi kepada sesiapa yang tau macam mana rasa janggut naga ni boleh tolong terangkan? Sebelum aku dipaksa makan janggut ni =.="