3 tahun hidup topo sebagai seorang penulis blog – ep1

3 tahun menjadi blogger December 29th, 2010

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Aku ambil masa yang agak lama untuk menulis post ini. Kalau dirujuk pada arkib blog ini, post ini sepatutnya ditulis pada 2 Disember 2010 kerana itulah tarikh post pertama yang wujud di blog ini. Tapi sebab tak tahu nak tulis macam mana post ini tertangguh sampai ke hari ini. Sebelum kalian teruskan membaca, diingatkan bahawa post ini sangat panjang. Sila baca sampai habis kalau sudi mungkin boleh memberi manfaat kepada anda. Kalau tak nak baca pon takpe 😀

Prolog

Aku mula menulis blog pada 2 Disember 2007 kononnya tujuan utama sebab aku sudah bosan dengan dunia internet dan tak tahu nak buat apa. Tapi tujuan sebenar adalah untuk mendapat wang dari internet sebab aku rasa dah terlalu banyak masa dibazirkan di internet dulu tapi tak dapat apa-apa pon.

Blog pertama yang aku tulis adalah menggunakan platform blogger iaitu mylifeastopo.blogspot.com dan pada masa itu aku menggunakan nama samaran top0 (0 = kosong) kononnya agar unik dan tak sama dengan orang lain. Blog itu diwujudkan sebaik sahaja aku khatamkan satu ebook cara-cara menjana wang melalui adsense. Itulah sumber pertama tempat aku belajar tentang blog. Tapi selepas beberapa lama menulis blog baru aku sedar betapa susahnya nak dapatkan duit daripada blog ni.

1) Tahun Pertama

Walaupun pada mulanya aku menulis blog sebab adsense, tapi setelah beberapa ketika keghairahan untuk menulis blog semakin bertambah dan niat untuk menjana wang melalui adsense semakin dilupakan. Blog pertama tempat aku mula-mula belajar segala ilmu tentang blog adalah Jackbook.com, blog yang ditulis oleh blogger Indonesia dalam Bahasa Inggeris. Berbeza seperti sekarang, dulu sangat susah nak jumpa blog yang buat tutorial dalam Bahasa Malaysia.

Selepas beberapa ketika menuntut ilmu di JackBook, keghairahan untuk menulis blog semakin membara. Aku mula mencari blog-blog yang ditulis oleh rakyat Malaysia dan akhirnya aku terjumpa Amanz.net. Pada masa itu amanz ada menyenaraikan 7 blog tempatan yang cantik dan cun. Dari situ aku mula mengenal blogger-blogger otai dari Malaysia seperti emptyspace,cypherhackz, dearlova dan lain-lain lagi.

Aku menggunakan platform blogger hanya selama sebulan sahaja dan pada tarikh 5 Januari 2008 aku berpindah ke subdomain fwenz.info dengan alamat mylifeastopo.fwenz.info dan menggunakan platform wordpress. Fwenz.info adalah milik saudara emptyspace atau ariffsamani dan beliau adalah sifu aku yang pertama dalam dunia blogging ini. Selepas menggunakan platform wordpress, aku semakin giat menulis blog.

topo topo topo

Selepas beberapa bulan menumpang di fwenz.info, aku rasa seperti dah bersedia untuk memiliki domain dan hosting sendiri dan pada 10 Mei 2008 blog ini telah berpindah ke topotato.com. Jika anda ingin tahu kenapa aku memilih nama domain topotato.com sila baca post ini. Pada masa tu hanya mereka yang betul-betul komited pada blog je yang memiliki domain sendiri dan boleh kira dengan jari ada berapa banyak blog yang ada domain sendiri. Tak macam sekarang, setiap hari ada je domain baru yang muncul dan untuk memiliki domain sendiri bukanlah sekadar mimpi lagi.

Anda juga boleh baca tentang blog-blog yang banyak memberi impak di awal pembabitan topo kalau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan blog-blog yang dinyatakan di atas

1.1) Gaya Penulisan

Pada awal pembabitan, aku menulis blog dEngAn TuLiSAn SePerTi InI.. Aku pon tak tahu kenapa tapi selepas berpindah ke wordpress aku dah tak tulis seperti itu lagi. Mungkin juga sebab itu syarat yang ditetapkan oleh saudara Hasbullah Pit untuk layak disenaraikan dalam beraspadu (aku akan ceritakan lebih lanjut berkenaan beraspadu selepas ini).

Pada tahun pertama aku masih lagi mencari dan belajar bagaimana untuk menulis dengan baik dan cara-cara untuk menarik minat pembaca melalui penulisan aku. Pada masa inilah aku bereksperimentasi dengan pelbagai jenis genre dah gaya penulisan. Pada akhir tahun pertama aku seperti telah berjaya mendapat gaya penulisan yang sesuai dan aku memanfaatkan segala hasil eksperimentasi untuk menjadi blogger yang kononnya mantap di tahun kedua.

1.2) Cara Mempromosi Blog

Jika sekarang ini cara mempromosikan blog yang paling popular adalah gengblogger, dulu pon ada juga web seperti itu yang diberi nama blogtitude. Bezanya adalah blogtitude merupakan laman aggregator yang memaparkan secara automatik blog-blog yang berdaftar dan pada masa itu juga kebanyakkan blogger berebut untuk mendapatkan title post popular untuk dipaparkan di muka depan blogtitude.(klik sini untuk penerangan lebih terperinci tentang aggregator)

Blogtitude

antara muka Blogtitude.. (dicuri daripada amanz.my hehe)

Ada juga aggregator yang lain seperti beraspadu dan lain-lain lagi yang aku sendiri dah lupa. Aku juga pernah cuba untuk menggunakan innit sebagai medium untuk promosi tapi malangnya kurang berkesan sebab dikuasai oleh kebanyakkan blogger yang menulis dalam Bahasa Inggeris.

1.3) Pendapatan Melalui Blog = RM 192.24 +-

Pada masa ni aku banyak menjana pendapatan melalui contest sahaja. Segala jenis contest yang ada di alam maya ni semua aku cuba dapat la juga sedikit pendapatan hasil kemenangan tu. Aku hanya dapat cek pertama daripada nuffnang pada November 2008 setelah hampir setahun menjadi penulis blog.

1.4) Krisis

Tiada krisis yang betul-betul hebat yang membuatkan mood menulis blog aku jatuh rasanya. Yang paling memberi kesan mungkin krisis dengan CGYHost pada awal-awal aku mula menggunakan domain dan hosting sendiri. Kalau anda berminat nak baca kiris aku dengan CGYHost sila buka link ini. Tapi melalui krisis ini la banyak perkara yang aku pelajari. Siap ada dapat offer ada orang nak bagi tumpang hosting dia sampai jumpa hosting pengganti. Pada pada 10 mei 2008 topotato.com hidup dan dihostkan dengan bergayanya oleh serverfreak.

Aku rasa cukup la sampai di sini sahaja post untuk episod 1. Terima kasih kerana sudi membaca. Kalau berminat nak mengetahui tentang tahun kedua dan ketiga, nantikan episod 2 dan 3. Kalau tak berminat tak payah baca lagi lepas ni 😀

p/s: Kalau rajin bukak la arkib blog ni dan baca post-post masa tahun pertama topo menjadi penulis blog.. hohoho

p/s/s: aku rindu dengan rakan-rakan blogger zaman dahulu kala.. hohoho

p/s/s/s: buat pertama kalinya aku tulis 900 patah perkataan dalam topotato.com 😀

13 Responses to “3 tahun hidup topo sebagai seorang penulis blog – ep1”

  1. paeh says:

    1st!

    aku tahu blog ko waktu tahun kedua rasanya… nnt aku baca lagi. pernah beriklan dgn ko sebulan. hahaha

    [Reply]



  2. serol says:

    ada lagi episodnya? dah lama rupanya dalam blogging ni.. tahniah2 😀

    [Reply]



  3. Anarm says:

    gile ahh.. otai wordpress nih.. byk gak ko pindah2 ek..

    [Reply]



  4. Nizam6281 says:

    Ini topo rupanye muehehe 🙂

    [Reply]



  5. Affan says:

    aku rasa memang jauh beza dulu dan skg. dulu kalau ada blog domain dan hosting sendiri, dah cukup gah. skg ni bersepah2, blog2 mengarut macam blog aku dah terlampau byk hehe

    [Reply]



  6. CypherHackz says:

    Itu baru sedikit kisah susah senang dalam 3 tahun. Nanti lagi banyak benda yang mencabar apabila kau dah masuk alam pekerjaan. Percayalah.. Btw bro, tahniah sebab kau berjaya bertahan sehingga ke saat ini. Btw if ada meet up blogger, aku nak follow eh.

    [Reply]

    topo Reply:

    yup masa aku praktikal pon dah rasa sikit dah.. mmg takde masa nak update langsung.. terbiar je blog ni.. hohoho

    [Reply]



  7. wazy says:

    Lama juga tu dah 3 tahun
    semoga terus menulis di dalam blog ni yer bro
    keep it up

    [Reply]



  8. sickchild72 says:

    ;D

    [Reply]



  9. aman says:

    waaa…terharu ada blog aku sekali. haha. meh datang bayar royalti meh. haha~

    [Reply]



  10. tra says:

    blog kita sama umur tp topo maju gle dr trex… baiklah2… pasni nk rajin lg dan lg.. insyaALLAH =)

    [Reply]



  11. Fitrihadi says:

    ouh dah lama gak tu blogging.. erm memang sekarang dah byk blog dot com sampai aku sendiri pun tenggelam.. tak macam dulu..

    [Reply]



  12. ohcikgu says:

    hoho. 900 perkataan, dah lebih tu untuk karangan PMR..

    [Reply]



Leave a Reply