15 Langkah Mudah Untuk Mendaftar Sebagai Pengundi

February 14th, 2012 8 Comments   Posted in Reviews
Langkah mudah untuk mendaftar sebagai pengundi

Langkah mudah untuk mendaftar sebagai pengundi

  1. Pergi ke Pejabat Pos yang berdekatan
  2. Ambil angka giliran
  3. Duduk tunggu angka giliran
  4. Pergi kaunter bila angka giliran anda dipanggil
  5. Cakap kat kakak jaga kaunter yang comel nak mendaftar sebagai pengundi
  6. Bagi IC
  7. Bagi no telefon
  8. Dia taip segala macam bagai
  9. Dia print
  10. Dia suruh anda semak butiran
  11. Anda semak
  12. Anda tandantangan sebagai pengesahan
  13. Selesai
  14. Dia senyum
  15. Anda cakap terima kasih pada kakak comel yang jaga kaunter

 

Ini nama dia bunga bawang

February 1st, 2012 7 Comments   Posted in Life

live update: 1 Feb ’12, 6.39pm MYT | dari e71 topo…

Ini namanya bunga bawang atau nama saintifiknya aku kurang pasti. Tapi apa yang pasti adalah ia dalam genus zephyranthes dan tergolong dalam keluarga amaryllis. Ia boleh dikatakan tergolong dalam keluarga yang sama seperti bunga lili.

Selain warna merah ia juga ada warna putih, tapi bunga putih belum kembang lagi. Kalau dah ada nanti aku update dekat sini. Warna bunga ni sangat meruntun jiwa haha rasa macam nak gigit je bunga ni