Logo ComboFix ni Macam Logo Proton
Logo ComboFix ni Macam Logo Proton
Nov 10Lama tak menaip post kat sini rindu rasanya haha. Post kali ini ringkas sahaja, baru-baru ni aku terasa macam PC aku dijangkiti virus jadi aku pon google la segala macam cara penyelesaian sehinggalah aku terjumpa satu software ini, ComboFix. Apa yang menarik tentang ComboFix ini bukan kerana keberkesanannya tapi sebab logonya. Cuba tengok logo ComboFix ni macam kenal tak?

logo ComboFix
Macam kenal tak logo tu logo ape? Hahaha ya tepat sekali macam logo baru proton. Untuk pengetahuan logo baru proton mula diperkenalkan pada Ogos 2000 bagi menggantikan logo lamanya yang berbentuk bulan sabit dan bintang itu. Logo ComboFix ni tak tahu la bila mula tapi rasanya pada tahun 2000 belum ada banyak lagi freeware pembuang malware segala bagai. Akhir kata majulah industri automotif negara hohoho ( Persona baru nampak macam cantik giler )

logo proton
Post yang berkaitan:
- Mula-mula aku ingatkan SuperMoon tu macam Sailormoon
- macam mana boleh dapat nama topotato…
- Telefon Bimbit Nokia “Pahlawan Series”
- kenapa blog saya tak ramai pelawat macam blog dia??
haha, macam horizontally inverted jer 2 logo nie.. diorang amik kat google image search kot nak buat logo diorang nie.. hahha
sebijik bezanya proton lawa sikit la..tapi macam mana pon konsep still sama
Hi..,
Betul serupa sekali dengan Logo Proton bila dihadapkan pada cermin kan.
Btw, di Jakarta cukup banyak Mobil Proton digunakan
Keep sharing
aah la. lebih kurang aje plak..
ComboFix dah ada kat internet tahun 1999 lagi.