Ayah, saya nak berhenti belajar sebab boleh dapat RM5000 sebulan kat internet

semasa June 8th, 2010
  1. si A: Ayah, saya nak berhenti belajar sebab boleh dapat RM5000 sebulan kat internet
  1. ayah si A: huh?
  1. si A: tengok abang penat belajar sampai ada degree pon bukannya boleh dapat RM5000 sebulan pon.
  1. topo: erk..

Ini adalah kisah benar yang diceritakan kepada aku.. aku tak tau nak respon macam mana pada masa tu sebab aku pon dengar cerita daripada pihak ke 3. Malas pulak aku nak tanya lebih detail pasal apa yang dia buat kat internet tu sampai boleh dapat RM5000 sebulan. Tapi sikit pon aku tak terkejut pasal boleh dapat RM5000.

Mungkin la si A ni kononnya nak ikut jejak Bill Gates yang berhenti belajar lepas 2 tahun setengah di Harvard hohoho. Kalau si A ni betul-betul ikut jejak langkah Bill Gates dan bukak company yang superb aku sendiri akan bagi sokongan penuh. Tapi kalau setakat dapat duit RM5000 tu melalui Infinity Downline ke.. Login Facebook dapat RM100 ke aku sendiri akan pergi bagi ceramah non stop 2 jam punya pada dia.. (kalau dia jumpa aku la..)

bill gates

bill gates

Dipetik dari Indianexpress.com; Bill Gates berkata:

I don’t think dropping out (of college) is a good idea… I am glad I got two-and-a-half years of college. Now I have completed the equivalent of some number of degrees by online courses.

kata Bill Gates lagi,

unless they had a “very unique” idea they are keen to work on and are confident will materialize into something, they should not think of dropping out.

Bagi aku pulak, institusi pendidikan merupakan satu pengalaman yang bukan sahaja memberi manfaat kepada kita dalam bidang akademik tetapi ia juga mampu memberi banyak lagi pengalaman berharga jika kita memanfaatkannya sebaik mungkin. Ini la tempat untuk kita melakukan kesilapan dan belajar daripada kesilapan tersebut dengan bantuan dan tunjuk ajar.

Korang nilai la sendiri tentang perihal si A ini dan berilah respon yang sewajarnya kalau sudi. Mungkin ada sesuatu dari perspektif yang berbeza yang aku terlepas pandang. Hohoho lagi 1 semester lagi aku nak tamat belajar dan aku sangat yakin aku akan merindui zaman universiti.. haha

rujukan:

  1. Indianexpress
  2. reddif
tak cukup? apa kata kalau subscribe je feed blog ni

35 Responses to “Ayah, saya nak berhenti belajar sebab boleh dapat RM5000 sebulan kat internet”

  1. Jaws says:

    entry yg bagus!!
    aku suka!!
    stop belajar adalah perkara yg tidak sesuai..
    duit bukan boleh bawak mati..
    apa salahnya buat duit sambil belajar..
    Farid Kamil boleh buat..
    si A mesti boleh buat punya..
    hehe..

    [Reply]



  2. dormate says:

    gronjossss.. lama tak dengar cerita

    [Reply]



  3. Extremist Thinker says:

    drop out dia org pun, dia org masuk college yg sudah mengiktiraf kegeniusan mereka. cuma college mereka yang tak mampu penuhi demand mereka yang melampau utk berjaya. drop out tue nk kasik org bwh tempurung fikir yg indah2. kalau x, xde nye org suh mencari ilmu smpi negeri cina.

    [Reply]



  4. fahmi ibrahim says:

    Mungkin ok kalau die berenti. Sebab kalau nama je belajar tapi tak bagi komitmen tak boleh jugak. Ponteng kuliah, assignment tak buat. Bermasalah! Ye la duit banyak, “aku tak kisah pun kena buang!”

    Apapun fikir la berjuta kali, kang nanti menyesal kemudian hari. Dapat RM5000 sebulan tu confirm ke sampai ke tua?

    [Reply]



  5. ejam says:

    br dpt sekali dh nk buat keputusan camtu…
    kalau dh lepas setahun dua tu ok gak ler…
    cepat sgt buat keputusan, nmpk sgt perlukan lebih byk lagi bimbingan..

    [Reply]



  6. tra says:

    hahhaahah….. comey gle entry…
    tp mana leh sbb duit nk stop blaja…

    [Reply]

    topo Reply:

    celah mana yang comel nye? adeh..

    [Reply]



  7. MC says:

    belajar kene ikhlas…
    baru dapat rezeki banyak….
    pastu kene bersabar…..
    so blajar la smpai ke negeri china…hoho =)

    [Reply]



  8. zool says:

    Berenti belajar tu tak patut rasanya..
    Seeloknya sambil belajar pun leh cari duit kat internet..
    Lain le kalau buka bisnes bebetul cam Adly Flarebiz tu…
    ntahlah
    masing2 ada pendapat sendiri. terpulang pada penilaian masing2

    [Reply]



  9. paeh says:

    terbaik la topo. miahahaha

    [Reply]



  10. Hapiz Rahman says:

    ilmu adalah harta yang paling berharga sekali.. Jangan sia-siakan dengan berhenti belaja. Sekh laju-laju baru tahu.. hahah

    [Reply]



  11. Kreuger says:

    hehehe… nanti menyesal kalau berenti blajar. pelajaran sekarang ni amat penting dalam menentukan kualiti kerja yang bakal diperolehi. kampeni besar dia tak mintak pengalaman… tapi dia akan tanye apa certificate hang ade??? ade? kalau tak de… walau terer macam mane pon insyaallah susah nak dapat kerja. melainkan ade orang tolong promote diri hang.

    series rugi berhenti kerja. kerja online bukan satu pekerjaan jangka masa panjang melainkan kita steady dengan online kampeni. tapi kene struggle kaw kaw. banyak faktor pengaruh dalam jatuh bangun bisness online. orang cume nampak kerja depan komputer.. then duit masuk bulan bulan… yang teruk pecah kepala orang tak nampak. kan???

    bukan senang nak senang n tak susah nak jadi susah.

    [Reply]

    Kreuger Reply:

    series rugi berhenti blajar. <— kesalahan menaip di situ

    [Reply]



  12. Mr.Bintang says:

    teruskan belajar.. dpt RM5k/month tu sampingan jer..
    bila dah kuar dpt keje.. dpt gaji + sampingan kan baguss.. hahahaha.. *nasihat dari tokey anggur yang berjaya.. 😛

    [Reply]



  13. mrkay says:

    Berhenti belajar sebab dapat duit RM5k sebulan kat internet? gila. Blogger yg dapat lebih dari tu pon still ada yg bekerja tetap. Aku dulu berhenti study degree gak. tp aku dah ada diploma. aku berhenti sebab aku tak larat nak study lagi dah (aku amik course Security Technology) dan aku ada masalah kewangan utk tampung yuran aku. Tapi aku cari kerja tetap dulu baru aku berhenti. Walaupun aku tak menyesal dgn keputusan aku, tp aku susah nak mintak kerja dgn company besar2. aku mesti dapat alasan “awak ni diploma je”. Tapi aku tetap kuatkan semangat. InsyaAllah, satu hari nnt aku akan capai cita-cita aku 🙂

    [Reply]



  14. lizz says:

    pada aku, si A tu better jangan berhenti study cuz ilmu ni something yang sangat berharga. bukan maksudnyer bile ada ilmu akan gerenti kaya. tak tapi bila ada ilmu..insyaAllah orang tak akan pandang kita terlalu rendah.huhu.

    [Reply]



  15. lazaac says:

    pengalaman waktu belajar adalah pengalaman paling best dan paling diingati sepanjang hayat… ni bukan aku cakap, ni kawan aku cakap, umur dia waktu tu 80 +- tahun, skrg aku rasa sendiri… rugi sapa yg tak sambung belajar sejauh mungkin… peluang bukan datang sekali… 🙂 nice entri…

    [Reply]



  16. isza says:

    ohhh.. anak itu masih muda dan tak mengetahui hakikat dunia.. mungkin dia sangka untuk hidup dunia perlukan duit.. kena basuh budak ni..

    [Reply]



  17. fara says:

    suke tp x semestinya bila dah boleh berdiri atas kaki sendiri mesti stop belaja..ilmu harus dicari sepanjang hidup..tak salah kalau sambil belaja sambil cari duit:)

    [Reply]



  18. aizuddin says:

    belajar belajar jugak..anggap je yg 5 k duit sampingan je..buat enjoy2..hehe

    [Reply]



  19. TMUkmkd says:

    yeah topo bagi satu entri yang bagus..

    kalau dapat 1 juta pun kenapa perlu berhenti belajar… kalau aku tak berhenti.. sebab mana tahu aku belajar dapat naikkan jadi 10 juta?

    [Reply]



  20. fndrocka says:

    mindset dah lari.belajar sebab nak amik exam. pastu nak dapat gaji sedap2.takda kesedaran ilmu langsung.kui3.

    Latest Entri : Shahir Si Pencuri

    [Reply]



  21. aini says:

    belajar la.. macam2 dapt. ilmu dapt, pengalaman dapt, kenangan pun dapt =)

    [Reply]



  22. ahm says:

    belajar jgn berhenti..teruskan pembelajaran n tuntutlah ilmu sampai ke negara china..kata pepatah..kalau nak duit Rm5000 dari buat part time takpe..aku tak marah..sekolah jgn lupa..hehehe

    [Reply]



  23. shams says:

    Kalau ada ilmu, lebih RM5k boleh buat, asal jangan pandai tipu org cukupla!

    [Reply]



  24. Mahkota Shoppe says:

    elok habis belaja masa masih muda tgh semangat. dah tua mesti byk alasan famili anak2. nk cari duit anytime pun boleh kalau online. tgh keje pun boleh online buat part time hihi…

    [Reply]



  25. MuNsYi~SaMa says:

    Setuju sgt. Lainla kalau die sgt determine,hardworking and willing to learn new things.

    [Reply]



  26. shaharil says:

    Belajar sambil berblogging lagi bagus. Kita belajar macam mana menguruskan masa walaupun pendapatan sudah RM 5K.

    Kata saidina Ali: Ilmu itu lebih bernilai daripada harta. Kerana harta memerlukan ilmu untuk menjaganya. Tanpa ilmu, harta tersebut dibelanjakan dengan sia-sia.

    IM Malaysia pun belajar sambil menjana pendapatan. Ammar Zahar( sekadar contoh), beliau meneruskan study sampai habis.

    Mungkin kita tidak memerlukan segulung ijazah, tetapi ibu bapa kita menginginkannya.

    Sekadar Berpendapat…

    [Reply]



  27. wazy says:

    selagi amsih muda,aku rasa baik habiskan je belajar tu,walaupun dapat income dari internet,pelajaran juga harus diutamakan

    [Reply]



  28. catzer says:

    Sampai skang parent aku tetap berbunyi minta aku cari keje yg tetap even aku ckp aku boleh survive. So, jgn dok bangga sgt dengan kejayaan yg dicapai selepas berambus dr Kolej/universiti. Sbb nyata dunia luar perlukan lebih dari itu untuk diharungi. Aku selalu fikir kalau aku nak suruh anak aku belajar tinggi2 mesti dia akan sound aku balik. Sib baik aku belajar habis..hahahah..

    [Reply]



  29. titan says:

    yap. habis belajar. pastu kena cari keje tetap. Seingat aku, takde kerja tetap kat dunia nih. Even Perdana menteri pun bukanlah satu pekerjaan tetap kat dunia nih..

    [Reply]



  30. rashid says:

    Tak dinafikan ramai pelajar U yang terjerat dengan program yang macam-macam ni, ada yang sampai extend bersem-sem, tu sebab dah gatal nak carik duit, tapi nak berhenti family tak kasi…ish ish ish!!!

    [Reply]



  31. Lina says:

    haha…lawaknyerr..
    u r right….apa2 pun ilmu dan pengalaman menimba ilmu tue penting.. 😛 topo..do i know you?sounds fmmiliar…

    [Reply]



  32. adi says:

    Salam, belajar tinggi ilmu melangit tapi tiada iman tiada makna nya

    [Reply]



  33. SHaffik says:

    usah terpedaya. Selai tak buat dan dapat dengan hasil titi peluh sendiri. Duit Internet bukan semudah yang di sangka.

    [Reply]



Leave a Reply