Karnival Upin dan Ipin di Melaka Wonderland

Reviews May 26th, 2011

Dah lama rasanya aku tak buat pape update pasal Upin & Ipin haha walaupun dah lama tak update tapi budak-budak botak ni masih lagi dalam ingatan, tiap-tiap hari aku tengok dekat tv9. Ini sekadar post ringkas sahaja memandangkan Upin & Ipin nak buat karnival kat Melaka Wonderland  jadi sebagai anak Melaka aku terpanggil nak tolong promosi. Keterangan lanjut rujuk gambar promosi kat bawah ni

Karnival Upin & Ipin Melaka Wonderland
Karnival Upin & Ipin Melaka Wonderland

Seperti dalam gambar promosi tu Upin dan Ipin nak mai hujung minggu ni iaitu pada 28 & 29 Mei 2011 jadi kepada peminat-peminat sekalian tunggu apa lagi sila la pergi ke Melaka Wonderland ye :). Apa yang lebih menarik lagi pada Sabtu malam tu (28 Mei) akan ada konsert istimewa bersama Padi dan kononnya ada Faizal Tahir sekali nak tau lebih lanjut sila layari kelabupindanipin.com

Kepada yang tak tahu kat mana Melaka Wonderland tu, sila rujuk peta di bawah ini. Kalau tak tau jugak lepas dah tengok peta korang berhenti tengah jalan tanya je orang keliling. Orang Melaka semua peramah dan insyaAllah akan tunjukkan jalan đŸ™‚

Peta Lokasi Melaka Wonderland
Klik untuk paparan lebih besar

Sila la pergi beramai-ramai ye hehehe mana la tau boleh jumpa aku kat sana ke. Peta Melaka Wonderland diambil daripada website rasmi Melaka Wonderland

One Response to “Karnival Upin dan Ipin di Melaka Wonderland”

  1. Sabahan Bloggers Club says:

    Wooooow….
    Best. Boleh bergambar dengan Upin dan Ipin.
    Nak carik pelakon sura dorang tu…. đŸ™‚

    [Reply]



Leave a Reply