Meninggalkan Jejak di Shoutbox Adalah Ibarat Katalog yang Diedarkan Secara Percuma
Fuyo dah hampir sebulan aku tak update blog ni bukan sebab merajuk tapi kononnya mencari ilham untuk menulis post yang hebat. Sebab terlalu sangat mengejar kesempurnaan akhirnya blog ni tak berupdate. Ok itu semua alsan sahaja. Berbalik pada tajuk asal, semenjak dua menjak ini ramai yang katakan shoutbox (baca kotak jerit) sudah semakin tidak relevan dan perlu dihentikan. Kononnya orang yang datang ke blog kita dan meninggalkan jejak di kotak jerit itu tidak ikhlas hahaha. Pedulikan apa orang kata ini pendapat aku tentang shoutbox blog walking ini.
Kepada yang tidak tahu bagaimana cara untuk meninggalkan jejak di shoutbox ini mudah sahaja, anda hanya perlu carik kat mana tuan punya blog letak kotak jerit mereka dan tulis apa-apa yang patut haha. Tapi masalahnya timbul apabila kononnya wujud segelintir penulis blog penjerit kotak yang kononnya mengumpul segala kotak jerit yang wujud di alam blogger ini dan meletakkannya pada satu tempat untuk memudahkan kerja mereka agar tidak perlu menerjah blog-blog berkenaan.
Aku tak nak menjatuhkan hukum pasal betul atau tidak cara mereka tu. Aku sendiri mempunyai banyak teknik-teknik rahsia yang hebat yang aku amalkan tanpa pengetahuan sesiapa. Ye la, mustahil la kan tiba-tiba ada orang tulis satu post “Pendedahan Berani Mati Teknik Rahsia Turun-Temurun Bagaimana Untuk Mendapatkan Trafik 1000 hits Sehari Walaupun Tidak Update Selama Sebulan”. KFC pon boleh gulung tikar kalau dia umuman resipi rahsia mereka. Dan tidak mustahil juga satu hari nanti teknik rahsia itu akan terbongkar dan ada orang yang berjaya mendapat manfaat daripadanya danย juga golongan yang cuba praktikkan tetapi gagal. Lantas dengan lantangnya sibuk pukul canang kata teknik itu sampah, teknik itu busuk, teknik itu tidak beretika, teknik itu mencemarkan kesucian blogging yang kita pelihara selama ini =.=”ย hahahahahahahahahaha
Apa yang aku boleh katakan, meninggalkan jejak di kotak jerit ini adalah satu teknik pemasaran yang agak berkesan sebenarnya. Ia boleh diibaratkan seperti katalog percuma yang diedarkan dari rumah ke rumah dan di dalamnya mengandungi 1001 iklan. Mungkin ada yang tak suka dan mungkin juga ada yang ternanti-nanti katalog berkenaan. Jika anda tidak suka pada katalog tu sila la buangnya sebab ada ramai lagi orang yang suka baca katalog tu dan dijadikan sebagai panduan. Ada juga yang tak suka pada katalog tu tapi akhirnya berguna jugak untuk buat bantai lalat ke atau main bulat-bulat barangan apa yang diidam-idamkan.
Jadi kesimpulannya, semua orang ada pendapat tersendiri dan mereka juga berhak untuk menyuarakan pendapat mereka. Tetapi adalah sesuatu yang tidak wajar jika seseorang itu menjatuhkan hukum dan melabelkan perkara itu salah hanya kerana mereka tidak suka akan sesuatu perkara itu. ๐
Aku menulis post ini atas dasar seorang penulis blog, penjerit kotak dan pereka katalog iklan hahaha
February 17th, 2011 at 8:49 am
haha memang panas tu ๐
aku memang dah lama padamkan shoutbox di blog (sebelum blog tu terkubur) dan aku rasa kadang2 ada sesetengah orang memang mahu ada ruang cbox/shoutbox/etc.box tu sebab bagi mereka mudah untuk bersembang.
entah la. bagi aku kalau setakat nak tulis “sila2 la lawat blog saya” “i follow u, u follow me, bedak badan wangi baik” tak perlu la aku nak taruk cbox tu.
p.s aku dulu guna buku pelawat. aku buat ruang untuk orang yang melawat tapi tak tahu nak komen kat mana macam tanya soalan dan apa2 la.
tengah pikir patut tak aku bangunkan blog balik. haha.
[Reply]
topo Reply:
February 17th, 2011 at 2:15 pm
apesal ko kuburkan blog ko weh.. domain best tu..
[Reply]
February 17th, 2011 at 10:25 am
Meninggalkan jejak di ruang komen adalah lebih afdhal… hehehehehehe…
[Reply]
mosyar Reply:
February 23rd, 2011 at 8:02 am
tapi kalau komen tu lain yg disembang dari entri, nak buat apa komenkan? hahaha
baca entri malas, komen rajin plak.
[Reply]
February 17th, 2011 at 12:34 pm
terpulang kepada masing2..tapi kadang2 shoutbox ni penting jugak..jadi biarlah je la ada dalam blog tu
[Reply]
February 17th, 2011 at 2:00 pm
betul tu bro setiap orang punyai pendapat sendiri.kita takleh nk ckp apa kan sbb ikut suka owner lah nk bt apa sbb blog dia punya kan hehe
[Reply]
February 17th, 2011 at 4:15 pm
aik? aku pn baru je dpt katalog tiara heights tu tadi wawawawass
aku x guna shoutbox sbb klau bleh nk org komen kat tempat sepatutnya. itu je.
[Reply]
topo Reply:
February 17th, 2011 at 4:17 pm
aku yang design frame katalog tu.. hahaha
[Reply]
February 21st, 2011 at 2:15 pm
aku blogger baru.. em, seperasan aku, blogger baru biasa buat shoutbox, tapi bila dh popular, dia buang ..emm bagi aku takper la orang nk tulis setakat “hai” pun. kalau entry kita menarik, dia p la komen kat entry kita pastu..
[Reply]
February 24th, 2011 at 7:27 pm
kalau buang…nanti kaki jerit dah tak boleh nak menjerit…bila tak boleh menjerit…kaki jerit tak lah lagi datang …singgah sebab dah tak boleh menjerit…masalah juga tu
[Reply]
March 4th, 2011 at 11:40 am
berguna jgk shoutbox nie….
[Reply]
March 7th, 2011 at 3:42 pm
haha..lama tak pegi sini, memang dasat blog ko..dah PR4 dah..uuii..top la nanti..:P
[Reply]
April 21st, 2011 at 3:21 pm
pandangan yang bernas en. topo..hehe
[Reply]