About

tentang topo:…

ramai yang tanya topo tu apa?.. dengan ringkasnya aku cakap topo tu adalah nama aku.. nama samaran…asal usul nama tu dah jadi kisah dongeng epik dah… terlalu panjang untuk diceritakan.. anak ke 2 drpd 6 org dan dilahirkan pada 7 Januari di Melaka.. bersekolah rendah di melaka.. melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah yang kurang dikenali di Sungai Gadut Seremban… kemudian terus ke matrikulasi di melaka dan kemudian Universiti juga di Melaka dalam jurusan interaktif media… hohooho

dibesarkan dalam tahun 90an dan mendapat pengaruh yang kuat daripada rancangan-rancangan tv masa tu seperti power rangers,flashman,maskman,gaban,thunder cat, he-man,transformer,iron man dan sebagainya… dan kini masih lagi menonton rancangan power rangers versi english di youtube.. hohooh layan gak la…

merupakan seorang pembaca dan pengumpul komik kreko yang agak tegar..rasanya koleksi kreko tu la benda yang paling mahal aku ada sebabnya harganya semakin bertambah setiap masa bila wujud keluaran terbaru…juga merupakan peminat anime tapi belum sampai tahap otaku… currently anime favorite adalah hitman reborn… hohoho layan gila anime ni..

tentang topotato.com

topotato.com telah berpindah secara rasminya dari mylifeastopo.fwenz.info pada 10 mei 2008..dan dihostkan dengan bergayanya oleh serverfreak.. walaupun macam2 masalah sebelum aku berpindah dengan jayanya… tp sekarang ni aku sangat puas hati dah ada domain sendiri…

topotato.com adalah blog carca marba mentega kacang yang ditulis mengikut style topo.. aku akan tulis segala benda xkira apa2 tajuk sekali pon.. dan xpnah mengambil berat soal niche… dan kebanyakkannya adalah berkaitan informasi yang aku cuba kaitkan dengan kehidupan seharian aku.. hoho jadinya blog ini tidak akan menjadi blog informasi mahupun blog personal..:D .. dan sebab itulah kebiasaanya aku akan letak topo @ aku @ saya pada tajuk entry… bertujuan untuk menunjukkan post tu adalah berkaitan dengan aku… secara langsung ataupun xlangsung…

aku dah xtau nak tulis ape lagi dah…rasanya tu jelah tentang topo dan topotato.com… akan diupdate lagi bila rajin…