P. Ramlee.. Dimanakan Ku Cari Ganti: Satu Indiepretasi

Reviews October 26th, 2010

P. RAMLEE... DIMANAKAN KU CARI GANTI: SATU INDIEPRETASI

Kalau korang rajin dengar radio pasti akan terdengar pasal album kompilasi ni. Lagu-lagu P.Ramlee dinyanyikan semula dan diberikan nafas baru oleh penyanyi-penyanyi Indie. Serius lagu-lagu ini semua sangat best rugi kalau korang tak pernah dengar. Berikut adalah beberapa trivia berkenaan dengan album kompilasi ini.

1. Ianya adalah satu projek kolaborasi antara XFM Radio, Astro, Rangkaian Radio Melayu AMP dan 20 pemuzik independen tempatan bersempena dengan kempen P. Ramlee… Dimanakan Ku Cari Ganti Astro.

2. Menyaksikan banyak kolaborasi buat pertama kalinya antara pemuzik-pemuzik independen. Antaranya:

  • The Ramlees yang menampilkan suara dari Yuna, Amirah (dari band TILU), Liyana Fizi (bekas penyanyi Estrella) dan Najwa Mahiaddin dalam lagu “Itulah Sayang” (dari filem Anakku Sazali, 1956).
  • Azlan & The Typewriter bersama AG Coco (dari kumpulan Hujan) dalam lagu “Jeritan Batinku” (Dari filem Ibu Mertuaku, 1962).
  • Pop Shuvit & Dina Nadzir dalam lagu “Aci Aci Buka Pintu” (dari filem Nasib Labu Labi, 1963).
  • Awanband & Che Mat dalam lagu Malam Bulan Dipagar Bintang (dari filem Pendekar Bujang Lapok, 1959). Che Mat merupakan penyanyi di RTM di tahun 1970 yang tidak pernah merakamkan apa-apa lagu sebelum ini. Beliau juga merupakan ayah kepada pemain gita kumpulan Awanband, Ully Muhammad. Kolaborasi ini merupakan hadiah dari Ully kepada bapanya.


3. Kesemua 18 lagu dalam tribute ini adalah lagu-lagu yang telah di telah olah dan gubah semula dan bukan sekadar saduran (Cover Version).

4. Altimet merupakan satu-satunya artis hip hop yang terlibat.

5. Lagu oleh semula Yuna, “Gelora Jiwa” merupakan lagu yang tidak pernah di rakam dan diedarkan secara rasmi. Lagu ini hanya boleh di dengar di filem Anjuran Nasib yang dikeluarkan pada tahun 1952.

6. Sevencollar T-Shirt dan They Will Kill Us All pecah tradisi untuk projek ini kerana buat pertama kalinya menyanyi dalam Bahasa Melayu. Sevencollar T-Shirt menyanyikan lagu “Jangan Tinggal Daku” (dari filem Ibu Mertuaku, 1962) dan They Will Kill Us All menyanyikan lagu “Sepanjang Riwayatku” (dari filem Sesudah Suboh, 1967).

7. Lagu-lagu dari projek tribute ini hanya boleh dibeli dengan cara digital download. Ini merupakan pertama kali dalam sejarah dimana satu “kompilasi” di jual secara digital.

8. Sebahagian dari hasil jualan lagu-lagu dari kompilasi “P Ramlee… Dimanakan Ku Cari Ganti: Satu Indiepretasi” akan di salurkan ke Tabung Pustaka Peringatan P Ramlee.

Ini antara lagu yang aku suka: Hujan – Tunggu Sekejap

Antara lagu-lagu yang terdapat dalam album ini adalah:

P. RAMLEE… DIMANAKAN KU CARI GANTI: SATU INDIEPRETASI

  1. Azlan & The Typewriter [feat AG & Co] • Jeritan Batin Ku – dari filem Ibu Mertuaku (1962)
  2. One Buck Short • Pok Pok Bujang Lapok – dari filem Pendekar Bujang Lapok (1959)
  3. Sevencollar T-Shirt • Jangan Tinggal Daku – dari filem Ibu Mertuaku (1962)
  4. Monoloque • Tiada Kata Scantik Bahasa – dari filem Anakku Sazali (1956)
  5. Yuna • Gelora Jiwa – dari filem Anjuran Nasib (1952)
  6. Couple • Menche Che Bujang Lapok – dari filem Seniman Bujang Lapok (1961)
  7. Bittersweet • Getaran Jiwa – dari filem Antara Dua Darjat (1960)
  8. They Will Kill Us All • Sepanjang Riwayatku – dari filem Sesudah Subuh (1967)
  9. Awanband • Malam Bulan Dipagar Bintang – dari filem Pendekar Bujang Lapok (1959)
  10. Subculture • Bunyi Gitar – dari filem Tiga Abdul (1964)
  11. Hujan • Tunggu Sekejab – dari filem Sarjan Hassan (1955)
  12. Meet Uncle Hussain • Ya Habibi Ali Baba – dari filem Ali Baba Bujang Lapok (1961) *
  13. Kugiran D’Tepi Pantai • Nujum Pa’ Blalang – dari filem Nujum Pa’ Blalang (1959)
  14. Pesawat • Ai Ai Twist – dari filem Masam Masam Manis (1965)
  15. Pop Shuvit • Aci Aci Buka Pintu – dari filem Nasib Labu Labi (1963)
  16. The Ramlees (A supergroup of sort featuring Yuna, Liyana Fizi [of Estrella fame], Amirah [of the band TILU] and a special guest) • Itulah Sayang – dari filem Anakku Sazali (1956)
  17. Grey Sky Morning • Malam Pesta Muda Mudi – dari filem Nasib Do Re Mi (1966)
  18. Altimet • Maafkan Kami – dari filem Pendekar Bujang Lapok (1959)


Aku memang dengar Sinar.fm sepanjang waktu kerja dan hampir semua lagu ini aku dah pernah dengar antara lagu-lagu yang menarik minat aku adalah Yuna • Gelora Jiwa, The Ramlees • Itulah Sayang, Hujan • Tunggu Sekejap.. memang best la semua lagu tu.. Walaupun aku ada link sumber untuk download kebanyakkan lagu ini semua, tapi aku tak akan share dan mungkin tak akan download pon. Sebab pada pendapat aku lagu ni semua memang superb dan berbaloi untuk dibeli 😀

sumber: era.fm

10 Responses to “P. Ramlee.. Dimanakan Ku Cari Ganti: Satu Indiepretasi”

  1. menteil says:

    kat mana nak beli wei! siyes minat..

    [Reply]

    topo Reply:

    kononnya beli secara digital.. bayar lepas tu download.. tapi sampai sekarang aku tak jumpa lagi kat mana

    [Reply]



  2. Mr Final says:

    siyes layanz!!! ;D

    [Reply]



  3. taufik says:

    mana nak beli?
    warghhh jenuh ku menunggu!

    [Reply]



  4. Amir Said says:

    mcm best je lagu2 ni dinyanyikan semula.

    [Reply]



  5. Nas says:

    Bunkface x remake ker??

    [Reply]



  6. awin says:

    mcm mn nk download?????bg tau aq…aq suka lagu2 ni…tp x tau nk download kt mn….tolong ar……….

    [Reply]



  7. Hadiah says:

    Mana saya nak dapat musik2 skor (piano & violin) P. Ramlee. Sudah google, sudah cari di kedai2 buku pun tak ada. Thank you.

    [Reply]



  8. Samad says:

    da ada laa . untuk download .
    rajin la sikit cari .
    apa laa pa malas punya manusia .
    nak makan di suap aja .

    [Reply]



  9. pramlee says:

    korang cari kat sini

    [Reply]



Leave a Reply