Tips Untuk Mengharungi Krisis Kewangan Sirius di Universiti

Masterpiece, Tips March 28th, 2011

Dah agak lama aku ingin menulis berkenaan dengan ini haha tapi nampaknya masa amat mencemburui diriku ini. Berikut aku ingin kongsikan beberapa tips untuk mengharungi krisis kewangan yang sirius di Universiti atau Kolej khas untuk semua mahasiswa mengikut pendapat aku. Diingatkan, krisis kewangan yang dimaksudkan dalam post ini adalah bersifat sementara dan mungkin tidak sesuai untuk masalah kewangan yang kekal sejak azali.

Kenapa pilih universiti dan bukannya sekolah mahupun tempat kerja? Pertama, zaman universiti boleh dianggap sebagai penghubung antara zaman pembelajaran dan zaman kerja. Jika anda mampu memenuhkan ilmu di dada ketika zaman universiti, nescaya ia dapat membantu anda dizaman perkerjaan. Yang kedua, rasanya para pelajar sekolah boleh mengharungi kerisis kewangan dengan bantuan ibu bapa mereka.

Hargai zaman universiti atau kolej anda

Hargai zaman universiti atau kolej anda

Punca-punca berlaku krisis kewangan

Sebelum mengharungi, lebih baik kita kenal pasti dahulu punca-punca yang boleh menyebabkan krisis kewangan yang sirius ini. Bak kata orang mencegah itu lebih baik daripada merawat hoho. Terdapat beberapa punca krisis ini berlaku mungkin secara sengaja ataupun tidak sengaja. Perkara yang tidak sengaja dan diluar jangka ini mungkin tidak dapat dielak tetapi sekurang-kurangnya kita cuba untuk mencegah punca-punca yang sengaja ini. Antara punca-punca sengaja wujudnya krisis kewangan ini mungkin seperti berikut:

  1. Duit tajaan ataupun pinjaman digunakan untuk membeli gadget atau telefon bimbit terbaru dan paling canggih di luar kemampuan kita.
  2. Banyak duit dihabiskan untuk membeli pakaian mewah dan berjenama untuk kelihatan kacak bergaya dan disukai ramai tapi malangnya juga diluar kemampuan kita.
  3. Banyak duit dihabiskan untuk bercengkerama, berdating, bergayut, berSMS, berMMS, bervideo call bersama pasangan yang tersayang tapi malangnya perbelanjaan itu juga melebihi apa yang kita mampu
  4. Dan lain-lain lagi, tepuk dada tanyalah selera hahaha

Perkara di atas mungkin atara penyebab berlakunya krisis kewangan, diulangi mungkin ye.. Pada pendapat aku, tidak salah kalau nak bergaya atau mengikut trend semasa dan memiliki gadget-gadget terbaru tapi apa yang penting sila ukur baju di badan sendiri dan rancangkan kewangan anda dengan teliti sebelum melakukannya. (yang pasal bercengkerama, dating, gayut, sms, mms, video call dengan orang tersayang tu pandai-pandai la korang tentukan ia salah atau tidak 🙂 )

Menabung menjamin masa depan anda

Menabung menjamin masa depan anda

Tips untuk mengharungi krisis kewangan

Walaupun kita berjaya mencengah daripada melakukan perkara-perkara sengaja yang mengundang krisis kewangan sirius, tetapi mungkin akan wujud perkara-perkara luar jangka yang menjurus ke arah krisis kewangan ini. Berikut adalah beberapa tips yang mungkin boleh diamalkan untuk mengharungi krisis kewangan berkenaan.

1) Sila rajinkan diri untuk mengikuti program-program anjuran universiti anda. Mengikut pengalaman, program-program yang dianjurkan pasti akan dihidangi dengan makanan percuma hahaha. Walaupun makanan itu hanyalah semangkun bihun goreng, tetapi sekurang-kurangnya ia mampu untuk menjimatkan RM3.50 dan membuatkan anda tidak kebulur pada hari berkenaan.

Program-program seperti “Mari menonton … Dalam Botol di Panggung Wayang Berdektan Seraya Bermain Bowling 12 Round dengan Tanggungan Sendiri” adalah agak tidak digalakkan. Bukan niat dihati untuk menyuruh korang menjadi kera sumbang atau tidak bergaul dengan rakan-rakan sebaya, tapi sila ingat dengan baik bahawa anda sedang dilanda krisis kewangan sirius haha. mungkin program berkenaan boleh digantikan dengan ” Mari Berjogging di Tasik Berdekatan dengan Percuma Sambil Memerhatikan Kejadian Tuhan yang Sangat Indah”

2) Manfaatkan penggunaan kupon diskaun ataupun potongan harga promosi dengan sewajarnya. Contoh penggunaan kupon diskaun yang wajar adalah memanfaatkan kupon McDonalds free Big Breakfast. Dengan berbelanja RM5 anda akan dapat menikmati 2 Big Breakfast percuma bernilai RM13.80. Ini mungkin dapat membantu anda untuk kenyangan sampai ke petang. Mungkin la. Tetapi perkara ini akan menjadi tidak wajar sekiranya anda perlu berbelanja wang yang sangat banyak untuk tujuan pengangkutan dan sebagainya. hohoho

Kupon McDonald free Breakfast

Sila klik untuk mendapatkan kupon

3) Apabila menghadapi krisis kewangan yang sirius cuba amalkan konsep berjimat-cermat dan cuba untuk downgrade. Mungkin ini tips yang sering anda dengar dan baca tetapi percayalah, ini adalah antara tips yang sangat berkesan. Downgrade tidak semestinya bermaksud daripada memandu Proton Inspira sila ubah menjadi Produa Kancil. Terdapaat banyak lagi perkara yang mudah dan logik untuk anda downgrade contohnya:

  • Jika sebelum ini anda biasa sarapan roti canai dan teh tarik, anda mungkin boleh mengubah ia menjadi roti canai bersama Teh O’. Walaupun anda hanya dapat berjimat 20-30sen, tetapi percayalah 20sen inilah yang akan menyelematkan anda daripada kebuluran satu hari nanti.
  • Jika sebelum ini hidangan wajib untuk tengah hari adalah nasi berlaukkan ayam masak lemak cili api bersama ikan masak sweet sour dan sambal tempe. Mungkin anda boleh downgrade lauk berkenaan dan kurangkan variasinya.
  • Mungkin jika sebelum ini anda bergayut 3jam sehari bersama pasangan kesayangan mungkin anda boleh kurangkan atau tak bergayut langsung haha cukup sekadar bertanya khabar ringkas untuk memberi tahu anda sentiasa ingat padanya ewahhh hahahaha. Nescaya tindakan ini mampu untuk menjimatkan topup anda secara maksima.
  • Tetapi jangan la pulak tak bertanya khabar langsung dengan keluarga haha. Walaupun anda mengalami krisis kewangan yang sirius keluarga tetap tidak boleh diabaikan. Haha macam tak biasa je miss call mak bapak suruh call balik. Dengan bertanya khabar pada mak bapak mana la tau mungkin anda peluang untuk mendapatkan barang seratus dua masuk ke dalam akaun anda.

Tetapi jika anda seorang yang banyak songeh dan banyak bunyi, “oh I tak boleh la kalau tak makan nasi berlaukkan ayam masak lemak cili api bersama ikan masak sweet sour dan sambal tempe. Rasa macam tak lengkap je hidup I nanti” Sukahati la korang.. Sila abaikan tips di atas.

4) Rajinkan diri untuk mengikuti segala jenis peraduan atau contest yang dirasakan sesuai. Sebagai pelajar universiti, pasti wujud pelbagai peraduan ataupun contest-contest menarik yang dianjurkan oleh pelbagai pihak dan menjanjikan hadiah yang lumayan. Walaupun mungkin hadiah hanya sekadar hamper dan bukannya wang tunai tapi percayalah, hamper itu sangat besar nilainya terutama di waktu krisis kewangan sirius haha. Kalau tak cukup dengan contest di universiti anda juga boleh merajinkan diri dengan mengikuti segala jenis contest di media massa, media cetak mahupun di internet. Tetapi jika kos untuk menyertai contest berkenaan agak melampau dan tidak berbaloi, sila abaikannya.

Percayalah 20sen inilah yang akan menyelematkan anda daripada kebuluran satu hari nanti.

(Nazrien, 2011)

Satu perkara yang agak penting dan perlu dijauhi jika berhadapan dengan krisis kewangan yang sirius. Sila jangan diet terlampau dan membuatkan anda kebulur ini kerana bukan sahaja ia akan mendatangkan mudarat kepada anda. Tetapi jika anda tidak cukup hebat untuk mengawal diet estreme berkenaan mungkin anda akan cenderung untuk makan dengan sangat banyak lagi. dan seboleh-bolehnya kurangkan atau elak daripada meminjam wang daripada rakan-rakan kerana ia mungkin akan mengundang Krisis Kewangan Sirius Episod 2 nanti.

Rasanya cukup la sekadar 4 tips yang mungkin berguna untuk mengharungi krisis kewangan sirius di universiti. Sekiranya anda ada cadangan lain sila kemukakan di ruangan komen. Segala maklum balas sangat dihargai. Dan sekiranya ada yang anda tidak setuju dan nak memberi tips yang lebih baik, sila tulis kat blog sendiri.. Tulis la panjang lebar mana yang korang suka haha. Sekian terima kasih kerana sudi membaca post 1102 patah perkataan ini 🙂

kredit gambar: sdsu news center, mcdonald, google

21 Responses to “Tips Untuk Mengharungi Krisis Kewangan Sirius di Universiti”

  1. MuJE says:

    sesungguhnya penggunaan kupon mekdi itu sangat berharga nilainya walaupun terpaksa beratur selama sejam.

    [Reply]

    muhammad fakhruddin Reply:

    …dan kupon2 lain juga. Kawan selalu dapat, saya tumpang tui sahaja 😉

    [Reply]



  2. hana says:

    baek punye tip..
    nk mntak parent segan sebab dpt scholar..
    muahaha..
    mmg amalkn pn tips di atas…

    [Reply]



  3. haru says:

    seyesly ini adalah tips terbaek utk mereka di luar sane yg xreti nk jaga duet di u..

    pngalaman aku, aku pnah dikatakan tidak sosial bile aku selalu menolak pelawaan rakan2 aku utk kluar ke bndor.tgk wayang, @ maen boling..lebih sng duk di blik maen2 blog..duit jimat…

    [Reply]



  4. Affan says:

    hahahaha.
    aku suka tips no 1.

    yang tips downgrade tu memang aku buat, kalau ada duit beli nutella, kalau takde beli peanut butter je lah hehe

    [Reply]

    topo Reply:

    uhuk2.. aku kalau ada duit beli jem.. kalau takde duit makan roti kosong je jawabnya haha

    [Reply]



  5. suzila says:

    selalu nye makan takkan buat kita sempit duit…. biasanye kluar n beli barang2 kehendak….

    [Reply]



  6. menusukhati says:

    baik punya tip..sepatutnya boleh letak,punca masalah kewangan,sebab beli domain utk blog..cara atasi…buatlah blog..lalalala

    [Reply]



  7. Fitrihadi says:

    kalau makan kat kedai sehari memang habis rm10..adeh.. perut ni asyik mengidam je..nak kena posa ni untuk kurangkan nafsu makan tu..
    .

    [Reply]



  8. faiz says:

    makan nasi bujang takde dalam senarai..haha..

    [Reply]



  9. vviisshhnnuu says:

    dah lepas mengharungi…

    Entry Terkini: How to Increase Visitors Retention

    [Reply]



  10. eddi88 says:

    Amalan tips yang bagus, bagus berjimat cermat.

    [Reply]



  11. Wan Perlis says:

    hehe ak x pernah hadapi masalah ni

    [Reply]



  12. abdfatah says:

    tips yang menarik berdepan dengan krisis kewangan universiti…

    [Reply]



  13. samanosuke_04 says:

    live below your means.. or expand that means…

    [Reply]



  14. ceghap says:

    tips tambahan, sila pilih universiti paling dekat dengan rumah anda~ hahaha

    [Reply]



  15. azhar@Shed Plans says:

    tips yang bagos untuk saya nie…hehehe

    [Reply]



  16. andy says:

    Banyak tips berguna buat sempadan ,huhu aku ne kaki bolos ,asal dapat gaji belanja sakan

    [Reply]



  17. riff says:

    tips berguna utk adik2 yg di U..huhuhu

    [Reply]



  18. ho kang tao says:

    memang perlu save kat universiti

    [Reply]



  19. fauzi says:

    biasanya jadi begini sebab salah urus kewangan.
    lihat saje hari ini pelajar universiti dengan gadjetnya. bermacam-macam.

    perlu bezakan perkara itu kita perlu atau mahu (biasanya ada barang yang kita mahu sebenarnya kita tak perlu)

    [Reply]



Leave a Reply