Otai burger yang takde la otai sangat..

Life October 9th, 2010

live update: 9 Oct ’10, 1.30pm MYT PST | dari e71 topo…

Semalam puas jugak la aku dengan bapak aku merayau cari burger. Sekarang ni dah semakin sukar nak cari orang jual burger. Ayu pon dah tak jual burger sekarang ni.. kecewa aku..
Berbalik pasal otai burger tadi, aku jumpa gerai tu depan taman chempaka hmm RM 2.80 satu… Rasa dia biasa je.. Burger Ayu lagi sedap kot.. hmmm.. Diulangi.. aku cakap rasa dia biasa ye.. bukan tak sedap hehehe

tak cukup? apa kata kalau subscribe je feed blog ni

17 Responses to “Otai burger yang takde la otai sangat..”

  1. zaryl says:

    adik aku penah beli otai burger nih…
    oder..
    tunggu…
    tunggu…
    tunggu…
    siap, dpt kat org lain.
    siap, dpt kat org lain.
    tunggu…
    tunggu…
    bila tanya mana burger?
    mamat tu tanya balik… abg ada order ke?

    ps: rasa mcm nk bakar je stall tu grrr…

    [Reply]

    topo Reply:

    hohoho seb baik masa aku beli tu aku sorang je kat situ..

    [Reply]



  2. afnie says:

    ramai cakap 99 burger lagi sedap dari otai burger

    [Reply]

    topo Reply:

    hohoho nak kena carik lepas ni nanti

    [Reply]



  3. marhaen kacak says:

    jom soundcheck bob burger kat lembah keramat (AU5)… triple burger cheese… killer beb

    [Reply]



  4. hafizmd says:

    aku rase…betul jugak tuh..rase burger ni..biase2 jer..tapi harge kat sini..still boleh diterima akal lagi..sbb ade yg jual rm3…tp rase taklah gempak manepun..

    [Reply]

    mape Reply:

    lain orang lain selera bro…nk komen,boleh,,,tp cm kondem je bunyinye…u pdai wt burger?myb tg masak tu budak baru..kite xtau.bg die pluang…if xske pn,diam2 suda…bile da msuk dlm ni,cm nk bg aib je….NEXT KOMEN PLEASE>>>

    [Reply]



  5. samanosuke_04 says:

    mcdonald…

    [Reply]



  6. izmer says:

    hak3

    [Reply]



  7. izmer says:

    sedap sangat ke otai burger??

    [Reply]



  8. Amirez says:

    mahal betul.
    tak pernah try lagi otai burger.
    burger wak apa ntah kat depan taman rumah aku ni jugak yg paling sedap pernah aku rasa

    [Reply]

    topo Reply:

    kat tempat aku dah susah nak carik beger la.. oati ni pon aku terpaksa cari sampai ke bandar baru jumpa sorang yang jual.. hohoho

    [Reply]



  9. Zon Melayu Boleh says:

    laaa..aku rasa semua burger sama..aku buat lagi sedap..kt taman cempaka gerai burger byk lg..blh pilih..saya mesti pilih..hahaha..

    [Reply]



  10. reamy says:

    memang tak sedap pon dah la mahal….mengarut plak tu ..buat pon lambat..
    penah aku beli satu hari burger special..telo dia men hncur2 je..aku tnya la npe buat mcm tue..ade ke dia jwp dah mkn dalam tu hncur gak..hahaha panas nya aku…huhu…

    [Reply]



  11. apis says:

    harap kedai je lawa….msk pon asal jual je…

    [Reply]

    mape Reply:

    salam…bro….thnks ….kiosk2 otai memg cantik sumeny…asal jual?bro.mmg ad sesetempat tu xsempurna…cm kt s.alam…kfc xsume sdap.cth s.2 pny kfc xsdap.tp kfc d xreme park s.13 ok…serve pn cantik…e2 kfc yg ad cawangan 1dunia pn ad cacat,xknla OTAI yg br dlm malaysia ni awak nk ptikai…msg2 ad kesalahan…ad silap…cube bg pluang…DON’T JUDGE THE BOOK BY ITS COVER…try OTAI d tempat len dlu…br tau….

    [Reply]



  12. Ritz73 says:

    Saya memohon agar pihak MFA/PNS/MARA mengkaji kembali sokongan pihak tuan kepada Otai Burger. Untuk makluman tuan2, penubuhan awal Otai Burger adalah dgn menggunakan nama Mie Burger. Di awal penubuhannya, Mie Burger cuma mempunyai 2 gerai burger sahaja dgn pengurusan yang tidak sistematik.
    Atas nasihat kami, penggunaan sistem yg lebih teratur telah digunakan dan gerai Mie Burger berkembang kepada 5. Untuk melebarkan sayap, penjenamaan dibuat dgn menggunakan nama OTAI Burger.
    Matlamat awal penubuhan disemak dan dipersetujui untuk membantu belia2 berniaga dgn OTAI sebagai tonggak dalam menyediakan sistem dan membantu membimbing belia2 ini berniaga. Pada masa itu, walaupun sistem telah wujud tetapi Suhaimi Abas (Owner Otai Burger) mempunyai masalah modal utk mengembangkan perniagaan beliau dan sekaligus membantu belia2 tersebut.
    Di atas dasar setiakawan dan ingin membantu belia2 terutama melayu untuk mengembangkan perniagaan, kami telah mengumpul dan mencari dana melalui rakan2 bagi membantu Otai.
    Perancangannya adalah kami (pelabur) akan membeli gerai tersebut dahulu pada harga RM6000 dan seterusnya menyewa-jual kepada pengusaha termasuk OTAI sendiri pada kadar RM200 sebulan selama 7 tahun. OTAI dalam pada itu akan memberi sewa RM250 kepada pengusaha. Lebihan RM50 akan dikumpulkan dlm satu akaun untuk digunakan bagi menebus kembali gerai2 tersebut supaya pengusaha tidak terbeban lama. Kadar RM200 ditetapkan oleh OTAI sendiri kerana beliau yakin pada harga tersebut pengusaha2 mampu untuk membayar kembali. Melalui kaedah ini, kami telah berjaya membantu OTAI untuk membuka lebih 50 gerai burger dalam masa tidak sampai 2 tahun.

    Pencapaian yang hanya dapat dimimpikan oleh OTAI sekiranya tanpa bantuan kami. Setelah berkembang, cadangan untuk mengfranchisekan OTAI dibuat oleh kami dgn niat membeli kembali gerai2 drp pelabur2 dan memberi hak terus kepada pengusaha. Malangnya, Suhaimi Abas mempunyai agenda sendiri. Melihat kepada geran yg bakal diterima adalah jutaan ringgit, beliau telah mengenepikan kami.
    Semenjak itu, sewa bulanan selalu lewat dan tidak tetap dan akhirnya tiada lagi pembayaran dibuat semenjak Jun 2009. Jumlah yang diberi kepada OTAI bagi menjayakan matlamat ini adalah lebih kurang RM200,000. Kami pelabur tidak ralat dgn duit tapi kami hampa kerana ditipu oleh OTAI utk kesenangan sendiri yg jauh dari matlamat asal utk membantu belia2 maju. Sebagai contoh, sebaik mendapat duit geran franchise beliau dgn angkuh telah membeli kereta BMW 5 series baru yang berharga lebih RM300,000 tapi tidak melunaskan duit sewa kami. Mungkin ada yg mengatakan kami tamak kerana nilai diberi RM200 tapi diterima sekiranya perjanjian dikotakan adalah RM16000. Tuan2 perlu ingat, pada awalnya, OTAI menyarankan agar dibuat perkongsian keuntungan dgn pengusaha pada kadar 40:60 pada tahun pertama dan 20:80 selepas mendapat modal.

    Kami tidak setuju kerana kami percaya duit tersebut adalah titik peluh pengusaha dan tidak patut kami hanya kerana mempunya wang mengerah serta memeras keringat pengusaha. Kiranya tuan2 fikir, duit RM6000 dilaburkan pada ASB, pada tahun ketujuh, pulangan yg diperolehi hampir mencecah RM14,000. Lebihan RM2000 melalui skim ini adalah adil dan sewa RM200 sebulan selama 7 tahun adalah tidak membebankan. Kami bukan mahu belas kasihan bukan pembelaan. Kami hanya mahu masyarakat tahu.

    OTAI bukan membela nasib bangsa tapi lebih kepada memeras keringat belia2. Keuntungan OTAI melalui syarikat membekal bahan mentah burger kepada pengusaha2 lain adalah melebihi 60% sebagai contoh cili sos hanya RM8 (pada masa itu) dijual RM20. Ini adalah penindasan yang mana kami telah bantah dahulu. Untuk pengetahuan tuan, kami sekarang dlm perbincangan dengan peguam kami utk menyaman Suhaimi Abas kerana memungkiri perjanjian dgn kami. Sekian

    sumber:
    http://www.mfa.org.my/?forum:otai-bu…an:31284-frm-4

    [Reply]



Leave a Reply