Kisah Hidup Penanam Anggur yang Mungkin Akan Berjaya

Life March 11th, 2011

Mungkin ramai yang sedia maklum aku dah berjaya menamatkan pelajaran tidak berapa lama dahulu. Sementara mencari perkerjaan tetap atau mungkin sambung belajar banyak aktiviti-aktiviti bermanfaat aku lakukan contohnya seperti menanam anggur. Baru je berjinak-jinak dalam bidang ni, susah jugak rupanya nak jadi penanam anggur yang berjaya ni boleh tahan tahap kebosanan dia. Berikut adalah rupa anggur yang aku cuba tanam.

pokok anggur

pokok anggur

Ini lah rupa pokok anggur yang aku dan mak aku cuba tanam tu, baru je dapat semalam hasil pow pemberian jiran tetangga. Kesian pokok ni masih belum ada pasu yang sesuai lagi nak di tanam. Kepada yang tak pernah tengok pokok anggur tu sila percaya ini adalah pokok anggur yang benar. Kalau tak percaya jugak sila google.

pokok anggur 2

aku masih lagi tak tau anggur warna apa yang akan muncul nanti

Aku mengharapkan usaha dan tanaman ni membuahkan hasil. Haha nanti boleh bangga dengan kawan-kawan cakap depan ruma aku ada pokok anggur. Segala perkembangan pokok ini akan dinyatakan twitter. Oh sesiapa yang dah unfollow ataupun hide aku jangan khuatir aku juga mungkin akan catatkan perkembangan pokok anggur ni di dalam blog.

Akhir kata, sila doakan agar aku berjaya menanam anggur ini dan menjaganya sampai membuahkan hasil. Sekian terima kasih hahaha 🙂

tak cukup? apa kata kalau subscribe je feed blog ni

10 Responses to “Kisah Hidup Penanam Anggur yang Mungkin Akan Berjaya”

  1. ubey says:

    haha. buat ladang ke pahni. leh tukar jd toanggur.com

    [Reply]

    topo Reply:

    pergh wujud lagi ko rupanya.. hahaha 1 pon tak tentu hidup.. apetah lagi seladang haha

    [Reply]



  2. alien13 says:

    tanam kat tanah la bro cepat besoo
    dalam pasu cinonet saje nanti

    [Reply]



  3. abdusfauzi says:

    hmm. hari tu aku petik anggur kat ausi. parking lot dia dibumbungi oleh pokok anggur. gila seronok!!

    [Reply]



  4. aizuddin says:

    berapa harga satu pokok anggur ni?bukan senang nak hidup kalau tanam ni

    [Reply]



  5. Fazli says:

    bagus. entri macam ni boleh bg semangat kepada penanam-penanam anggur yang lain. teruskan usaha.

    [Reply]



  6. LittleMYRAshmallow says:

    kat rumah saye pun ade pokok anggur…
    anggur kaler ungu…tapi masam…huhu~
    tanam laa kat tanah…then lilit kat tiang…
    pastue wat cam bumbung…sure cantik…=)

    [Reply]

    topo Reply:

    hohoho tu ada dalam perancangan masa depan tu.. pergh macam best je siap ada bumbung..

    [Reply]



  7. Sabahan Bloggers Club says:

    Kat Malaysia yang cuaca panas kering boleh tumbuh subur ke anggur ni? Apa-apa hal pun, kalau ada buah jangan lupa hantar kat kita yek…. 🙂

    [Reply]



  8. Mr Acai says:

    haha.. mmg menarik bro.. keep it bro.

    [Reply]



Leave a Reply