aku blogger yang kurang sopan??

April 25th, 2008 20 Comments   Posted in Blogging

oleh kerana hari ni t\xde paper. aku pon meneruskan kehidupan seperti biasa dengan merayau-rayau di alam maya sambil mengusya kalau2 ade post2 baru yang menarik daripada rakan2 bloggers..tapikan.. tatkala aku sedang merayau2 aku ade terfikir… rakan2 bloggers x macam member2 aku yang ade kat frenster.. member2 yang ade kat frenster semuanya berumur hampir sebaya dengan aku.. di dunia blog.. kenalan2 bloggers semua mempunnyai tahap usia yang pelbagai..ada yang sebaya aku.. ade yang masih sekolah dan sgat muda dari aku.. ade yang sudah bekerjaya dan menjadi golongan profesional dan kurang juga terdapat mereka2 yang sudah berkahwin..dan dah ade anak…

masa tu aku mula terfikir… adakah aku seorang yang kurang sopan dan tak menghormati orang yang lebih tua?? sebabnya masa aku melepak atau menyepam blog diorang bahasa2 yang aku gunakan adalah sama je tanpa mengira usia… dan for sure la aku just gunakan ko aku je mase berinteraksi dlam blog diorang.. walaupun aku tau diorang tu lebih tua dari aku…mereka ni kisah ke kalo ayat aku kalau bahasa yang aku gunakan ni agak kurang sopan dan x menghormati orang yang lebih tua… tapi xkan la aku nak cakap saya awak… ke atau pon kalo nak bg komen..kena tulis camni ” post abang ni sangat menarik la.. saya suka membacanya… nak tukar link x abang??” hohohoho cam pelik je bunyik die… xpon kalau masa aku jerit2 kat kotak jerit blog2 lain.. nak kena tulis camni ke “hohoho berjalan-jalan mencari blogger… lawalah blog abang ni hohooho” adui.. aku pon meremang je bulu roma nak tulis camni.. cam pelik je…

so guys I need opinion… adakah blog melahirkan ramai golongan yang agak kurang sopan dan tidak menghormati mereka2 yang lebih tua?? lagi satu korang semua kisah x kalo ade bloggers yang muda remaja macam aku ni hohoho… atau yang lebih muda… berinteraksi kt blog korang macam ckap dgan kawan2 sebaya diorang je…. ade ke yang terasa hati??? kalo ade silalah bagi komen sket… nescaya lepas ni aku akan lebih bersopan lagi bila melawat blog kalian.. hohoho ataupun x melawat terus….hohohooho

p/s: progres perkembangan topotato.com… ada yang da tanya bila nak lepaskan blog tu di alam maya.. hohooho sekarang ni aku tgah customize theme yang serasi dgan jiwa aku.. kalo xde aral melintang maybe 10-11 May.. sejurus selepas aku habis exam..

saya dah jumpa hosting yang best…

April 23rd, 2008 9 Comments   Posted in Blogging

post ini bertujuan untuk mengucapkan terima kasih dan jutaan perhargaan kepada mereka yang telah memberi diriku pedoman untuk memilih hosting yang best.. berkat nasihat kalian semua… blog baru ku kini mampu berdiri megah di alam maya yang penuh pancaroba ini.. hohoho tapi blog tu masih belom rasmi lagi… aku xde masa lagi nak setting blog tu…

selain tu aku nak ucapkan terima kasih kepada saudara zaki blogjer.. sebab menawarkan untuk bg pinjam hosting die selama 6 bulan dalam usaha aku sedang mencari hosting yang best.. tapi memang bkan rezeki aku la… sebab tawaran tu dibuat selepas 2 jam aku membeli hosting baru.. hohoho xpe2 terima kasih atas tawaran berkenaan…

selain tu.. aku pon dapat satu lagi tawaran… service pemasangan blog secara percuma.. sebab menjadi insan-insan terpilih.. hohoho how lucky I’m.. tapi ak rasa aku xmemerlukan benda ni sebab aku nak explore sendri macam mana nak buat.. tapi yang bestnya hadiah ni boleh boleh dipindah milik.. so kepada sesiapa yang berhajat nak buat blog tapi xtau camne… dan berminat dgan service ni.. contact la aku.. akan ku pindah milikkan tawaran itu kepada anda… tapi sekiranya aku punya tu dah jadi milik org lain.. tapi ade yang masih berminat… hohoho kalian boleh membeli perkhidmatan tersebut dgan harga yang amat berpatutan.. lawati www.starstreet.us..hohooho iklan xberbayar…

tak lupa juga kepada tokey fwenz.info…saudara emptyspace sebab telah banyak membantu aku dengan menjawab pelbagai persoalan walaupun dia sangat sibuk… hohoho lepas abis exam ni.. lagi bertalu-talu la aku ajukan soalan yang pelbagai… diharap anda bersedia ye… hohohooh

hohoho blogger2 Malaysia ni memang baik hati dan suka membantu… hohoho ok2 siapa yang berminat nak sponsor custom theme plak untuk topotato.com sila angkat tangan /:)hohohoohoho…satu lagi… aku ingat aku je yang mencari pedoman nak beli hosting.. rupanya ade gak blogger lain yang tengah mencari pedoman membeli hosting… so guys sila lah serbu blog bob & razifali dan bantu lah mereka mencari pedoman… hohohoho adios dan wish me luck for final exam…

iklan di blog topo..

April 20th, 2008 11 Comments   Posted in Blogging

ni mungkin post terakhir sebelom aku bertapa untuk jawab exam….aku nak mangga laptop ni..hohohoho shutdown day versi topotato.com!!! edited at 11pm: adoi… apsal tetiba ade ads nuffnang yang masuk ni…aku nak mangga laptop ni..

sebenarnya aku takde la berminat sangat nak monetized blog ni.. traffic pon xseberapa… tapi kalo korang perasan tetiba ada banyak la plak ads kat blog ni…. ade nuffnang.. ade adsense dan ade ads blogger macho.. syamsulariff.com.. mana datang la ads tu sume… ok akan ku caertakan sejarah dan sebab wujudnya ads tu sume…

  • Nuffnang: awalnya dulu aku just guna advertlets je.. tapi lepas peristiwa die lupa nak renew domain + ade yang merungut kata advertlets x bayar.. aku terus campak jauh2 advertlets dan menjadi gliteratti nuffnang yang setia… bestnya jadi gliteratti ni aku boleh login kat innit.. benda yang seakan blogtitude… banyak gak la traffic yg aku dapat dari innit ni.. tapi semenjak 2 menjak ni macam da xde iklan je yg nk masuk blog ni..edited on at 11pm: apsal la ade ads yg msuk masae2 camni.. hoho ak rase mmg sket je la hits mgu ni…
  • ads dari syamsulariff.com ni semua bermula sebab die baru dapat duit dan mengeluarkan budget utk mempromosikan blog die.. aku pon xtau camne la die boleh berminat nak advertise kt sini… tapikan kau rasa cam x efisyen je projek advertising dia ni.. sbab kalo dulu bila aku usya blog die je .. sure ade 30-40 org yg online skali.. tp sekarang tinggal belasan org je… sori la byk2 syam.
  • dan ads yg terbaru sekali adalah google adsense: sebenarnya, masa aku mula2 buat blog kat blogger.com dulu.. perkara pertama yang aku buat adalah mendaftar diri utuk adsense.. dan syukurnya dengan sekali cubaan je aku berjaya mendaftarkan diri.. tapi disebabkan asik keluar khidnat masyarakat aku pon mencampak iklan google adsense tu jauh2.. tapi baru2 ni aku dapat tau yang google adsense dah support keywords bm dengan jayanya.. aku pon try la… xsalahkan mencuba.. hohoho nanti kalo x best.. buang la balik..

aku rasa setakat ni cukuplah sekadar ini je ads yang ade kat blog ni.. maybe lpas dah pindah nanti aku pelbagaikan lagi kot ads2 yang best.. tengok je la camne nanti…

p/s: soalan:

  1. ada ape dengan topotato.com???
  2. betol ke fahmishah nak jual tebaboom.org??

p/s: jawapan:

  1. for sure kat sini x ada kentang!!!dan dihostkan bawah hosting yg lebih reliable hohoho
  2. ntah aku pon xtau… nak kate die buat april fool.. ni da dkat bulan mei da ni.. lagi pon kita xbleh sambut april fool….tgu je la nanti..

CGYhost = problem…

April 15th, 2008 28 Comments   Posted in Blogging, Reviews

sekarang ni aku sangat kecewa… just for info… blog baru aku dihostkan kt CGYhost dan aku sangat menyesal ade buat blog kt company ni… walaupun hosting ni bkan aku yang bayar tapi- member aku sponsor.. tapi aku still sangat kecewa.. hari ni baru aku boleh access topotato.com setelah 3 hari dia down.. tapi aku masih blom boleh access cpanel lagi..UPDATE 15 april 5pm: CGY jam balik sekarang ni

asalnya bila member aku cakap dia ade blanja aku hosting ngan domain kat CGY mmg aku dah agak down.. apasal la mamat ni x cerita kat aku dulu sebelom die beli hosting tu.. kalo x memang bangkang abis… tapi bila pk2 balik org dah blanja aku try je la… dan khai pon ade story pasal CGY kt blog die.. die kata company tu dah ok.. so why not kalo aku cuba….

antara problem2 yang aku hadapi dalam proses aku nak memilki hosting kat CGY

  1. dia war2 kan setup dijalankan 24jam selepas pembayaran valid.. tapi aku punya lebih seminggu baru siap setup.. asalnya aku xksah sangat.. aku budget sure lambat sikit sebab aku buat bayaran hari sabtu.. and sabtu tu cuti so aku ingat Isnin nnt baru die setup.. xpela tapi lebih seminggu baru dia setup domain and hosting aku..urgh bodoh…
  2. customer service dia sangat teruk.. aku dah hantar 4 email pda support die tanya kenapa lambat sangat.. dan kat web dia cakap mereka akan bagi respon +-24jam.. tapi.. aku rase dekat 4-5 hari gak la aku tgu respon die…bodoh
  3. kononnya ade customer suport via ym,, dan sentiasa mnunjukkan diri online.. tapi tu sume mnipu.. dia dia online sms plak.. bodoh!!!.. dan sudah tentu la mereka xreply msg aku.. dan aku bernasib baik dapat detect die online.. tu pon pkul 630 petang nak dkat2 maghrib..
  4. bila aku dapat detect support die online aku pon mula bertanyakan soalan.. aku mulakan soalan dengan sopannya.. dia pon menjawab dengan senyuman.. pastu bila aku tanya kenapa aku punya hosting + domain x siap setup lagi dah labih seminggu die cakap kejap ye dia check…dan sekali lagi… bodoh..sekejap die bermaksud xde langsung… lama gak la aku tgu dia respon.. hampa… xde respon langsung pastu…
  5. selepas beberapa hari aku pon dapat pelbagai email kata domain ngan hosting aku da siap setup… hohoho gumbiranya…sebagai seorg newbie mmg aku xtau ape2.. aku try la carik ape-ape tutorial kat CGY.. tpai xde yang membantu.. kali ni bkan CGY yang bodoh.. aku yang bodoh..hohoho xpe la.. setelah explore dgan sngat mendalam dan dpatkan bantuan beberapa otai baru la aku berjaya setup wordpress dlam topotato.com… hohohoho gembiranya aku
  6. tapi tak sampai seminggu topotato.com berada di persada web… server down la plak.. adoi.. bodoh… aku dah start kecewa dan berazam nak tukar hosting lain.. aku nak biar je hosting yang member aku beli kat CGY tu.. sekarang ni aku tengah mencari hosting yang best… shortlist sekarang mercumaya,DataKL,Internet-webhosting.. dan aku masih perlukan pedoman!!!

p/s:actually bukan CGY je yang bodoh.. aku pon bodoh gak sebab nak buat blog guna hosting die.. tapi..da org bagi free aku try je la..

p/s lagi: soalan: ada ape dengan topotato.com???

jawapannya: xde pape… hohohohoho

saya sedang mencari hosting yg best..

April 12th, 2008 25 Comments   Posted in Blogging, Life

setelah 4 bulan blog ni hidup bawah naungan fwenz.info memang best gila dok bawah fwenz.info ni.. space besar.. bandwidth besar.. laju gile.. tapi aku teringin jugak nak ade domain sendiri… cam bes je rasenya ade domain sendiri… tapi diriku mempunyai masalah sbab aku tak tau nak pilih hosting yang mane satu..kawan aku ade sponsor hosting gune tp gune cgyhosting.. dan aku rase ramai yang tau psal cgy ni…bila aku cerita kat otai2 blogger cam emptyspace ngan catzer aku ade domain under cgy.. 2-2 soh aku tukar hosting… dan hari ni.. cgyhosting jam.. adoi so aku rase cam nak biarkan je  hosting yg mmber aku sponsor tu..  dan beli hosting lain yang lebih boleh diharap…I need help…bantulah diriku mencari hosting yang sesuai + best….antara ciri2 hosting yang aku mahukan:

  • malaysian.. yg menerima RM.. senang aku nak buat payment (hohohoh support barangan dari Malaysia)
  • budget aku antara RM 60 – RM 100 setahun..
  • kalau boleh aku nak space & bandwidth yang agak besar..(byk perancangan masa dpan..)
  • ade add ons domain.. bleh support banyak sub-domain..
  • takde sebarang masalah,… x down..
  • ape lagi ye…

so guys sesiapa yg ade cadangan.. nasihat… larangan…pedoman… silalah bantu diriku ini… hohohoho

p/s: ade ape degan topotato.com???

ramainya bloggers kat malaysia..

March 30th, 2008 18 Comments   Posted in Blogging, Life, Masterpiece

bilangan bloggers kt Malaysia adalah sgat ramai.. dan jumlah ni semakin meningkat dari masa ke semasa… blog dah jadi macam trend dan juga satu medium baru untuk meluahkan perasaan, mempromosi sesuatu, menyatakan pendapat, memberi maklumat pada org lain.. malah juga sebagai medium untuk menconteng segalanya… ini blog aku…suka hati aku nak tulis apa…hohohoho…bkan golongan celik IT @ golongan pelajar je yang ade blog sendri… malah skrg ni ramai gila org dah ade blog… antara blog2 yg rajen aku usya…mengikut kategori..
Read the rest of this entry »