Dapatkan Mutiara Kata dan Ayat-ayat Motivasi Secara Percuma di Twitter
Aku sangat yakin ramai yang baca post ni sebab ada perkataan PERCUMA kan? hehehe tepat sekali memang anda boleh dapatkan mutiara kata, ayat-ayat motivasi, santapan-santapan hati yang sangat berguna dalam Bahasa Malaysia secara percuma di twitter. Aku dah insaf dah tak main tipu-tipu tajuk nak dapat trafik lagi sekarang ni. Bagaimana nak dapatkan mutiara kata tu semua? Teruskan membaca post ini.
Kalau kalian pentwit tegar pasti korang akan jumpa sekurang-kurangnya sekali ada manusia yang tweet ayat-ayat manis @iheartquotes @LoveQ @damnitstrue (aku unfollow menatang ni sebab dia bias hahaha) dan sebagainya. Semua quotes tu dalam Bahasa Inggeris tapi post kali ini aku nak kongsikan khidmat pemberi ayat-ayat motivasi dan mutiara kata dalam Bahasa Malaysia pula iaitu @SantapanMinda (sangat digalakkan untuk follow)
SantapanMinda ini dibangunkan dan dikendalikan oleh saudara @eizil. Selain daripada akaun twitter, SantapanMinda ini juga ada laman web sendiri yang memaparkan mutiara kata atau ayat-ayat motivasi yang berlainan setiap kali anda masuk ke laman web itu. Ia baru diwujudkan semalam, 22 Mei 2011,ย sehingga sekarang baru ada 242 mutiara kata yang terkumpul dan akan ditambah dari masa ke semasa.
Apa yang lebih menarik ialah saudara eizil juga turut menyediakan widget khas untuk pengguna wordpress memaparkan mutiara kata terpilih secara rawak di laman blog masing-masih. Aku dah mencubanya sendiri di blog ini dan ianya sangat bagus :). Widget untuk pengguna blogspot masih lagi dalam proses pembikinan.

widget SantapanMinda di blog topotato
Jadi tunggu apa lagi, sila ikutiย @SantapanMinda di twitter atau terus pergi ke SantapanMinda.com untuk membaca mutiara-mutiara kata dan mendapatkan widget untuk dipasangkan di blog masing-masing. ๐
May 23rd, 2011 at 2:07 am
aaaa sukanya web dia! ok follow!
[Reply]
May 23rd, 2011 at 7:34 am
Terima kasih bro sebab menulis artikel mengenai SantapanMinda… kalau ada apa2 masalah dengan plugin, bolehlah beritahu erk.
[Reply]
May 23rd, 2011 at 8:23 am
Wow. Menarik ni. Boleh jadi pakar motivasi hari hari baca santapan minda ๐
[Reply]
May 23rd, 2011 at 9:36 am
agar lebih menjana kesegaran minda..
[Reply]
May 23rd, 2011 at 10:11 am
Menarik sekali. Saya pun nak follow lah…
[Reply]
May 23rd, 2011 at 12:17 pm
nice..aku sangat suka quote-quote macam tuh
[Reply]
May 23rd, 2011 at 6:55 pm
Perkongsian yang menarik,thank bro
[Reply]
May 23rd, 2011 at 7:23 pm
wahhhhh bagus ni! nanti Zida tolong promotekan jugak. ehehe ๐
[Reply]