Adab yang mungkin sesuai bila SMS dengan lecturer

Masterpiece January 15th, 2011

Semangat blogging aku dah semakin teruk dah sekarang ni, haha kalau dulu tiap-hari ada je post baru yang masuk dalam kepala otak ni. Sekarang ni nak dapatkan satu tajuk post pon susah. Ok untuk post kali ini aku nak kongsikan adab-adab yang mungkin sesuai digunakan bila korang nak SMS seorang pensyarah atau lecturer. Diulangi, mungkin sesuai ye.. tak semestinya 100% boleh digunakan

1) Cuba seboleh-bolehnya elakkan tanya soalan pada lecturer dengan cara SMS melainkan betul-betul terdesak dan penting. Tapi jangan la pulak tanya soalan Matematik tahap tinggi dalam SMS siap ada teorem pitagoras la bagai semua. Kalau macam tu bukan kata lecturer, aku sendiri pon malas nak balas walaupun aku tahu jawapan dia.

sms2) Lebih molek kiranya korang SMS ketua kelas ataupun ketua darjah korang dulu sebelum korang sendiri SMS lecturer tu. Lagi elok rasanya macam tu, takde la nanti inbox lecturer tu penuh dengan soalan yang sama je. Kalau ada 30 orang dalam kelas 30 SMS masuk tanya benda yang sama je haha kesian lecturer tu. Silap-silap nanti isteri lecturer tu boleh jeles kenapa la henset laki dia asyik berbunyi je dari tadi ni

3) Jangan SMS berantai-rantai lepas satu mesej reply lagi lepas tu reply lagi kemudian reply lagi. Sebabnya, pertama kesian la pada lecturer tu mereka ada life mereka sendiri tak kan nak habiskan masa berjam-jam semata-mata nak reply mesej yang berantai-rantai tu. Kedua, kebanyakkan lecturer pakai bil berbeza seperti kita yang pakai U.O.X atau pon youth  club dan sebagainya yang 1 SMS = 1 sen kadar caj SMS untuk bil agak mahal.

U.O.X murah kot

U.O.X mungkin murah.. tapi bil celcom mahal =.="

4) Pastikan masa anda SMS tu sesuai. Aku sendiri kalau nak SMS lecturer fikir sampai 5-6 kali boleh ke nak SMS lecturer ni takut dia tengah mesyuarat ke atau ganggu tengah makan ke atau mungkin tengah dating ke. Oh selepas pukul 12 tengah malam memang tak sesuai kalau nak SMS lecturer terutamanya kalau mesej tu tanya soalan bocor atau mintak cancel kelas ke. Kalau aku yang jadi lecturer memang mustahil aku bagi. haha

5) Gunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang betul bila nak SMS dengan lecturer. Elakkan ayat SMS seperti ini:

Askum en aHmad dhAni, sayew nk taNye es0ck klAs pndn mnls blg 101 adew kew?? >.<

Kalau macam ni la mesej yang ditulis, bukan kata lecturer aku sendiri pon buat tak layan je. Silap-silap aku print screen pastu letak kat twitter/facebook tu kalau aku la yang dapat.

6) Yang ini pon paling mustahak jugak. Jangan la mesej yang bukan-bukan pada lecturer anda. Contoh SMS yang bukan-bukan? Pada pukul 3 petang di hari yang sangat indah tiba-tiba anda mesej seperti ini:

bowringnyeeee ari niii =(

Kesian la pada lecturer tu dia baru sudah makan silap-silap boleh termuntah baca sms yang macam tu. Kalau aku yang jadi lecturer dapat mesej macam tu esok tu aku akan sediakan assignment yang sangat banyak biar student tu tak reti lagi macam mana nak eja bowring =.=”

Kalau ye pon korang bosan, ada ramai lagi awek-awek comel atau jejaka-jejaka kacak yang korang boleh main SMS macam tu. Kalau korang tak tahu nombor telefon budak dalam kelas tu, korang pergi ke papan kenyataan ada banyak nombor telefon yang korang boleh cuba. Kalau terdesak sangat cari poster carta organisasi MPP ke mesti ada banyak nombor, pilih je mana yang berkenan di hati korang.

Rasnya cukup la setakat ini sahaja, aku bukannya lecturer dan aku bukannya student lagi. Ini je yang mampu aku tulis berdasarkan pengalaman dan pendapat peribadi. Mungkin sesuai dan mungkin juga tak sesuai untuk digunakan 🙂 Kalau ada cadangan lain sila la nyatakan hohoho

11 Responses to “Adab yang mungkin sesuai bila SMS dengan lecturer”

  1. aizuddin says:

    first time aku mesej lecturer kat uni ni time aku terbwk balik sehelai kertas jawapan pekse final..nasib baik dia terima kertas tu..kalau tak..habis aku..huhu

    [Reply]



  2. naz says:

    hahahah…lawak..tpi part yg mesej bukan2 tu macam pelik lak..takde nye saja sengaja student hntar mesej kat lecturer macam tu melainkan tersilap send..nak hntar kat pakwe/makwe, tapi send kat lecturer..hahah

    [Reply]

    topo Reply:

    haha aku pon berharap yang student tu tersalah hantar mesej.. scary kot kalau student cuba ayat lecturer..haha

    [Reply]



  3. ilani says:

    betul2, nak mesej tu, punya pikir 5,6 kali kot2 terganggu waktu personal dia ke, takut dia anggap leceh ke tanya thru SMS. nak call karang takut lagi laah terganggu. memang serba salah bab2 nak mesej lecturer ni.

    [Reply]

    chokilala Reply:

    berbanding sms, lebih baik call rasanya. sebab kalau sms, lecturer tu kena keluar duit untuk reply sms kita. kalau call, kita yang kena bayar. tu based on apa yang lecturer aku masa tahun 1 pesan la

    cuba bayangkan kalau ramai msg, rugi la credit dia nak reply msg banyak. bagi aku, wakil kelas je kot yang sesuai kalau nak sms minta kelas batal ke tangguh assignment ke. hehe

    [Reply]



  4. hayati says:

    topo, aku mintak kebenaran nak kongsi ko punya tips ni kat blog aku leh??
    tapi aku adjust sikit2 la nanti. heee

    [Reply]



  5. Azah says:

    kalau kat tempat aku, bab2 sms lectutrer ni pantang sebut sket. sbb ada kes budak mencapap menceluparkan diri sms ngan lecturer. hoho…

    [Reply]



  6. Amirez says:

    hoho..nice tips topo. betul semua tu. masa kat U dulu, sebelum SMS lecturer cuba pergi bilik dia dulu kot2 ada tampal notis kat situ. kalau takde n ada kemusykilan barulah tanya, tapi call lebih baik

    [Reply]



  7. anip says:

    aku xpenah mesagge lecturer, dia slalu kol aku. bwahahha

    [Reply]



  8. .encik.SEDAP.™ says:

    ada ke orang mesej “boring ari ni” kat lect? gila kentang.

    #-__-

    [Reply]



  9. IsuPanas says:

    bagus2.. sebagai pedoman..

    [Reply]



Leave a Reply