tebal giler kabus pagi ni.. rasa macam kat Genting je

September 21st, 2010 7 Comments   Posted in Life

live update: 21 Sep ’10, 9.11am MYT PST | dari e71 topo…

Tebal gile kabus pagi ni rasa mcm dok kat tanah tinggi genting je skrg
ni.. gambar ini diambil daripada office aku berlanskapkan library
UTeM..

yeah!! dapat kad raya daripada artis media prima

September 7th, 2010 6 Comments   Posted in Life

live update: 7 Sep ’10, 4.58pm MYT PST | dari e71 topo…

Yeah dah dapat kad raya yang pertama utk tahun ini.. Kad raya daripada media prima plak tu.. Sila jeles. Nasib baik kad dia cantik dan tak mengarut macam iklan hari raya dia.. Sekarang ni tgah tunggu daripada heliza plak..

p/s: yela2 kad raya ni bukan daripada artis.. Tapi daripada rakan yg praktikal kat situ.. terima kasih byk2 ye 😀

Baju raya saya warna #bc9e9c

September 6th, 2010 10 Comments   Posted in Life

baju raya

Bila nak raya pasti akan ada cerita pasal baju raya. Sekadar post ringkas sahaja. Baju raya saya warna #bc9e9c warnanya agak unik dan menarik :D. Ditambah pula dengan samping berwarna #000000 bersulam dengan benang berwarna #ecc87a pasti saya kelihatan kacak. Tetapi jauh di lubuk hati dah lama saya teringin nak pakai baju raya warna #cafd7c tetapi saya sedar kalau saya pakai baju warna #cafd7c pasti akan kelihatan pelik.

Haha terasa sangat geek post kali ini tapi itulah hakikat dia, sebab warna baju aku ni sangat unik dan susah nak sebut. Nak kata warna maroon bukan, warna coklat pon bukan. Warna hijau jauh sekali. Jadi kesimpulannya warna baju raya aku tahun ini dan dah bereapa tahun dah adalah #bc9e9c. Tapi aku memang nak sangat baju warna hijau tapi jugak apa kan daya, warna kulit aku tak mengizinkan untuk aku memliki baju warna berkenaan. Sekian Terima Kasih. Baju raya anda warna apa?

buruk giler sijil W3Schools ni

August 30th, 2010 21 Comments   Posted in Life

live update: 30 Aug ’10, 8.23pm MYT PST | dari e71 topo…

dah lama topotato.com tak berupdate.. Mintak maaf la banyak-banyak je kepada para peminat sekalian.. hahaha ini adalah post utk cubaan liveblogging sahaja sebab dah lama ada masalah dengan liveblog. Hehehe nantikan post panas malam ini sempena kemerdekaan 😀

Jom kibarkan bendera Malaysia di blog..

August 21st, 2010 4 Comments   Posted in Life
topotato.com edisi kemerdekaan

topotato.com edisi kemerdekaan

10 hari lagi negara kita Malaysia akan menyambut kemerdekaan yang ke 53. Sebentar tadi aku dengar berita di tv3 kononnya masyarakat Malaysia tak patriotik tak nak kibarkan bendera Malaysia sempena bulan kemerdekaan ini. Jadi aku ingin mengajak rakan-rakan blogger sekalian jom kita pasang dan kibarkan bendera Malaysia di blog masing-masing. Bendera di blog ini kecik je sebab bajet semua dah lari ke contest di cisdel.com 😀

Ini adalah gambar masjid UTeM

August 13th, 2010 No Comments   Posted in Life

live update: 13 Aug ’10, 11.38pm MYT PST | dari e71 topo…

Sepatutnya aku nak post masa solat Jumaat tadi tapi aku sangat sibuk hari ini hohoho.. Masjid ini telah siap pada pertengahan 2010 dan mampu memuatkan 4000 jemaah pada satu masa. Di masjid ini juga telah mula dijalankan solat Jumaat beberapa minggu lepas.. Kepada yang berdekatan jemput la datang solat dekat situ ye..