Baju raya saya warna #bc9e9c
Bila nak raya pasti akan ada cerita pasal baju raya. Sekadar post ringkas sahaja. Baju raya saya warna #bc9e9c warnanya agak unik dan menarik :D. Ditambah pula dengan samping berwarna #000000 bersulam dengan benang berwarna #ecc87a pasti saya kelihatan kacak. Tetapi jauh di lubuk hati dah lama saya teringin nak pakai baju raya warna #cafd7c tetapi saya sedar kalau saya pakai baju warna #cafd7c pasti akan kelihatan pelik.
Haha terasa sangat geek post kali ini tapi itulah hakikat dia, sebab warna baju aku ni sangat unik dan susah nak sebut. Nak kata warna maroon bukan, warna coklat pon bukan. Warna hijau jauh sekali. Jadi kesimpulannya warna baju raya aku tahun ini dan dah bereapa tahun dah adalah #bc9e9c. Tapi aku memang nak sangat baju warna hijau tapi jugak apa kan daya, warna kulit aku tak mengizinkan untuk aku memliki baju warna berkenaan. Sekian Terima Kasih. Baju raya anda warna apa?
September 6th, 2010 at 12:51 am
agak lebih kurang sama warna baju raya kita.. tapi aku punye lagi gelap..
[Reply]
September 6th, 2010 at 7:24 am
hoho.. geek ah pos ni… baju raya aku lebih kurang warna bg blog ni… 🙂
[Reply]
topo Reply:
September 6th, 2010 at 7:49 am
ok.. aku jeles.. hohoho
[Reply]
September 6th, 2010 at 9:46 am
aku baru nak mencari..nk cr yg kaler #bc9e9c jgk la..keh3
[Reply]
September 6th, 2010 at 10:48 am
Oh! Camne nak cek code hex warna tu topo?
[Reply]
topo Reply:
September 6th, 2010 at 11:07 am
amek gambar.. letak kat photoshop.. pastu guna color picker
[Reply]
September 6th, 2010 at 2:29 pm
#cafd7c terang sangat!macam fluorescent paper. 😛
[Reply]
topo Reply:
September 6th, 2010 at 2:32 pm
sebab tu la terpaksa batalkan niat nak pakai.. hohoho
[Reply]
September 16th, 2010 at 4:24 am
Baju raya aku warna #293dff samping nya pulak warna #000000 hahahaha…
btw.. baru pertama kali aku tgok entri raya mcm ni.. hahahah..
[Reply]
September 27th, 2010 at 4:06 pm
wah blogya bagus , ini desain sendiri atau pakai theme jadi , kalau boleh tahu theme apa ya thanks
[Reply]