Apa pendapat anda mengenai jenis perempuan yg cepat bosan terhadap pasangannya?

Life November 15th, 2010

Soalan ini aku ambil daripada formspring hehe. Dah agak lama aku jawab soalan ni tapi sengaja aku post kat sini lagi sekali mana la tau kalau ada pendapat lain daripada pembaca. Mungkin selepas ini aku akan lebih rajin untuk post soalan-soalan yang diajukan di formspring sebab ada lebih 50 soalan yang tak berjawab dan rasanya kalau jawab kat blog pon mcm best je. Teruskan membaca untuk mengetahui jawapan daripada topo.

Dalam hal ini sepatutnya kedua-dua belah pihak perlu ambil peranan, tak boleh nak salahkan perempuan tu je kalau dia cepat bosan dengan pasangannya. Yela, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi beb. Pasti ada salah silap kat mana-mana sampai perempuan tu cepat sangat bosan dengan pasangan dia. Mungkin sebab lelaki tu membosankan atau pon perempuan tu memang jenis cepat bosan. Itu bukan hak kita sebagai pihak ketiga untuk menentukannya.

boring me

Kedua-dua pihak sepatutnya memainkan peranan supaya sentiasa ada spark (aku tak tahu nak terjemahkan spark ni macam mana =.=”). Dua-dua belah pihak sepatutnya cuba untuk lebih kreatif dan buat seuatu perkara yang lain supaya hubungan mereka tidak membosankan. Tak perlulah tanya soalan seperti “kau pilih KLCC atau aku?” semata-mata nak dapat comolot di khalayak ramai nak menguji pasangan anda.

Tak perlulah rasanya aku nak senaraikan apa-apa tindakan kreatif yang mampu mengekalkan spark dalam hubungan anda. Pandai-pandai sendiri la ye, anda lebih memahami pasangan anda. Akhir kata sebelum kita menunding jari menyalahkan sesiapa lebih baik kita sama-sama muhasabah diri dan fikirkan sebab musabab perkara tersebut berlaku. sekian xoxo terima kasih kepada yang sudi bertanya dan membaca

Macam seronok la pulak ye buat post macam ni hehe. Kepada sesiapa yang teringin nak tanya soalan lagi sila la ajukan di formspring kalau rajin nanti aku jawab :D.. Kalau buat post macam ni selalu kat sini pon ok jugak hehehe

p/s: Ini adalah pendapat persendirian sahaja ye, kalau ada yang tak bersetuju takpe sila lah kemukan pendapat anda 😀

tak cukup? apa kata kalau subscribe je feed blog ni

7 Responses to “Apa pendapat anda mengenai jenis perempuan yg cepat bosan terhadap pasangannya?”

  1. lylaROCKprincess says:

    kena ada give n take dlm hubungan…
    baru blh lbh memahami…
    huhu…

    lamer xterjah cni…

    [Reply]



  2. yonna says:

    topoooooooo! jgn bersara la weh. ko jadi Dr Cinta la? ok gak? :p

    pompuan mana tak bosan kalau laki asyik mesej 2kali je sehari.good morning, good night.call bila ada hal. tak cakap i love you,i miss you mcm yang gf diorang dok buat.tak bgtau nak pi mana2 smua. lol.

    tp tu lah.pompuan pun 1 hal gak -___- semua benda nak kena report kan? hahaha. aku rasa tu adalah punca2 besar kenapa pompuan cepat boring.kononnya bf diorg x amek berat pasal diorang la padahal orang laki ni maybe x suka life yg asyik 24 jam kena report/kena kongkong dengan gf kan? :p

    [Reply]

    topo Reply:

    hahaha mane layak jadi Dr. Cinta weh.. pengalaman pon xde..

    [Reply]



  3. abc says:

    ko jawab ni experience-based ke weh?
    tahniah!

    [Reply]

    topo Reply:

    haha ni knowledge-based blom experience lagi.. haha

    [Reply]



  4. shifaa says:

    pelik tul ko punyer post haha

    [Reply]



  5. qin says:

    Assalam..
    bagi aku (based on experience) dua-dua kena bagi ruang untuk jalani life sendiri. bukan kita n die je hidup kat dunia ni. masing2 ada kawan n hobby sendiri. kalau makwenye or pakwenye 24jam asyik nak sms or call je.boleh naik geram n malas nak layan dah. aku rasa aku ni jenis perempuan cepat bosan kot.haha. tu yang ‘tersingle’ semula skarang ni.
    ntah macamana nak tangani kebosanan aku ni. boleh share tips?tq(^_^)

    [Reply]



Leave a Reply