Hadiah hari jadi daripada awek <3

January 12th, 2011 12 Comments   Posted in Life

live update: 12 Jan ’11, 2.43am MYT PST | dari e71 topo…

Baru je nak sedih dapat 1 je hadiah hari jadi tahun ni tiba-tiba ada posmen datang bagi hadiah hari jadi. Ya hadiah ni daripada awek tapi awek orang lain la. Bukan awek saya. Saya masih lagi single ๐Ÿ™‚ kepada sesiapa yang berminat boleh isi borang dan sertakan sekali gambar berukuran poskad hahaha .

Kepada yang berminat nak beli keychain yang kononnya comel ini nantikan review lengkap daripada topo hehehe

Satu-satunya hadiah birthday yang aku dapat untuk tahun ini

January 8th, 2011 7 Comments   Posted in Life

live update: 8 Jan ’11, 2.56am MYT PST | dari e71 topo…

Kepada yang tak tahu, semalam bersamaan 7 Januari merupakan ulang tahun kelahiran aku yang ke 20 lebih. Terima kasih kepada yang sudi wish birthday semalam. Secara kasarnya ada 117 wishes dekat fb, 24 wishes di twitter, 4 sms dan 1 panggilan telefon.

Salah satu sms tersebut adalah daripada emak aku. Ketika dia hantar sms tu dia sedang berada di ruang tamu dan aku ada di meja komputer. Jarak meja dengan ruang tamu tak sampai 5 meter hehe. Satu lagi sms daripada Bank Islam wish birthday hohoho advance giler maybank pon takde buat macam tu.

Gambar yang aku tunjuk kat atas tu adalah satu-satunya hadiah yang aku dapat tahun ni. pemberian daripada adik aku yang berusia 10 tahun hoho walaupun hanya Mamee Monster tapi aku sangat menghargainya ohoho danย  pada saat post ini ditulis ia sedang berada di dalam mulut aku. Sekian sahaja post untuk kali ini. Terima kasih sekali lagi kepada yang wish ๐Ÿ™‚

Inilah padahnya selalu sangat berlagak ada buffered earning..

January 4th, 2011 16 Comments   Posted in Life

takde BE langsung dekat topotato.com

takde BE langsung dekat topotato.com (klik utk jadi besar)

Kalau kalian rajin mengikuti perkembangan topotato.com pasti korang akan perasan aku rajin nak berlagak Buffered Earning (BE) yang ada di topotato.com. Tapi nampaknya lepas ini aku dah tak boleh nak kerek lagi la hohoho. Buat pertama kalinya dalam masa 2 tahun topotato.com takde BE langsung :D. Menyesal? Read the rest of this entry »

PC Expo MITC

December 17th, 2010 No Comments   Posted in Life

live update: 17 Dec ’10, 7.42pm MYT PST | dari e71 topo…

Sekarang ni aku berada di PC Expo kat Mitc. Window shopping je sebab duit takde. Boleh tahan jugak la barang-barang dia.. Awek cun pon ramai.. Expo ni ada sampai ahad ni kalau berminat jemput la dtg ye

Aku suka bau semburan deodorant AXE ni.. Rasa macam nak bagi no telefon pada diri sendiri je..

December 8th, 2010 7 Comments   Posted in Life

live update: 8 Dec ’10, 10.14pm MYT PST | dari e71 topo…

aku dah menggunakan semburan deodorant AXE semenjak beberapa bulan yang lalu. Sebelum ni aku pakai bau chocolate, memang wangi.. tapi sorang gadis pon tak bagi no telefon. Sebab tu aku tukar bau lain pulak.. Click namanya.. wangi dowh.. hahaha rasa mcm nak bagi no telefon pada diri sendiri je.. hahaha

Berapa Banyak Nombor Telefon yang Korang Ada?

November 30th, 2010 17 Comments   Posted in Life

Salam 1Malaysia, sekarang ni telefon bimbit dah jadi macam keperluan kepada semua orang dan bukan lagi kehendak atau kemewahan. Aku guna nombor yang sama sejak dari awal aku ada henset dulu lebih kurang dah 5 tahun jugak la dan aku tak pernah ada lebih daripada 1 nombor. Semenjak 2 menjak ni aku rasa macam nak pakai nombor lain je (sebulan bil sampai RM70++ pengsan gak la). Aku harap korang dapat bantu aku buat keputusan dengan menjawab beberapa soalan ini hehehe Read the rest of this entry »