Kad jemputan Melaka Maju 2010

October 15th, 2010 10 Comments   Posted in Life

live update: 15 Oct ’10, 10.12pm MYT PST | dari e71 topo…

Kepada yang tak tahu, negeri Melaka akan diumumkan sebagai negeri maju pada 20.10.2010 tepat jam 20:10 (8.10pm) ini adalah contoh kad jemputan yang mak aku dapat. Siap ada cabuatn bertuah tu.. hohoho mana la tau boleh menang banglo ke.. =.="

Otai burger yang takde la otai sangat..

October 9th, 2010 17 Comments   Posted in Life

live update: 9 Oct ’10, 1.30pm MYT PST | dari e71 topo…

Semalam puas jugak la aku dengan bapak aku merayau cari burger. Sekarang ni dah semakin sukar nak cari orang jual burger. Ayu pon dah tak jual burger sekarang ni.. kecewa aku..
Berbalik pasal otai burger tadi, aku jumpa gerai tu depan taman chempaka hmm RM 2.80 satu… Rasa dia biasa je.. Burger Ayu lagi sedap kot.. hmmm.. Diulangi.. aku cakap rasa dia biasa ye.. bukan tak sedap hehehe

Milo sensasi meletup konon.. Aku yang meletup minum air ni

October 8th, 2010 5 Comments   Posted in Life

live update: 8 Oct ’10, 3.29pm MYT PST | dari e71 topo…

Dah lama dah aku kepingin nak minum air kotak sensasi meletup yang kononnya hebat sangat ni. Tapi akhirnya aku yang kecewa.
Pertama sekali aku tak dapat rasa pon apa beza straw yang ada 4 lubang tu dengan straw biasa. Dan yang paling aku bengang air kotak tu 200ml je. Sirius tak berbaloi.. dah la tak sedap.. Air milo yang makcik kafe depan tu buat pon lagi sedap la.. =.="

menu sarapan pagi ini adalah nasi lemak Ayu..

October 7th, 2010 4 Comments   Posted in Life

live update: 7 Oct ’10, 9.52am MYT PST | dari e71 topo…

Selamat pagi Malaysia.. dah makan? hohoho menu sarapan aku pada hari ini adalah nasi lemak Ayu yang dijual di hadapan koperasi UTeM dengan harga 80sen. Sepatutnya aku nak beli jagung bakar Ayu tapi awal sangat jagung tu belom dibakar lagi. Sedap la jugak.. ye la untuk harga 80sen ianya berbaloi. Jemput makan semua.. hohoho

p/s: hoho yakin je aku nama awek yang jual tu Ayu.. ntah2 bukan..

Saya pakai semburan deodorant “AXE”. Gadis-gadis sila berikan nombor telefon kalian ;)

September 29th, 2010 14 Comments   Posted in Life

live update: 29 Sep ’10, 10.27am MYT PST | dari e71 topo…

kepada gadis-gadis sekalian, hari ini saya pakai semburan deodorant AXE. Sila la berikan no telefon tanpa segan silu ye hahaha. Best juga bau AXE ni aku beli chocolate bajet ada la bau sedap macam chocolate ke malangnya takde. Tapi bau dia tetap best.

Kepada yg tak faham sila cari iklan AXE effect di youtube… hehe jap lagi nak pi jamuan hari raya UTeM.. doakan aku berjaya 😀

tolong!!! Mesin ni telan cek nuffnang aku..

September 22nd, 2010 14 Comments   Posted in Life

live update: 22 Sep ’10, 9.55am MYT PST | dari e71 topo…

tolong!!! mesin ni telan cek nuffnang aku.. dah la 2 keping plak tu..
ratus-ratus gak la nilai dia :((

hohoho ada orang percaya ke? Bagus.. hoho kepada yang tak tahu, ini
adalah mesin deposit cek. Nasib baik la mesin ni dah ada kat UTeM
senang keje aku tak payah nak beratur isi borang la bagai.. Masa aku
masukkan cek aku dalam mesin ni budak2 semua pandang pelik je dan aku agak yakin pakcik yg keje nak kutip cek ni pasti bosan giler sebab ada 1-2 cek je yang masuk sebulan