mari gunakan pendrive alam maya: dropbox

Reviews July 9th, 2010

Dah lama rasanya tak tulis benda yang bermanfaat kat sini, asik buat liveblog je.. hohoho kesibukan melanda la beb.. kali ini aku ingin kongsikan sesuatu yang sangat berguna terutamanya kepada aku yang tiada laptop dan menggunakan komputer yang pelbagai. Aplikasi berkenaan adalah Dropbox, apa gunanya bropbox ini? Teruskan membaca…

Kegunaannya sama seperti pendrive atau thumbdrive atau member Indonesia aku panggil flashdisk. Ia adalah untuk menyimpan data kita dan boleh diakses dimana-mana sahaja secara online. Ia sangat berguna kepada mereka yang rajin membuat kerja di office dan kemudian menyambungnya di rumah.

dropbox

dropbox

Apa yang anda perlu lakukan adalah pergi ke laman web Dropbox.com dan muat turun aplikasi ini dan bila korang install dia akan suruh kita register untuk mendapatkan 2gb space. Pendaftaran adalah percuma melainkan kalau korang nak space sebesar 10gig.

Apa yang menariknya penggunaan Dropbox ini adalah ia sama seperti pendrive, kita boleh bukak file yang kita simpan itu edit dan terus save. Tak perlu berulangkali upload atau email ke diri sendiri. kalau nak buat projek kat lab ke lib ke lub ke.. 2 option..

  1. ko install dropbox gak dalam tu.. pastu login akaun ko..
  2. ko boleh access dropbox.com terus.. dia sync terus folder yang ko dah save..

Di bawah ini adalah paparan Dropbox yang memang sama seperti windows explorer biasa.

paparan dropbox

paparan dropbox

Satu lagi features yang menarik ada di Dropbox ini adalah kita boleh menjadikan file kita itu dapat dilihat dan diedit dan digunakan oleh orang lain dengan menggunakan filesharing. Ini sangat berguna bagi mereka yang menjalankan tugas secara berkumpulan dan mahukan setiap kerja dapat di access oleh semua ahli kumpulan.

Tak faham apa yang aku tulis? atau tak sabar nak cuba sendiri Dropbox? silalah layari Dropbox.com dan rasainya sendiri

tak cukup? apa kata kalau subscribe je feed blog ni

10 Responses to “mari gunakan pendrive alam maya: dropbox”

  1. x-po says:

    maksudnya kita hanya leh simpan kat dlm lptop kita je la ek? kalau kita mau wat projek kat lab ke kat lib ke, mesti kena bawak skali dgn laptop2 kita?

    [Reply]

    topo Reply:

    kalau nak buat projek kat lab ke lib ke lub ke.. 2 option..
    1) ko install dropbox gak dalam tu.. pastu login akaun ko..
    2) ko boleh access dropbox.com terus.. dia sync terus folder yang ko dah save..

    [Reply]



  2. chokilala says:

    hehe. dah lama nak tulis pasal dropbox, tapi tak tulis gak. hoho. dropbox ni bagus, takyah nak guna pendrive sangat kalau kita ada nak pakai banyak komputer. kalau contohnya kita ada pc & laptop, kita nak pakai file yang dalam pc ke laptop, takyah la asyik nak pakai pendrive ni je. pakai je dropbox. memang memudahkan la benda ni 😀

    [Reply]



  3. suduxx says:

    wahh..smart.. xyah la bwak pendrive merata2..haha

    [Reply]



  4. apiih says:

    macam menarik…tapi yg pasti kne ada internet la kan,klu xde internet?

    [Reply]

    topo Reply:

    kalau takde internet guna la pendrive bukan versi alam maya punya..

    [Reply]



  5. Azfarul says:

    baru tau ni..
    hehe..
    len kali ley guna >.<

    [Reply]



  6. Amirez says:

    dah lama dengar pasal dropbox tapi tak guna² pun lagi sampai skang eheh. pasti bleh try guna kot.

    [Reply]



  7. mohdisa says:

    aku pernah guna dropbox ni. memang mudah. senang nak access kat mana2 pun. cuma perlu ada internet jerk. 🙂

    [Reply]



  8. EiNS says:

    Dropbox referral aku dah cecah tahap maximum sampai xleh nak up dah…ramai sgt sign up…keke

    [Reply]



Leave a Reply