Kad jemputan Melaka Maju 2010

October 15th, 2010 10 Comments   Posted in Life

live update: 15 Oct ’10, 10.12pm MYT PST | dari e71 topo…

Kepada yang tak tahu, negeri Melaka akan diumumkan sebagai negeri maju pada 20.10.2010 tepat jam 20:10 (8.10pm) ini adalah contoh kad jemputan yang mak aku dapat. Siap ada cabuatn bertuah tu.. hohoho mana la tau boleh menang banglo ke.. =.="

Lagu tema Habil Qabil tu Awie yang nyanyi rupanya..

October 14th, 2010 7 Comments   Posted in lagu


Aku memang peminat drama Melayu hahaha, drama yang paling aku suka sekarang ni adalah Habil Qabil dalam slot Samarinda tv3. Tiap-tiap hari Selasa – Khamis memang aku dengan mak bapak melekat la depan tv tengok cerita ni. Lagu tema cerita tu pon best.. memula aku ingat lagu baru.. rupanya lagu tu dah lama dah Awie yang nyanyi.. memang best Read the rest of this entry »

Jana Pendapatan Dengan Perniagaan Kentang Spring

October 13th, 2010 28 Comments   Posted in Reviews

Kebanyakkan universiti dah konvokesyen sekarang ni dan ramai graduat-graduat yang masih lagi menganggur dan sibuk mencari kerja. Semntara dapat kerja yang betul-betul sesuai dengan kelulusan banyak lagi kerja yang boleh dilakukan contohnya berniaga kat pasar malam ke. Ye la walaupun baru graduasi tapi hutang dah tunggu keliling pinggang termasuklah hutang PTPTN. Post ini aku ingin memperkenalkan pakej perniagaan Kentang Spring yang sangat mudah dan murah :D… Read the rest of this entry »

Otai burger yang takde la otai sangat..

October 9th, 2010 17 Comments   Posted in Life

live update: 9 Oct ’10, 1.30pm MYT PST | dari e71 topo…

Semalam puas jugak la aku dengan bapak aku merayau cari burger. Sekarang ni dah semakin sukar nak cari orang jual burger. Ayu pon dah tak jual burger sekarang ni.. kecewa aku..
Berbalik pasal otai burger tadi, aku jumpa gerai tu depan taman chempaka hmm RM 2.80 satu… Rasa dia biasa je.. Burger Ayu lagi sedap kot.. hmmm.. Diulangi.. aku cakap rasa dia biasa ye.. bukan tak sedap hehehe

Milo sensasi meletup konon.. Aku yang meletup minum air ni

October 8th, 2010 5 Comments   Posted in Life

live update: 8 Oct ’10, 3.29pm MYT PST | dari e71 topo…

Dah lama dah aku kepingin nak minum air kotak sensasi meletup yang kononnya hebat sangat ni. Tapi akhirnya aku yang kecewa.
Pertama sekali aku tak dapat rasa pon apa beza straw yang ada 4 lubang tu dengan straw biasa. Dan yang paling aku bengang air kotak tu 200ml je. Sirius tak berbaloi.. dah la tak sedap.. Air milo yang makcik kafe depan tu buat pon lagi sedap la.. =.="

menu sarapan pagi ini adalah nasi lemak Ayu..

October 7th, 2010 4 Comments   Posted in Life

live update: 7 Oct ’10, 9.52am MYT PST | dari e71 topo…

Selamat pagi Malaysia.. dah makan? hohoho menu sarapan aku pada hari ini adalah nasi lemak Ayu yang dijual di hadapan koperasi UTeM dengan harga 80sen. Sepatutnya aku nak beli jagung bakar Ayu tapi awal sangat jagung tu belom dibakar lagi. Sedap la jugak.. ye la untuk harga 80sen ianya berbaloi. Jemput makan semua.. hohoho

p/s: hoho yakin je aku nama awek yang jual tu Ayu.. ntah2 bukan..