Perbaharui Lesen Secara Online dengan Mudah dan Cepat Bersama MyEG
Perbaharui Lesen Secara Online dengan Mudah dan Cepat Bersama MyEG
Sep 28Pada zaman teknologi yang berkembang pesat sekarang ni banyak benda boleh dilakukan secara atas talian atau online sahaja. Lesen memandu aku telah tamat tempoh pada Hari Malaysia yang lalu, memandangkan aku malas nak pi pejabat pos dan nak cuba perkhidmatan MyEG aku pon renew lesen secara online pada 27 Sept 2011 dan hari ini 28 Sept lesen tu dah selamat sampai ke rumah.
Selain daripada lesen, ada beberapa lagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyEG seperti roadtax, auto insurance, permit pembantu rumah dan banyak lagi. Sedikit caj penghantaran dikenakan iaitu RM5 bagi kawasan Lembah Klang dan RM6 bagi kawasan-kawasan lain di Semenanjung Malaysia dan RM10 bagi Sabah dan Sarawak. Tambahan RM2 juga dikenakan sebab aku bayar menggunakan FPX / e-Debit. Jadi keseluruhannya RM8 caj dikenakan.
Nampak macam banyak caj tapi ia agak berpatutan kalau anda memang susah nak pergi pejabat pos dan sebagainya. Kalau pejabat pos depan rumah tu lain la ceritanya. Jadi kepada yang berminat dan ingin penerangan lanjut sila layari www.myeg.com.my
Post yang berkaitan:
- Jom Tengok Fifa World Cup 2010 Secara Online
- Sumo Paint: Free Online Image Editor
- Contest Menangi iPad 2 secara PERCUMA!!!!
- Apa pendapat anda mengenai jenis perempuan yg cepat bosan terhadap pasangannya?
- mengenali apa itu hosting bersama topo…

Selalu juga check takut kena saman speedtrack . Agak berpatutan dan mudah dari kena beratur panjang