Ini nama dia buah cempedak di luar pagar
Aug 28
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Petang ni jom makan cempedak goreng kan..
Hahaha
Peluang Jadi Tauke Bersama Usahawan.com
Aug 24
Hanya orang-orang terpilih je dapat surat kuning ni
Aug 23Hanya insan-insan terpilih je boleh dapat surat kuning istimewa daripada TNB ni haha. Orang lain susah nak dapat. *korek tabung* *cari lilin* hahaha
Vegood Orange & Mango: Jus Buah-Buahan Campuran Paling Sedap di Alam Semesta
Aug 15Dah lama aku tak buat segmen paling sedap di alam semesta ni hohoho. Sebelum ini aku pernah kongsikan pasal kopi paling sedap, mee segera paling sedap dan nugget paling sedap di alam semesta. Ok kali ini kita tengok jus paling sedap pulak berdasarkan selera aku.
Jujurnya aku memang agak memilih sikit bab jus-jus campuran ni haha tekak melayu la katakan, mana la minum jus-jus ni. Tapi bila aku rasa Veegood Orange Mango ni rasa teruja gile tak sangka plak best. Dia bukan sekadar oren dan mangga je tapi ada juga sayuran lain seperti lobak merah dan lain-lain lagi. Memang patut dicuba harga pon agak berpatutan. Dan kalau korang ingat, Vegood ni dulu femes dengan jus Purple Carrot dia. Tapi aku tak berapa mampu pulak nak cuba dulu. Akhir kata, kalau korang suka minum jus oren ke jus mangga ke korang patut cuba jus ni. Sekian terima kasih
Ini nama dia buah durian yang dah jadi tempoyak
Aug 06Ini nama dia buah durian yang dah dijadikan tempoyak. Nama saintifik dia tak dapat dikenal pasti. Kalau korang perasan ada cerek kat belakang tu, saje sebagai perbandingan betapa tingginya bekas tempoyak ini hahaha. Tapi bulan puasa ni aku tak sentuh langsung tempoyak tu semua sebab dia kan macam berbau sikit. Tanak la bau kasturi mulut aku ada bercampur bau durian nanti hohoho
Ini nama dia biji getah
Aug 05
Ini nama dia biji getah, asalnya aku nak pungut buah getah tapi tak jumpa. Takde buah biji pon jadi la kan hohoho. Kegunaan dia? Untuk ditanam dan selepas itu pokok getah akan tumbuh. Selain itu, nak lagi best gosok biji getah ni lama-lama pada simen lepas tu letak kat tangan. Selamat mencuba




