Kenapa twisties ni rasa macam dedak?

November 19th, 2010 15 Comments   Posted in Life

live update: 19 Nov ’10, 3.59pm MYT PST | dari e71 topo…

Sekarang ni aku sedang lapar dan tekanan tahap tertinggi. Lapar sebab makcik cafe tutup hari ni, Ain pon dah tak jual burger dengan jagung dah. Untuk mengurangkan lapar aku beli twisties besar punya. Tapi lagi aku tekanan sebab twisties ni rasa mcm dedak ayam.. Memang twisties cis ni rasa mcm ni ke atau lidah aku yg ada masalah atau koperasi jual twisties ni ada masalah?

Apa pendapat anda mengenai jenis perempuan yg cepat bosan terhadap pasangannya?

November 15th, 2010 7 Comments   Posted in Life

Soalan ini aku ambil daripada formspring hehe. Dah agak lama aku jawab soalan ni tapi sengaja aku post kat sini lagi sekali mana la tau kalau ada pendapat lain daripada pembaca. Mungkin selepas ini aku akan lebih rajin untuk post soalan-soalan yang diajukan di formspring sebab ada lebih 50 soalan yang tak berjawab dan rasanya kalau jawab kat blog pon mcm best je. Teruskan membaca untuk mengetahui jawapan daripada topo. Read the rest of this entry »

Siapa sayang topo? Sila mengaku.. hohoho

October 27th, 2010 8 Comments   Posted in Life

siapa sayang topo?

klik untuk paparan lebih besar

Sila klik gambar untuk paparan lebih jelas. ok kepada yang tak tahu, gambar di atas ini adalah antara hasil carian yang masuk ke blog ini. Maksudnya ini adalah antara keyword yang korang search kat google dan masuk ke blog ni. Keyword lain semua biasa je takde keyword panas pon tapi cuba tengok keyword yang aku tak blurkan tu. Keyword “Aku sayang topo” ok siapa yang search ni baik mengaku cepat.. haha

p/s: kalau rajin teka la keyword lain tu.. hoho

http://bit.ly/bPM6Kl

Desktop wallpaper pc ku

October 24th, 2010 10 Comments   Posted in Life

live update: 24 Oct ’10, 4.12pm MYT PST | dari e71 topo…

Hohoho ini adalah paparan di desktop pc kesayanganku.. hahaha wallpaper dia solid warna hitam je yamg lain tu semua "kerja" yang aku save di desktop yang selalu digunakan setiap hari. Rasanya tiada 1 pon shortcut di situ kalau ada pon tak pernah guna..

Beriya suruh jadi peminat di facebook tapi…

October 20th, 2010 12 Comments   Posted in Life

live update: 20 Oct ’10, 11.27pm MYT PST | dari e71 topo…

Ini adalah keratan surat khabar zaman tok kaduk bila ntah hahaha iklan pasaraya yang agak besar di Malaysia. Ape yang menarik minat aku adalah ayat "Sertai sebagai peminat" tu

Cara dah betul.. Kalau kena pada gayanya boleh dapat ribu-ribu peminat dia. Tapi yang silapnya dia takde bagi URL fan page dia pon.. Aku syak dia ingatkan teknologi akhbar skrg ni dah maju klik je button tu automatik boleh jadi peminat agaknya =.="

Jerebu yang agak teruk di Melaka hari ini

October 19th, 2010 5 Comments   Posted in Life

live update: 19 Oct ’10, 5.38pm MYT PST | dari e71 topo…

Dari pagi tadi aku tengok terang je tiba-tiba dalam pukul 1++ ramai yang cakap Melaka jerebu. Gambar ini diambil dari office aku di UTeM.. Pergh boleh tahan jerebu dia sampai tak nampak apa