Hari ini aku kaya RM112 berbanding semalam…

August 7th, 2010 8 Comments   Posted in Life

live update: 7 Aug ’10, 1.52am MYT PST | dari e71 topo…

Hari ini aku kaya RM112 berbanding semalam, esok tak tentu lagi. Walaupun nampak macam tak seberapa je duit tu, tapi cukup la sebagai membalas titik peluh selama ini. Kalau banyak sangat nanti mak aku kata aku jual dadah pulak ;D.. Nak tau mana datangnya cek tu? Nantikan post akan datang. Yang pasti cek tu bukan bersumber daripada blog..

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi seluruh kawasan di Malaysia 1431/2010

August 4th, 2010 10 Comments   Posted in Life

untuk waktu berbuka puasa 1432/2011 sila klik disini

Dalam masa seminggu lagi mungkin umat Islam akan memulakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Di kesempatan ini topo ingin mengambil kesempatan untuk memohon ribuan ampun dan maaf jika terkasar bahasa ataupun menyinggung perasaan sesiapa di blog ini. bersama-sama ini disertakan sekali jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi seluruh kawasan di Malaysia untuk tahun ini 1431/2010 dalam bentuk pdf: Read the rest of this entry »

Susu F&N EXTRA.. dengan tongkat ali dan ginseng

July 26th, 2010 7 Comments   Posted in Life

live update: 26 Jul ’10, 10.27pm MYT PST | dari e71 topo…

Aku memang biasa beli ali cafe power root terutamanya masa zaman-zaman sekolah dulu sampai bapak aku pon terikut sama.. Tapi dah lama tak beli sebab mak aku tak suka bau dia..
Semalam bapak aku bawak balik susu ni, katanya nak try test macam mana.. Harga dia pon tak mahal sangat so boleh la nak try. Aku pon macam agak teruja gak la nak rasa susu yg dicampur tongkat ali dengan ginseng ni.
Jadi malam semalam try la buat air teh tarik guna susu ni, hehehehe rasa macam minum air akar kayu.. Kesannya??? Betul-betul kaw.. Sampai sekarang ni aku tak boleh nak tido walaupun kepala dah ting-tong dah ni.
Kepada sesiapa yg berminat cuba la cari di pasaraya berhampiran.. Harga dia tak mahal sangat pon.. ;D

rakyat Malaysia belanja RM500 juta utk beli nombor kenderaan

July 22nd, 2010 4 Comments   Posted in Life

live update: 22 Jul ’10, 10.32am MYT PST | dari e71 topo…

Terasa sangat berbangga hari ni sebab aku berjaya beli surat khabar di pagi hari.. hohoho antara berita yang menarik minat aku adalah berkenaan tempahan no plat.. dalam masa 4 tahun ni rakyat Malaysia dah berbelanja RM500j untuk beli no plat.. Ini termasuklah plat KCT1 milik dato siti yang bernilai RM66,550 dan juga no plat TAY1 yang bernilai RM200k+-.. Hohoohoho kaya2 orang Malaysia ni kan..

Selain itu gambar Cut Tari yang cantik molek juga salah satu faktor aku beli surat khabar hari ni.. untuk berita lebih lanjut pi beli sendiri surat khabar

tema baru dalam tempoh cubaan

July 11th, 2010 15 Comments   Posted in Life

live update: 11 Jul ’10, 11.44pm MYT PST | dari e71 topo…

Saje je nak test theme baru.. Nampak macam smart.. Tapi banyak aspek yg fail la.. hmmm

ini adalah lakaran awal projek yang aku kena buat masa internship

July 7th, 2010 16 Comments   Posted in Life

live update: 7 Jul ’10, 8.18pm MYT PST | dari e71 topo…

Setelah berbincang dengan supervisor aku semalam, ini lakaran awal apa yang aku kena buat sepanjang latihan industri. Tapi masalahnya aku sendiri dah tak faham apa yang kami bincangkan semalam.. Hohoho dah macam strategi bola sepak belanda untuk final nanti pon ada gak…