Alicafe White Coffee: Kopi 3in1 Paling Sedap di Alam Semesta
Sebelum ini aku pernah promosi nugget dan mee segera paling sedap di alam semesta dan terbukti ramai yang bersetuju dengan pencalonan aku dahulu. Post kali ini aku ingin kongsikan kopi pra campuran 3in1 yang paling sedap di alam semesta pula. Tidak lain dan tak bukan; Alicafe White Coffee. Kenapa aku nobatkan ia sebagai kopi 3in1 paling sedap di alam semesta?
Sebab pertama adalah kerana ia murah. Dengan pek promosi pengenalan yang berharga RM9.90 anda akan dapat satu bungkus kopi pra campuran dan di dalamnya ada 15 paket kecil kopi 3in1 itu. Ini bermakna dengan kos RM O.66 anda boleh menikmati kopi pra campuran yang sangat kaw dan sedap.
Sebab kedua, dalam 1 paket tu kandungan kopi pra campuran dia sangat banyak. Sirius banyak. Biasanya kopi 3in1 biasa kena buat dalam cawan kecil baru terasa kaw tapi berbeza dengan alicafe white coffee ni, aku dengan seronoknya dapat menikmati bancuhan kopi dalam mug besar!!!
Sebab ketiga kerana ia sedap hahahaha. yela bagi orang kampung seperti aku yang tak pernah menjejakkan kaki di mana-mana coffee house dan rasa white coffee, kopi ini sangat mengujakan aku hahaha. Kagum aku bila bancuh-bancuh je terus ada buih tak payah nak tarik hahaha.
Aku rasa cukup sekadar 3 sebab ini, sila dapatkan di pasaran dengan segera sementara masih harga promosi. Kalau boleh jangan la cakap ia tak sesedap Old Town White Coffee dan sebagainya sebab untuk tahap kemampuan aku inilah kopi pra campuran 3in1 yang paling sedap di alam semesta!!!
May 11th, 2011 at 2:27 am
setuju! sangat sedap! tapi nape aku beli cam mahal sket?? huhu… skrg ak minum nescafe je sbb nk jimat.. tp klau nk sedap, bantai white coffee ni jgak. 😀
[Reply]
topo Reply:
May 11th, 2011 at 2:29 am
perghh dah tamat tempoh promosi la kot..
[Reply]
May 11th, 2011 at 7:54 am
salam..
aku x boleh minum kopi. hanya mampu tatap je. segala kopi feveret aku, hanya tinggal kenangan. kalau nak tempah penderitaan, mmg redah gak pastu pepandai la tahan sndiri sakitnye. huahuahua~
[Reply]
May 11th, 2011 at 10:49 am
aku dulu kat malaysia tak minum sangat kopi, kecuali nescafe 3 in 1. tapi bila dah keluar malaysia, suka pulak kopi sbb org sini pun selalu minum kopi. haha
white coffee mmg best, tapi kat sini takde haha
[Reply]
May 11th, 2011 at 3:06 pm
sy suke kopi..huhuhu
[Reply]
May 13th, 2011 at 9:21 am
aku tau alicafe memang sedap
sebab aku join powerimpian..
sekarang kurang minum coz
3 in one nih tak sihat bro..
[Reply]
May 13th, 2011 at 4:03 pm
hehe..dah lama aku tak minum kopi putih ni. asik kopi hitam aje..,
[Reply]