Keropok BinBin: Keropok Jagung Paling Sedap di Alam Semesta

Keropok BinBin: Keropok Jagung Paling Sedap di Alam Semesta

Nov 24

live update: 24 Nov ’11, 8.24pm MYT | dari e71 topo…

Dah lama tak buat segmen paling sedap di alam semesta hahaha. Sebelum ini aku permah kongsikan nugget paling sedap, mee segera paling sedap dan lain-lain lagi. Kali ini aku nak kongsikan keropok jagung paling sedap di alam semesta pulak.

Menurut aku, keropok jagung paling sedap di alam semesta adalah keropok BinBin. Siapa yang tak pernah jumpa keropok ni agak kesian. Dulu harga dia satu peket sepuluh sen sekarang mungkin dah naik 20sen. Dalam dia ada 2 batang keropok berbentuk silinder dan rasanya memang sangat wow hahaha. Aku boleh makan keropok ni macam makan nasik.

Keropok BinBin ini bersaing rapat dengan keropok SMAX untuk merebut takhta keropok jagung paling sedap di alam semesta. Tapi memandangkan keropok smax jagung tu agak susah untuk dijumpai jadi kemenangan berpihak kepada keropok BinBin. Setuju?

Logo ComboFix ni Macam Logo Proton

Logo ComboFix ni Macam Logo Proton

Nov 10

Lama tak menaip post kat sini rindu rasanya haha. Post kali ini ringkas sahaja, baru-baru ni aku terasa macam PC aku dijangkiti virus jadi aku pon google la segala macam cara penyelesaian sehinggalah aku terjumpa satu software ini, ComboFix. Apa yang menarik tentang ComboFix ini bukan kerana keberkesanannya tapi sebab logonya. Cuba tengok logo ComboFix ni macam kenal tak?

logo ComboFix

logo ComboFix

Page 1 of 11