Pengalaman 48 Jam Krisis Gangguan Bekalan Air

Life March 2nd, 2011

Kalau anda mengikuti topotato di twitter pasti korang ada terbaca tentang masalah bekalan air yang melanda kawasan rumah aku semenjak pagi Ahad, 27 Februari 2011 jam 3.00 am. Tempoh masa 48 jam tu agak mencabar minda bagi aku terutamanya kerana aku tinggal bersama keluarga seramai 6 orang. Berikut adalah beberapa pengalaman berharga sepanjang 48 jam tanpa bekalan air. ( Jangan tanya aku mandi ke tidak.. hahaha)

– 1 Jam: Kira-kira jam 2.00 pagi mak aku perasan air sangat perlahan pada jam 2 pagi-pagi buta tu aku dipaksa untuk tadah air sebagai langkah kecemasan.

0 Jam: Air di paip memang dah sangat perlahan dan bakal habis tak lama lagi. Untuk pengetahuan rumah kami memang tiada tangki air dekat atas tu haha atas sebab-sebab yang tak dapat dinyatakan.

3 Jam: aku baru perasan air memang dah takde masa nak solat Subuh. Nasib baik kami ada simpan lebih kurang 110liter air beberapa bulan lepas atas tujuan kecemasan.

4 Jam: Kira-kira jam 7.00+- semua orang di rumah dah bangun tapi nasib baik la hari ini Ahad jadi semua macam tak kisah sangat la kalau takde air. Boleh duduk rumah golek-golek je sepanjang hari.

10 Jam: Waktu makan tengah hari tidak menjadi masalah kepada kami sebab semalam rumah pak cik ada kenduri dan segala jenis lauk masih ada lagi cuma perlu dipanaskan je. Kehidupan diteruskan seperti biasa menggunakan bekalan 110 liter air yang ada.

15 Jam: pukul 6.00 petang +- Saje menggatal tangan cari laman web Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) mana la tahu kalau ada perkembangan terbaru tentang masalah bekalan air dan jasilnya seperti di bawah ini:

 

Paip Pecah di Melaka

Klik untuk paparan lebih besar

PAIP SESALUR UTAMA 1000mm DAN 900mm PECAH DI KRUBONG PADA 27 FEB 2011 JAM 7PAGI. KERJA-KERJA PEMBAIKAN SEDANG GIAT DILAKSANAKAN. KAWASAN YANG TERGANGGU BEKALAN AIR IALAH SELURUH KAWASAN POKOK MANGGA, BERTAM MALIM, MALIM JAYA, PULAU GADONG, TANJONG KLING, PANTAI PUTERI, TANGGA BATU, KG GELAM, PANTAI KUNDOR, BKT RAMBAI, KLEBANG, TANJONG… MINYAK, KRUBONG, PAYA RUMPUT, BERTAM ULU, SUNGAI UDANG DAN KAWASAN BERHAMPIRAN LOKASI DIATAS. KERJA PEMBAIKAN DI JANGKA SIAP DALAM TEMPOH 24 JAM. PENGGUNA DIHARAP DAPAT BERJIMAT MENGGUNAKAN AIR.
SILA HUBUNGI TALIAN 1-800-88-5800 UNTUK SEBARANG BANTUAN.

Memandangkan banyak jugak tempat yang mengalami nasib sama jadi kami relax je sebab yakin InsyaAllah masalah air akan dapat diselesaikan tak lama lagi.

17 Jam: Tengok Buletin Utama kot-kot ada berita terkini tentang masalah bekalan air tu tapi aku tak nampak pon berita tu, macam takde je banyak berita pasal aktiviti meraih undi dekat Merlimau je hohoho. Diulangi aku nampak macam takde berita, mana la tau kot-kot berita tu ada masa aku sedang sibuk di twitter hohoho.

18 – 19 Jam: Malam tu kami memilih untuk makan roti je sebab pertama sebab bekalan air 110 liter tu semakin berkurangan dan agak tidak yakin untuk di masak. Sebab kedua sebagai langkah berjaga-jaga menjaga perut supaya tak sakit perut hohoho

21 Jam: Tepat jam 12 tengah malam ayah dan kakak aku sedang sibuk merancang strategi kalau-kalau esok masih takde air. Aku buat tak tahu je sebab aku memang berkerja dari rumah je pon haha.

22 Jam: Sama seperti hari-hari biasa aku memulakan aktiviti kerja sampingan yang tak seberapa tapi macam tak semangat sebab biasanya sebelum buat kerja aku mandi dulu.

24 Jam: (3.00 pagi Isnin) Sekali lagi sama seperti hari-hari biasa aku akan sangat kebulur pada waktu ini, selalunya ini waktu aku makan malam dan biasanya ada nasik dan lauk yang ditinggalkan untuk aku. Terpaksa la tahan lapar sebab yakin tak lama lagi ada air dan boleh makan puas-puas.

25 Jam: Produktiviti kerja menurun sebab lapar. Selongkar dapur dan ajaibnya jumpa Maggi Tom Yam. Tapi keadaan dalam dilema memikirkan kesan negatif yang bakal berlaku selepas makan Maggi Tom Yam. Tapi terpaksa jugak sebab lapar tahap kritikal

 

maggi tomyam yang sedap tapi merisaukan haha

maggi tomyam yang sedap tapi merisaukan haha

27 Jam: Masih lagi tiada air, tapi masih lagi berfikiran postif biasa la ralat masa 2-3 jam tu. Adik bongsu dah pergi sekolah dengan mandi ala kadar je hohoho

28 Jam: Kami yang tiggal di rumah sepakat untuk mengumumkan hari ini sebagai cuti umum. Pukul 7 pagi rumah dah gelap semua duduk depan tv tengok cerita Bob The Builder, Hi- 5 dan Postman Pat.. Sila google kalau tak tahu tu cerita apa. Memang indah sungguh pagi tu dan dipenuhi gelak ketawa hahaha

31 Jam: Berita pada jam 10 pagi di Radio Malaysia Melaka cakap sepatutnya paip tu telah berjaya dibetulkan pada jam 6.00 pagi tadi tapi berlaku kebocoran balik. Kononnya akan pulih seawal jam 3.00 petang. ok.. Apa la sangat tunggu lagi beberapa jam.

33 Jam: Tengok Jalan-jalan Cari Makan.. pergh menggugat iman betul haha untuk mengelakkan godaan-godaan seperti itu lagi aku aku memilih untuk tidur dan bangun pada jam 3.00 petang.

36 Jam: Dapat rasakan tekanan dan suasana yang tidak sedap di rumah, semua orang tensi mungkin sebab lapar dan tak selesa dah berapa lama tak mandi dengan betul. Nak pergi keluar beli makanan pon macam agak susah sebab kawasan terdekat memang takde air. Kirim kat member kak long belikan makanan sebab dia memang berada di luar kawasan masa tu dan dalam perjalanan balik ke rumah. Makan dengan penuh berhati-hati sebab takut sakit perut hahah

38 Jam: Sambung tido dengan harapan bila bangun je air dah ada hahaha. Bekalan air simpanan semakin berkurangan tahap kritikal.

40 Jam: Bangun tido tapi malangnya air masih tiada. Cuba call hotline SAMB dan kononnya air hanya akan kembali esok pagi =.=”. Dapat perkhabaran daripada kawan kak long ada lori air datang Taman dia. Bersedia dengan segala jenis baldi untuk menyambut ketibaan lori air. Malangnya lori tu tak datang singgah pon hohoho

42 Jam: Tengok cerita Gemilang kat tv3 << haha ok ini memang tiada kaitan dengan pengalaman takde air.

44 Jam: Suasana tegang wujud kembali kat rumah aku. Rasanya dari petang tadi semua main bukak-bukak paip dengan harapan air keluar. Dan cubaan pada jam 11 malam itu berjaya hahaha. Air keluar di paip depan rumah tapi sangat-sangat perlahan. Semua orang dah mula gembira kumpulkan segala jenis baldi dan besen untuk tadah air.

45 Jam: Semua orang mandi secara bergilir-gilir supaya air ada bekas untuk isi air. Haha ini la mandi yang paling best sekali rasanya.

47 Jam: Berjaya penuhkan 110 liter air simpanan sebagai langkah persedian kalau krisis air berterusan.

 

bekas air 110 liter
ini la rupanya bekas 110 liter air aku dan paip yang sangat berjasa haha

48 Jam: Pada jam 3.00 pagi air telah mula keluar di setiap paip gembira sangat bila tengok air tu keluar haha. Kehidupan diteruskan seperti biasa. TAMAT

Mula-mula ingatkan dah tamat, tapi tiba-tiba semalam dapat perkhabaran dari mulut ke mulut kononnya krisis air bakal berulang =.=”

p/s: Ini adalah sebahaagian catatan harian, tak boleh ditulis dengan sepenuhnya kerana mungkin akan timbul perkara yang tidak diingini. Tolong jangan pertikaikan apa-apa aktiviti atau tindakan yang kami buat haha setiap perkara ada tujuan tersendiri yang mungkin sukar untuk difahami oleh pihak ke tiga 🙂 Terima kasih sebab sudi baca >.<

13 Responses to “Pengalaman 48 Jam Krisis Gangguan Bekalan Air”

  1. adledash says:

    Salam…

    forward to this part…

    45 Jam: Semua orang mandi secara bergilir-gilir supaya air ada bekas untuk isi air. Haha ini la mandi yang paling best sekali rasanya.

    aku yg baca part ni pun bley terasa bahagia..teringat kenangan takde air kt rumah selama hampir seminggu dulu kat alor star..

    [Reply]

    topo Reply:

    yup memang bahagia giler.. hahaha

    [Reply]



  2. Sabahan Bloggers Club says:

    Aduh…. Kalau takde api, takpelah lagi tapi kalau takde air tu, memang rasa macam seksa jer hidup. terutamanya kalau nak ke bilik kecil.

    [Reply]



  3. fz says:

    heu heu. laporan lengkap. boleh buat kat aduan rakyat…

    [Reply]

    topo Reply:

    heu tu macam mana nak pronounce weh?

    [Reply]



  4. shifaa says:

    haha…tak sangka ade jugak yang melayan Bob The Builder, Hi- 5 ngan Postman Pat tu. ingat kan aku ngan adik aku yg umur 5 tahun tu je..hihi

    aku penah gak kat umah sewa, kene potong sebab tak bayar bil…ahha pakai air mineral je la

    [Reply]

    topo Reply:

    haha aku pon sendiri tak percaya gak sebenarnya haha

    [Reply]



  5. ariff says:

    hahahaha… xleh blah la entri ni. jap aku baca sampai habis.

    [Reply]



  6. topo says:

    haha pengalaman berharga dari hati yang tulus ikhlas ni

    [Reply]



  7. lizz says:

    dalam banyak-banyak entry personal yg aku terbace…ni yang aku rase paling berseni.bahahahaha!!!! cukup berjam-jam tapi aku sukelah. hahaha

    [Reply]

    topo Reply:

    bahagian mana yang berseni pon aku tak tau la hahaha

    [Reply]



  8. apaajanews says:

    kalau tambah lagi satu hari..alamat berbau la satu rumah…he he

    [Reply]



  9. afique says:

    mencabar iman dan jiwa raga doh bile takde air.

    [Reply]



Leave a Reply