blog yang kurang digemari topo…

June 3rd, 2008 42 Comments   Posted in Blogging

post ni tak bertujuan untuk mengecilkan hati sesiapa…sekadar untuk berkongsi.. dah beberapa kali da aku rewrite post ni utk memastikan ade org kecik hati.. tapi kalo ade gak mintak sorry la banyak2 ye..

ok selain menulis blog… aku sangat rajin berjalan-jalan di blog lain.. hohoh dapat gak menghilangkan bosan dan mencari pedoman..ye la nak juga bertegur sapa ngan jiran-jiran blogger yang lain.. mana la tau bleh dapat awek2 blogger yang cun melecun.. hohoho.. dalam perjalananku.. aku jumpa macam2 jenis blog.. tapi dalam post ni aku nak ceritakan ciri-ciri blog yang aku kurang gemari.. diharap takde yang kecik hati ye….jangan ade yang saman plak lepas ni.. hohooh

blog yang ada ads click sensor.. aku tak tau la nak panggil benda ni ape.. tapi bila aku klik je blog tu.. nanti ade pop up iklan.. pergh.. benda tu memang akan membatalkan niat murni aku untuk melepak blog tu dengan lebih lama lagi.. aku guna firefox pon ade pop up yg terlepas.. tak dapat aku bayangkan camne kalo aku pkai IE…so sayonara la blog tu..

blog yang ade auto play music.. hohoho sama seperti saudara menteil aku pon merupakan pengguna IDM hohoho kalo ade link music.. die akan auto download.. tapi sebelum die dapat detect download tu.. firefox aku akan mengalami kekejangan seketika… abis tergendala kerja-kerja aku yang lain…sebagai balasan pada blog2 yang sedemikian.. akan ku download lagu-lagu yang best.. hohoho kalo lagu tak best.. sayonara..

blog yang terlalu mengikut perasaan yang terlampau… hohoho dalam blog2 ni die menceritakan segala-gala yang berlaku… hohoho aku tak naafikan memang seronok baca kisah2 hidup orang lain.. rasa macam dah lama kenal je ngan blogger tu.. tapi terdapat gak blogger yang menceritakan segalanya tapi disertai dengan caci makian yang berbakul2.. adui.. hilang keseronokan aku nak baca.. so sayonara la blog…

blog yang super serabut… bkan dari segi layout... tapi serabut dengan iklan yang pelbagai.. hohoh memang la tak kisah kalau nak mencari sedikit keuntungan dengan blog.. tapi kalo dah iklan lagi banyak dari post.. hoho menyakitkan hati gak la.. dekat header.. dekat sidebar.. dekat footer.. dekat post.. sume tempat ade iklan.. banyak gila.. sampai aku nak baca apa yang die tulis pon susah.. kalo nak letak banyak2 iklan susun la elok2.. contohi la blog en titan ni.. iklan banyak gila..tapi still nampak kemas..kalo xnak contohi gak. sayonara…

blog yang kononnya terlalu merendah diri @ down to earth…memang terpuji sikap merendah diri ni.. tapi kena kena pada tempat gak.. aku hanya nak fokus sikap merendah diri terhadap blog je.. blogger ni selalu cakap blog die tak cantik.. tak sehebat blog orang lain.. biasa2 je… kita patutnya berbangga dengan blog kita.. da tau tak cantik p la cantikkan.. banyak la template yang cantik2 kat muka bumi ni.. jack baru je convert satu template yang superb.. try la usya.. tak pon pergi melawat pusat kecantikan blog ni.. segalanya tak mustahil la.. kalo malas gak.. atau nak meneruskan sikap merendah diri yang terpuji tu.. sayonara la ye..

aku rasa cukup lah senarai tu… tapi sekali lagi aku nak tekankan…post ni tak bertujuan untuk mengecilkan hati sesiapa…sekadar untuk berkongsi.. dah beberapa kali da aku rewrite post ni utk memastikan ade org kecik hati.. tapi kalo ade gak mintak sorry la banyak2 ye…jangan saman aku pulak lepas ni…

p/s: nantikan ciri2 blog yang topo gemari pulak di masa yang akan datang ye..

kenapa topo menulis blog..

May 26th, 2008 8 Comments   Posted in Blogging

ramai yang tanya aku.. kenapa aku tulis blog.. apa ada kat blog aku..ade untung ke tulis blog ni… mula-mula bosan gak aku nak menjawab…. nanti lama-lama diorang faham la kot… hohoho ye la blog dah jadi fenomena baru yang menggemparkan dunia.. hohoho mana tak nye.. samy vellu pon nak menulis blog.. hohoho betapa hebatnya penangan blog…jadi kenapa topo menulis blog ye…

ok secara jujurnya… masa mula-mula aku nak menulis blog dulu adalah kerana adsense… aku kenal adsense dulu baru aku kenal blog… tapi makin lama aku semakin bosan dengan adsense tapi minat aku terhadap penulisan blog makin bertambah.. sekarang ni aku memang dah tak mengharapkan apa-apa dari adsense dan teruskan menulis blog aku…

aku menulis blog adalah kerana aku dah mula bosan dengan internet…sejak aku mula kenal internet pada tahun 2001 dah banyak web da aku join… mostly web-web yang mengarut.. contohnya neopets,circles99,friendster dan apa ntah lagi… tapi benda tu semua mendatangkan keseronokan sekejap je… bosan gila… dan aku cuba carik benda baru plak…so aku pon menulis la blog.. hohoho

aku menulis blog adalah kerana aku nak belajar dan cuba benda yang baru… masa aku semangat dengan circles99 dulu.. aku belajar html… adelah sket2 ilmu… masa bersama frenster aku kenal css.. walaupun tahu basic yang terlampau basic je…dan dengan blog aku belajar lebih banyak lagi perkara baru yang lebih menarik…

aku menulis blog sebab dari dulu lagi aku teringin nak ada domain sendiri… tapi aku tak tahu apa yang aku nak letak dekat domain aku.. hohoho aku mula melupakan cita-cita tu… tapi.. hohoho setelah mengenal blog ia memberi sinar baru pada cita-cita aku nak ada domain sendiri… sebab aku jumpa banyak blog yang mempunyai domain sendiri..dan sebab itu lah topotato.com wujud.. :)>-

aku menulis blog adalah sebab kerana…kononnya nak mempromosi diri di internet… hohoho menurut ketua jabatan course aku.. adalah satu kerugian bagi pelajar course aku untuk tidak mempromosi diri mereka di internet.. hohoho ntah la aku pon xtau.. tapi aku rasa ada kebenaran gak la… course aku adalah computer science… interactive media plak tu.. hoho aku rasa dengan membina blog @ web aku boleh tunjukkan hasil kerja dan dapatkan pengalaman.. hohoho sebab ada ramai senior2 aku yang grad kerja dalam bidang ni.. ermmm ntah la.. ye kot..

dan akhir sekali… semua orang ada blog… menteri,penyanyi,pelakon,engineer,cikgu,lecturer,penulis buku… sume ade blog.. hohooh nak gak ada blog.. hohoho jadi kamu pulak… kenapa kamu menulis blog??? dan kamu yang lagi sorang tu… kenapa kamu tak menulis blog… hohoho

template baru blog topo…

May 18th, 2008 9 Comments   Posted in Blogging

hohoho topo telah menukar theme baru…agak berat sebenarnya aku nak tukar theme baru.. aku agak jatuh hati dengan theme aku yang sebelum ni.. tapi ape kan daya.. ramai yang tak menggemari theme aku yang sebelum ni.. so terpaksa la aku tukar.. ape gunanya kalau aku je yang suka theme tu tapi kebanyakkan reader tak suka… hoohohoh siapalah topo ni nak dibandingkan dengan kalian semua…

pengenalan kepada theme baru.. ok buat julung kalinya aku gunakan template yang bukan buatan Malaysia.. hohoho.. sebelom ni aku guna blog oh blog v2 yang telah dikucar-kacirkan oleh aku.. dan sebelum tu lagi.. aku guna theme damai dari eches….ok theme baru ni bernama club yellow… hohoho warna kuning… mana hilangnya greeny topo??? sebenarnya aku telah cuba sedaya upaya mencari theme hijau yang meruntum jiwa… yang sehebat damai… tapi malangnya aku tak ketemu langsung… jadi terpaksala aku bertukar ke warna kuning.. tapikan.. kalau eches ade released theme baru yang berwarna hijau.. aku akan serta merta menukar theme aku.. so eches.. jika anda buat greeny theme lagi.. let me be the first to know… (macam la topo ni penting sangat…:-“)

dan buat pertama kalinya juga aku menggunakan 2 column theme.. selalunya sure 3 atau 4 menjadi pilihan.. hohoho aku dah minimize kan widget sebaik mungkin.. yang mana tak penting tu di tolak tepi untuk memastikan blog ni tak serabut sangat dengan widget yang pelbagai…diharap korang pun suka la pada theme ni sebagaimana aku menggemarinya.. hohoho kalau tak suka pon buat-buat suka sudah… hanya untuk menjaga hati aku… hohoohoh

p/s: sebenarya aku tak tahu mana satu yang betul.. theme ke template.. jadi aku carca marbakan penggunaan dua-dua istilah tu…

saya nak daftar course blogging la…

May 13th, 2008 12 Comments   Posted in Blogging

ok satu berita yang menarik minat aku…UiTM sedia tawar kursus penulisan blog..

SHAH ALAM 12 Mei – Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersedia memperkenalkan kursus berkaitan pengajian blog dalam usaha membantu pengendali laman blog lebih berwibawa dalam penulisan mereka.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, kebebasan media alternatif kini menakutkan kerana mereka boleh menulis tanpa kepakaran dalam bidang pemberitaan, tidak tertakluk kepada etika dan jarang sekali didakwa di mahkamah.

”Penulisan blog adalah terbuka dan boleh diceburi oleh sesiapa sahaja berbanding pengamal media tradisional yang memerlukan kelayakan, pengalaman dan latihan.

“Saya menyokong sepenuhnya cadangan ini (kursus berkaitan blog). Ia amat kena pada masanya. Kita tahu mereka (penulis blog) sudah pandai tetapi ia perlu bagi membantu mereka menjadi blogger yang profesional dan beretika,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Media dan Pilihan Raya Umum 2008 anjuran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM di sini hari ini.

lagi berita di Utusan Malaysia Online. atau versi bahasa Inggeris di the News Straits Times Online

selepas satu slot khas tentang blogger di warta perdana… sekarang ni ada satu jurusan blog pulak :-B… pergh… ade course khas tu untuk jadi blogger… lepas ni blogger2 yang tgah blur nak masuk course ape lpas da aabis skolah bleh la apply ye.. nanti boleh la tampal dekat page about me… “saya **** merupakan blogger lepasan UiTM dalam Jurusan BLog…..segala ilmu yang telah saya pelajari akan saya manfaatkan untuk kemajuan blogger masa depan :)>- “hohoho cam best la plak…

tapi ape silibus yang akan ade nanti ek.. subjek2 yang ditawarkan:-? disini aku listkan subjek yang mungkin ada..hohoho ni hanyalah andaian topo sahaja…. dan rasanya memang xkan ade subjek seumpama ni… melainkan kalo topo bkak U sendiri

  • mengenali blog (pergh satu sem belajar ape tu blog je… sure memang muntah la bdak2 ni kenal blog..)
  • mengenali blogger-blogger tanah air (satu subjek dimana blogger-blogger tanaj air diperkenalkan pada para pelajar… mari mengenali Tun Dr Mahathir, kenny sia.. mohd ismail.. emptyspace..titan..dan lain2..memang pengsan la kalo nak kena semua kenal 500000 blog dekat Malaysia ni….
  • cara mempromosi blog (hohohoho subjek yang menarik… xpayah beli buku rujukan.. ramai blogger dah tolong kasik tips.. konfirm bleh A
  • mendapatkan sponsor untuk blog..(ni cam nak apply ptptn @ nak mtak scholar la ni… hohoho)

dan lain-lain lagi… sape nak tambah subjek sila lah tambah sendiri… hohohooh dan untuk projek semester akhir.. sila buat blog yang mendapat at least 100 hits setiap hari… hohohooh

p/s: catzer… ko tgah carik keje kan??? pe kate ko apply jadi lecturer UiTM ajar course blog ni.. hohohoho

topotato.com ke mylifeastopo??

May 9th, 2008 4 Comments   Posted in Blogging

hohoho akhirnya topo telah berhijrah ke domain sendiri… awalnya aku bercadang nak kapankan je mylifeastopo tu… tapi memandangkan blog tu dah ada pr3.. dan aku terasa sayang plak nak kapankan apa yang aku telah usahakan… so ape perbezaan topotato.com dgan mylifeastopo?? bezanya adalah seperti berikut..

untuk topotato.com aku akan menruskan apa yang biasa aku tulis di mylifeastopo..iaitu personal blog bagi topo… apa-apa je yang aku dapat fikirkan tanpa mengambil peduli tentang niche akan ditulis di sini ..contohnya:

  • semua blogger adalah pembohong
  • aku blogger yang kurang sopan
  • topo hanya dikenali di alam maya
  • hai saya sofia…

dan sebagainya..untuk mylifeastopo pula.. aku akan buat penjenamaan semula… memberi nafas baru pada blog tu…hohoho akan lebih fokus pada benda-benda yang betul serasi dengan life aku contohnya seperti anime,manga,movie2 yg sesuai dgan jiwa aku.. software2..web-web yang best2 dan menarik untuk dikongsi… so nantikanlah mylifeastopo… REBORN yang akan kembali bernafas pada 11 Mei 2008..

blog saya dapat pagerank 3…

April 30th, 2008 7 Comments   Posted in Blogging

oleh kerana ada beberapa hari gap sebelom next paper.. aku pon membuka la mangga di laptopku ini.. hohoho dan seperti biasa aku pon memulakan aktiviti berjalan2 mencari blogger dan menjerit2 dimana-mana blog yang ada kotak jerit… so kepada mereka yang datang daripada kotak2 jerit… selamat datang aku ucapkan..semasa aku berjalan2 mencari blogger aku singgah di blogjer.com sbab dia ade post baru pasal google da update pagerank.. aku pon cuba2 nasib la mana la tau kot boleh naik ke pr blog ni.. asik 0 je.. tempat pertama yg aku check adalah kat fwenz.info punye pr checker.. tapi malangnya tokei da buang page tu sbab ade problem so aku pon mula la bertanya pada encik google.. first check aku sgat terkejut sbab kononnya blog ni dapat Free Google PageRank Checker Script kalo betul la gambar kat sebelah ni menunjukkan blog ni bersamaan dengan pr3..hohoho teruja gila aku… tapi aku masih tidak mempercayainya.. aku pon cubalah lah beberape belas pr checker lagi… dan hasilnya sangat memberansangkan.. hohoho 98% mengiyakan pr3 blog ni.. hohoho aku agak teruja dan gembira!!! ye la blog ni baru berusia 4 bulan… tapikan… blog ni akan dikapankan tak lama lagi.. selepas aku pindah kt topotato.com… takpe la kot.. stylo gak kapankan blog yang PR3.. hohoho bermakna la sikit pengebumian dia nanti…

ok kalau kalian semua perasan aku baru tukar theme.. dan aku masih lagi menggunakan theme buatan Malaysia.. iaitu theme bob mase blogohblog blom dijual.. theme ni aku kucar-kacirkan khas untuk topotato.com… hohoho tapi kan aku rasa macam blog aku ni menjadi sgat berat.. so guys I need your opinion.. sila jawab poll di sebelah kanan ini ya.. terima kasih…