Bihun Pama adalah mee segera paling sedap di alam semesta

Reviews March 8th, 2011

Sebelum ini aku pernah menobatkan Nugget Seri Murni sebagai nugget yang paling sedap di alam semesta. Ramai jugak yang memberi respon positif berkenaan dengan nugget tu. Siap ada yang call aku sambil belek-belek nugget Seri Murni kat GIANT haha. Post kali ini aku nak menobatkan mee segera yang paling sedap di alam semesta pulak hahaha. Diingatkan ye, semesta kita mungkin berbeza. Ini adalah mee segera yang paling sedap di alam semesta aku. Kalau korang tak setuju sila nobatkan mee segera untuk semesta korang plak hehe.

Waktu zaman sekolah dulu, mee segera Mamee berjaya memenangi anugerah ini. Tapi semenjak MAMEE paparkan wajah Mawi dan lain-lain rasa dia dah jadi biasa je (tak boleh cakap tak sedap nanti kena saman.. wahahaha). Seperti biasa, berikut adalah beberapa sebab kenapa aku memartabatkan bihun Pama sebagai mee segera paling sedap di alam semesta.

  1. Ini kali pertama aku nampak mee segera yang guna bihun dan bukannya mee kuning haha. Itu je dah berjaya menarik minat aku untuk mencubanya. Selain itu terdapat jugak Kuey Teow Pama yang kononnya lebih sedap tapi aku tak bernafsu untuk mencubanya. Mana nak carik weh jenama lain ada bihun dengan kuey teow
  2. Bila anda masak bihun Pama ni aromanya akan membuatkan semua orang yang berada dalam lingkungan 10meter radius akan datang menghampiri korang dengan niat untuk berpura-pura peramah dan tanya korang tengah masak apa. Atau pun yang lebih straight forward akan terus mintak sebungkus mee segera yang sama.
  3. Harganya tak dapat dikenal pasti sebab kali terakhir aku makan bihun Pama ni 5 tahun lepas. Setelah mempertimbangkan faktor inflasi dan kenaikkan harga minyak, mungkin harganya dah meningkat. Tetapi walaupun dah 5 tahun rasa dan aromanya masih kekal di ingatan.
bihun pama

bihun pama

Cukup la 3 sahaja sebab ye kalau banyak-banyak pon buat penat nak baca je. Di atas ini adalah rupa bihun Pama perasa sup istimewa. Aku dah 5 tahun tak makan tak tahu la kalau dia dah berevolusi jadi tak sedap plak.. hahaha

p/s: post ini juga tidak dibayar penerbitannya.

24 Responses to “Bihun Pama adalah mee segera paling sedap di alam semesta”

  1. Affan says:

    hahaha.
    kelakar siot aku baca

    [Reply]

    topo Reply:

    kelakar tapi benar.. hahaha

    [Reply]



  2. Ikhwan says:

    P/s : Entri ini dibawakan khas oleh PAMA, mee segera no. 1 di Asia Tenggara.

    [Reply]



  3. Rjuna says:

    ye ke sedap, nanti nak try yg kuey teow punya

    bihun ni mamee pun ada, aku pernah beli yg perisa tom yam/itik

    [Reply]



  4. Anarm says:

    bihun pama memang sedap.. faveret nih..

    [Reply]



  5. Fitrihadi says:

    kalau nak makan bihun sup segera memang jenama ni ar yang paling cepat aku sambar kat kedai..sedap tu..belanja aku weh haha

    [Reply]



  6. Mrdaha says:

    Wah! pilihan kita sama la!! PAMA THE BESTT!! PAMA PALING SEDAP!!! PAMA FOREVER!!

    MEGGI PAMA dulu murah je.. sekarang ni harga dah sama standard dengan megi2 lain..

    Apa2 pun PAMA perisa asli paling best. Ha3~

    [Reply]

    topo Reply:

    oo tak pasti la 5 tahun dulu aku makan perisa ape.. hohoho

    [Reply]



  7. chika says:

    Setuju.
    Saya bawa stok berbungkus bungkus masuk Australia.

    Kadang-kadang susah nak jumpa oooo PAMA ni.

    [Reply]

    topo Reply:

    ooh tak sangka plak siap bawak bekal pi Australia.. memang best dan susah nak jumpa bihun ni

    [Reply]

    abdusfauzi Reply:

    lepas ek? masa pergi hari tu, macam strict gile je kastam diorang. pergh.

    [Reply]



  8. Sabahan Bloggers Club says:

    Ini memang bihun segera kegemaran juga ni. Tapi dah jarang-jarang makan mee segera sebab risau dengan kandungan kimianya….

    [Reply]



  9. Ryehanna says:

    setuju.

    aku suke bihun pama… sedap…

    laki aku yg xpenah makan bihun ni pn suka sejak kahwin ngan aku… (eh, kantoi lak bg suami makan bihun segera.. hehehe)

    [Reply]

    topo Reply:

    kalau bagi makan bihun segera pama takpe.. diberi pengecualian.. hohoho

    [Reply]



  10. lawang says:

    Aku sker sgt mee PAMA ni..1st time aku makan thn 1998, my housemate masak..from there langsung jatuh hati..tapi dulu susah beno nak dapat mee ni

    [Reply]



  11. nadiya says:

    yeehaa .
    megi pama memang terbaek n terbesh .
    dari kecik memang dihidangkan makan megi ni .
    xd megi len .
    hehe X)

    [Reply]



  12. Amira Anorah says:

    tak pernah rasa woooorrr..apekata belanja sebungkus..
    susah jugak nak cari papamama ni *malas nk cari senanye*

    tp kan mihun kan lambat empuk..ke, perlukan masa yg lama untuk masak??

    [Reply]

    topo Reply:

    masa standard.. cuba la sendiri baru tau.. haha

    [Reply]



  13. apaajanews says:

    tobuko solero den…ditongah malam ni

    [Reply]



  14. Luthfi says:

    bihun ni aku suka.. sedappppp!

    [Reply]



  15. MokhZam says:

    teringat aku masa zaman student dulu, loan tak masuk lagik meehun ni slalu aku bedal 😉

    [Reply]



  16. eddikl says:

    Bihun pama sedap? mesti cuba ni…

    [Reply]



  17. budak botak says:

    he3, Bdk Botak suka jgk bihun pama nie, 2 bungkus pon senag2 ja habis. Tapi org kata x elok mkn sb ada perencah tu, tu yg kurg mkn dh…

    [Reply]



  18. ceghap says:

    setuju gila! bihun paham macam bihun xsegera wei… sedap~ mak aku mesti pesan aku bihun pama bila aku balik kg..hahaha

    [Reply]



Leave a Reply