Tips Untuk Mengharungi Krisis Kewangan Sirius di Universiti

March 28th, 2011 21 Comments   Posted in Masterpiece, Tips

Dah agak lama aku ingin menulis berkenaan dengan ini haha tapi nampaknya masa amat mencemburui diriku ini. Berikut aku ingin kongsikan beberapa tips untuk mengharungi krisis kewangan yang sirius di Universiti atau Kolej khas untuk semua mahasiswa mengikut pendapat aku. Diingatkan, krisis kewangan yang dimaksudkan dalam post ini adalah bersifat sementara dan mungkin tidak sesuai untuk masalah kewangan yang kekal sejak azali. Read the rest of this entry »

Siapa boleh terangkan rasa Janggut Naga macam mana

March 22nd, 2011 16 Comments   Posted in Life

live update: 21 Mar ’11, 5.34pm MYT | dari e71 topo…

Jika anda mengikuti topotato di twitter korang mungkin tahu yang kakak aku baru pulang dari Kelantan. Dan seperti biasa kalau pi Kelantan mesti la ada bawak balik makanan keropok ke dan lain-lain lagi.

Tapi kali ni kakak aku bawak balik naga. Haha ok bukan naga. Janggut naga yang kononnya sejenis kuih. Seperti biasa aku kalau benda-benda baru ni aku susah sikit nak cuba. Ye la tak macam pelik ke nak makan janggut.. Jadi kepada sesiapa yang tau macam mana rasa janggut naga ni boleh tolong terangkan? Sebelum aku dipaksa makan janggut ni =.="

Mula-mula aku ingatkan SuperMoon tu macam Sailormoon

March 20th, 2011 3 Comments   Posted in Life

live update: 20 Mar ’11, 1.36am MYT | dari e71 topo…

Malam ni semua orang sibuk bercerita pasal supermoon. Hahaha mula-mula aku ingatkan supermoon tu macam sailormoon la awek-awek comel pakai baju pelaut hahaha. Siapa yang tak kenal sailormoon tu sila google. Kalau jumpa live action sailormoon sila tengok lagi "best" daripada anime dia.

Selepas bantuan google dan banyak giler post pasal supermoon dekat apesal.com baru aku tau ia tiada kaitan langsung dengan sailormoon. Dan hasil daripada kamera 3.2mp nokia e71 aku ini lah rupa bulan yang aku dapat tangkap. Patutlah langit terang je malam ni 🙂

Tikus peliharaan baru yang berwarna putih

March 16th, 2011 6 Comments   Posted in Life

live update: 16 Mar ’11, 8.20pm MYT | dari e71 topo…

Lama tak buat live blog dah tak tau berfungsi lagi ke tidak. Post ini sekadar untuk berkongsi pasal tikus yang berwarna putih yang aku baru pelihara pagi tadi. Ini setelah tikus lama yang berwarna hitam itu bertindak agak melampau dan tidak mengikut arahan tuannya. Melampau betul tikus tu, setelah lebih 1 tahun aku membelanya dengan penuh kasih sayang dia seperti tidak mengenang budi. Atas sebab yang demikian aku mengambil langkah drastik dan menggantikan tikus berkenaan dengan tikus putih baru yang lebih seksi. Semoga tikus ini dapat bersama dengan aku lebih lama lagi mengharungi susah senang bersama-sama.

Kisah Hidup Penanam Anggur yang Mungkin Akan Berjaya

March 11th, 2011 10 Comments   Posted in Life

Mungkin ramai yang sedia maklum aku dah berjaya menamatkan pelajaran tidak berapa lama dahulu. Sementara mencari perkerjaan tetap atau mungkin sambung belajar banyak aktiviti-aktiviti bermanfaat aku lakukan contohnya seperti menanam anggur. Baru je berjinak-jinak dalam bidang ni, susah jugak rupanya nak jadi penanam anggur yang berjaya ni boleh tahan tahap kebosanan dia. Berikut adalah rupa anggur yang aku cuba tanam. Read the rest of this entry »

Bihun Pama adalah mee segera paling sedap di alam semesta

March 8th, 2011 24 Comments   Posted in Reviews

Sebelum ini aku pernah menobatkan Nugget Seri Murni sebagai nugget yang paling sedap di alam semesta. Ramai jugak yang memberi respon positif berkenaan dengan nugget tu. Siap ada yang call aku sambil belek-belek nugget Seri Murni kat GIANT haha. Post kali ini aku nak menobatkan mee segera yang paling sedap di alam semesta pulak hahaha. Diingatkan ye, semesta kita mungkin berbeza. Ini adalah mee segera yang paling sedap di alam semesta aku. Kalau korang tak setuju sila nobatkan mee segera untuk semesta korang plak hehe. Read the rest of this entry »