Koleksi Gambar Punca Krisis Bekalan Air 48 Jam
Sebelum ini aku ada kongsikan catatan harian catatan jamian catatan pengalaman sepanjang 48jam tiada bekalan air. Kali ini aku nak kongsikan gambar-gambar pulak. Semua gambar dan cerita disebalik paip ini diambil daripada facebook rasmi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) kalau diorang tipu makan post ini adalah penipuan belaka haha. Seperti biasa, klik untuk paparan lebih besar
27 Februari 2011
Pada 27 Feb 2011 jam 7.30pagi pasukan peronda SAMB telah menjumpai kebocoran di paip 1000mm jenis MS di Tapak Perlupusan Sampah Krubong. Kerja pembaikan dilaksankan segera pada hari yang sama.
28 Februari 2011
Pada 28 Feb 2011 jam 2 pagi kerja pembaikan paip 1000mm MS telah siap di baiki dan bekalan air di buka. Semasa bekalan di buka , 2 kebocoran baru dikesan pada jarak 20 meter dan 50 meter dari lokasi yang pertama. Jumlah kebocoran sebanyak 4 sehingga 28 Feb 2011.

Aku rasa lubang ni ditebuk untuk buang air kot.. Mustahil la bocor boleh dapat bentuk cantik macam ni haha
Kerja membaiki 2 kebocoran di paip 1000mm MS siap pada 1 Mac 2011 jam 3 pagi dan bekalan air dibuka kepada pengguna.
1 Mac 2011
Setelah Kerja membaiki 2 kebocoran di paip 1000mm MS siap pada 1 Mac 2011 jam 3 pagi dan bekalan air dibuka kepada pengguna, pada jam 5 petang peronda SAMB mengesan 2 lagi kebocoran di paip 1000mm MS. (Alhamdulillah kerana kali ini ia tak memberi kesan kepada aku kalau ada pon mungkin tidak sirius)
Bekalan air di tutup kali ke 3 bagi laksanakan kerja pembaikan. Pada 2 Mac 2011 jam 8 pagi kerja pembaikan paip 1000mm MS siap di baiki dan bekalan air di buka kepada pengguna.
Sehingga 3 Mac 2011 jam 3 petang bekalan air melalui paip dapat di bekalkan kepada pengguna. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dan bertungks-lumus memperbaiki paip air yang rosak itu ye. Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan.. nah amek iPad 2 PERCUMA!!! hohoho
p/s: semua gambar adalah hak milikΒ Facebook SAMB topotato.com tidak berniat untuk mempergunakan gambar-gambar berkenaan untuk tujuan yang negatif.. sila la add mereka sebagai kawan ye jika anda warga Melaka.
March 5th, 2011 at 8:01 pm
cepat depa buat kerja eh..
well done air melakauuuu
kat dengan rumah member aku ni..
[Reply]
March 5th, 2011 at 10:50 pm
Uih besau betul paip air tu.
itu kalau buat meriam masa raya mesti best tu..
*Terperanjat aku.. aku ingat salah rumah tadi.. π
[Reply]
March 6th, 2011 at 1:53 am
ingatkan tadi ko yang jadi paparazi tangkap gambar. lol~
[Reply]
March 6th, 2011 at 5:23 am
kerja yg pantas cmni la yg kita nak tengok π
[Reply]
March 6th, 2011 at 11:03 pm
tadi balik kampung melaka, air paip warna putih. π
[Reply]