Nugget Seri Murni adalah nugget paling sedap di alam semesta…

Reviews February 25th, 2011

Secara jujurnya aku bukan penggemar makanan seperti nugget, sosej, burger ni semua tapi kalau ada makan je la. Tapi buat pertama kalinya aku sangat teruja dengan Nugget Seri Murni ini. Ye ini adalah produk bermutu keluaran Seri Murni dan bukannya nugget yang digoreng menggunakan minyak Seri Murni hohoho. Kenapa aku suka nugget ni dan mengiktiraf ia sebagai nugget paling sedap di alam semesta?

  1. Mungkin sebab ianya perasa bbq dan membuatkan nugget ini rasa lain daripada yang lain. Buat pertama kalinya aku makan nugget tanpa cicah dengan sos langsung dan sedikit pon tak muak.
  2. Mungkin kerana ada rasa lada hitam yang tidak keterlaluan dan membuatkan nugget ni sedap. Mungkin ini pernyataan berat sebelah kerana aku memang menggemari lada hitam, tapi rasanya kalau korang tak suka lada hitam pon akan jadi suka lepas makan nugget ni. Tambahan pula rasa lada hitam tu sekadar penyedap rasa je dan tidak keterlaluan.
  3. Harganya murah dan mampu dibeli. Haha murah tu tak bermaksud murah giler sepeket 1kg harga RM0.20. Harganya standard harga nugget biasa la membuatkan aku teringin nak beli walaupun selama ni tak pernah makan nugget jenama ni. Ye la, mustahil la aku akan cuba beli nugget ni kalau harga dia mengalahkan primadona.

nugget seri murni

nugget seri murni

Cukup la sekadar 3 sebab je kot di atas itu adalah gambar nugget seri murni yang diambil dari blog kokoadik (aku tak sampat nak tangkap gambar dah licin dah nugget tu). Kalau korang jumpa di pasaraya sila la beli dan cuba sendiri. Confirm tak rugi 🙂

p/s: post ini tidak dibayar penerbitannya, ini adalah post iklhas mempromosikan produk yang benar-benar bermutu 🙂

 

11 Responses to “Nugget Seri Murni adalah nugget paling sedap di alam semesta…”

  1. adledash says:

    salam.

    ok. masuk dlm wishlist.

    [Reply]



  2. mama amanarief says:

    ala guna jelah gambar tue takpe..hehe..blog awak ne kemas..sejuk je mata ne memandang…

    [Reply]



  3. milimilo says:

    boleh try lpsni nak tgok boleh lawan x kesedapan nugget kegemaran aku yg cap ramly tu.terbaik rasa dia tambah2 yg tempura.harga mahal sikit ah tapi. ;p

    [Reply]



  4. aizuddin says:

    sedapnya..tak penah try lagi rasanya

    [Reply]



  5. Mus says:

    memang sedap oo…

    [Reply]



  6. faiz says:

    rasa nak beli sekarang je..heheh

    [Reply]



  7. titan says:

    ye ke sedap? tak penah try lagi niih..

    [Reply]



  8. Roseli A. Bakar says:

    Tak sangka seri murni pun ada nugget..

    [Reply]



  9. TanyaLelaki says:

    ye ke yang paling sedap? aku nak kena cari ni.. aku selalu makan tempura, paling sedap la utk aku..

    nak tanya sikit, ni elegant theme yang mana 1 ye? cantik beb..

    [Reply]



  10. daus says:

    perhhh! sedap bai

    [Reply]



Trackbacks

  1. Bihun Pama: Mee segera paling sedap di alam semesta | topotato.com

Leave a Reply