Ini nama dia buah ciku

August 4th, 2011 2 Comments   Posted in Life

live update: 4 Aug ’11, 12.30am MYT | dari e71 topo…

Buah untuk hari ini adalah buah ciku. Kepada yang tak kenal inilah dia buah ciku atau nama saintifik dia Manilkara zapota. Nama bahasa inggeris dia aku tak pasti. Rasa dia manis tapi lagi nikmat kalau disimpan dalam peti sejuk lepas tu baru makan. Kalau nak petik buah ni sila hati-hati dengan getah dia. Tapi sirius buah ni sangat sedap dimakan sejuk ~.~

Ini nama dia buah rozel

August 3rd, 2011 6 Comments   Posted in Life

live update: 3 Aug ’11, 9.58pm MYT | dari e71 topo…

Ini nama dia buah rozel, macam mana ntah eja rozel. Tak boleh dimakan  Kak Jie cakap boleh makan, cuba la makan ye kalau berminat. Buah dia boleh direbus dan buat air. Dalam 3 biji buah rozel tu dah boleh dapat satu jug besar air rozel. Rasa dia masam-masam manis, kalau nak manis lagi tambah la gula banyak-banyak. Air rozel ni dah dikomersialkan rasanya. Hari tu aku nampak kat cafe UTeM ada jual dengan harga RM 1.30 segelas. Kalau nak tau rasa dia macam mana pi la cari ye. Sekian terima kasih

Ini nama dia buah sentul

August 2nd, 2011 3 Comments   Posted in Life

live update: 2 Aug ’11, 8.16pm MYT | dari e71 topo…

Ini nama dia buah sentul, kulit dia warna kuning agak keras sikit. Isi dia warna putih rasa masam-masam manis sikit. Tekstur isi dia macam melekit-melekit sikit. Nak tau lebih lanjut sila la google ye 🙂

Ini nama dia rambutan sejuk

August 1st, 2011 7 Comments   Posted in Life

live update: 1 Aug ’11, 8.42pm MYT | dari e71 topo…

Hari ini aku nak tunjuk gambar rambutan sejuk pulak hahaha. Cari rambutan banyak-banyak, kopek kulit, masuk dalam mangkuk, simpan dalam peti sejuk. Dan hasilnya, perghhhh dapat lah rambutan yang rangup sejuk dan membuatkan anda meleleh air liur pada bula Ramadhan ini 🙂