Tarikh Hari Ibu 2011

April 11th, 2011 16 Comments   Posted in Reviews

Klik sini untuk Tarikh Hari Ibu Tahun 2012

Ye aku sedar post ini masih terlalu awal untuk diterbitkan haha tapi rasanya bagus jugak kalau korang tahu tarikh hari ibu ni awal-awal. Boleh la nanti nak kumpul duit untuk dijadikan hadiah hari ibu ke. Kepada yang tidak tahu, tarikh hari ibu adalah tidak tetap pada setiap tahun dan ia juga berbeza bagi beberapa negara. Dalam post ini aku ingin kongsikan tarikh sambutan hari ibu di seluruh dunia untuk tahun 2011. Semoga dapat manfaat bersama 🙂 Read the rest of this entry »

Telur bentuk hati hahaha confirm bukan telur tiruan ni

April 10th, 2011 7 Comments   Posted in Life

live update: 10 Apr ’11, 2.06pm MYT | dari e71 topo…

Sekarang ni tengah sibuk pasal telur tiruan la bagai. Salah satu cara nak pastikan telur tu tiruan atau tak adalah dengan tengok hujung telur tu. Kononnya telur tiruan dia bulat je hujung dia takde lekuk. Haha jadi telur yang melekuk sampai jadi bentuk hati ni confirm bukan tiruan.

Cermin mata upgrade versi 2.0

April 8th, 2011 5 Comments   Posted in Life

live update: 8 Apr ’11, 9.11pm MYT | dari e71 topo…

dah lama tak menulis kat blog ni hohoho. Ini hanyalah post santai sebagai pemanas badan untuk post yang mungkin lebih panjang. Gambar di atas menunjukkan gambar cermin mata aku yang telah diupgrade.

Hahaha kalau anda ada follow topotato di twitter mungkin anda pernah membaca tentang cermin mata aku yang selalu tertanggal sebab dah takde grip. Sangat tensi bila nak makan spek jatuh masuk pinggan haha. Untuk mengatasi masalah tu kakak aku dah tambah grip pada cermin aku guna getah hahaha siap ikat buat corak lagi.

Untuk seketika ni mampu la untuk mengatasi masalah spek yang asik jatuh je. Walapun macam pelik je tapi ok la jugak dan aku pon memang tak pi mana-mana. Kalau ada duit nanti beli la spek baru hahaha tapi tengok macam cantik jugak ikat dengan getah ni hahaha.