Peraturan yang mungkin korang tak perasan atau tak baca langsung dalam WWWOW Awards
Peraturan yang mungkin korang tak perasan atau tak baca langsung dalam WWWOW Awards
Apr 27Kepada yang tidak tahu, DiGi ada melancarkan WWWOW Awards dan banyak blogger-blogger yang femes dan kacak masuk bertanding dalam pertandingan ini. Aku juga tidak melepaskan peluang untuk mencalonkan cisdel.com dalam kategori Top LOL (humor) blog. Yela cisdel je kot yang layak bertanding topotato.com ni picisan je tak layak nak bersaing dengan blogger-blogger hebat di luar sana hehe. Sebelum mencalonkan cisdel.com aku memang suka baca rules, FAQ dan sebagainya. Post kali ini aku nak share 1 rule yang mungkin korang tak perasan…
Sebelum itu, contestant dalam point 4.4 itu membawa maksud perserta atau participant; orang yang menghantar penyertaan dalam WWWOW Awards. Jadi berdasarkan point 4.4,
The entries submitted must be original, created and owned by the contestant and not obtained from other sources
Berdasarkan pemahaman aku, kita mesti menghantar karya atau blog kita sendiri dan bukannya blog orang lain. (tolong betulkan kalau salah) Selain itu ada special case yang DiGi tolong calonkan mereka sebab memang mereka orang-orang hebat. Atas sebab itu maknanya kita kena hantar blog sendiri la hohoho musykil aku kenapa ada banyak sangat blog / entry yang sama di hantar oleh orang berlainan.. Mungkin ramai penulis jemputan kot hehehe..
Satu lagi cuba baca point 4.1:
Kalau tak nampak meh aku copy ape yang dia tulis hahaha
The Contest is open to everyone to enter, excluding Onlien Story of the Year which will be selected by DiGi and their panel of judges
Selama aku dah hidup 22 tahun+- ni tak pernah plak aku tau wujudnya perkataan Onlien tu ape hahaha. Sila baca Rules WWWOW Awards kalau nak tengok lebih banyak tupo typo peraturan-peraturan lain dalam WWWOW Awards
Sekian sahaja post kali ini. Dikesempatan ini aku nak meraih undi untuk cisdel.com haha sila la mengundi cisdel.com dalam kategori Top LOL (Humor) ye ia semudah cisdel.com/jom/undi
Post yang berkaitan:
- bundle atau tak ori.. mana yang korang pilih??
- entry yang korang tak mungkin jumpa di topotato.com…
- kenapa korang baca blog topotato.com?
- kalau korang diberi 3 permintaan apa yang korang mintak?
- awards dari gadis-gadis cun….


kak jie tak bertanding..blog peribadi , lainlah blgo berniche mcm cisdel atau blog amanz – niche..sedap sebut mcm laichi
jap kak jie vote cisdel
terima kasih kakjie
vote si mamat Amanz tue skali. aha.
org femes mesti ramai vote..tambah2 macam si Aman ni..hehehe
blog femes boleh le bertanding Kak Jie..awak ni idak..:D
kalau blog aku masuk mesti dapat nombor last. maka baik tak payah masuk.
lagi2 memang tak de niche punya blog.
p.s macam mana kak jie boleh kata niche macam laichi.
takpe apa kata kalau ko menyokong cisdel.com vote tiap-tiap hari dan ajak kawan-kawan sekali vote
hehehe
aku mmg tak berminat dengan sebarang contest..ahahahah.
bukanlah abang topo ooi. dia cakap, entri tue kena entri asal, dan bukannya jenis copy paste dari web dan blog-blog lain. gitu la kot.
ala dang! salah ke haha
eh. aku yang salah kot. aku terlepas baca “By the contestant”.
*malu*
wahh, kena undi cisdel ni..
Blog saya pun tunggang terbalik. Niche pun tak de, saya undi cisdel, dengan aman! Hahaha.