ini adalah post untuk berlagak tentang trafik di topotato.com

ini adalah post untuk berlagak tentang trafik di topotato.com

May 19

Pada awalnya aku nak tulis tajuk post ” bulan Mei yang best ” tapi akhirnya aku sedar.. kalau aku buat tajuk macam tu sure tak ramai yang baca. Buat apa nak bermuka-muka kan lebih bagus untuk bersikap jujur sahaja.. Semenjak mengalami kemarau dalam dunia blogging buat seketika, kini aku dapat tersenyum puas bila tengok trafik di topotato.com.. hehehe teringin nak tengok statistik terkini topotato.com?

trafik minggu lepas (4-10 Mei)

trafik minggu lepas (4-10 Mei)

trafik minggu ini (11-17Mei)

trafik minggu ini (11-17Mei)

sesi soal jawab..

aku agak pasti ramai yang akan bertanya pelbagai soalan tentang trafik ini jadi aku sediakan terlebih dahulu beberapa soalan popular yang mungkin akan timbul:

Q: Kenapa check guna nuffnang? kenapa tak guna analytics lain?
A: Mudah sahaja.. sebab nuffnang je yang bagi aku duit.. so baik aku gunakan nuffnang analytics.. :D

Q: Kenapa nak berlagak dengan statistik blog ini?
A: Saje suka-suka sebab tengok ramai blogger yang tunjukkan trafik masing-masing dengan pelbagai tajuk yang berbunga-bunga.. Dan satu lagi adalah untuk menggalakkan pengiklanan di blog ini.. hohoho rugi la trafik yang tinggi kalau tak dikongsikan bersama.. Satu lagi adalah untuk membuktikan sesuatu pada seseorang.. hohoho

Q: Apa yang topo dapat dengan trafik yang kononnya tinggi ni?
A: Hohoho secara jujurnya aku tak dapat apa-apa pon.. dan trafik ini sebenarnya tak seberapa nak dibandingkan dengan blogger lain.. Dan aku yakin ada beberapa orang je yang baca post ini sampai habis.. Yang lain semua tengok gambar lepas tu komen.. Sebab tu aku berani menulis dengan sangat jujur.

Q: Apa rahsia untuk dapatkan trafik yang banyak?
A: hohoho dah nama pon rahsia.. pastilah aku akan biarkan ianya kekal rahsia.. hahaha tapi rasanya dah ramai yang tau rahsia aku kalau mereka baca dengan teliti setiap post yang aku tulis di ketiga-tiga blog aku. Banyak rahsia yang tersurat dan tersirat di situ :D

hohoh ada yang tak puas hati dengan post ini? nak turut sama berlagak? Nak buat post serangan balas? Silakan.. tak kisah.. buat di blog masing-masing dan pasti takde orang yang nak larang…


Post yang berkaitan:

24 comments

  1. tra

    hahaha… bc je smpi habis.. btw.. tahniah =)

  2. menteil

    bagus! jujur macam nie lah bagus..
    tak payah nak berdalih2.. haha…

    ibu jari kasi naik atas….

  3. aku baca je sampai abis..baru komen..hehe..bila trafik 3 blog bergabung..komfem2 leh dapat 1k..lagi2 cisdel..

    • yonna

      aku slh tgk ke aku slh fhm? rasanya ni stat untuk topotato.com je :D

    • topo

      yup ni memang trafik untuk topotato je.. hohoho trafik cisdel tu berapa la sangat.. bukan banyak pon..

  4. nak wat gak cmni… hehe.. aku baca sampai habis ok! ^_^

  5. haha..bosan r topo..
    bnyk blog blk2 cter psl trafik..
    xde cter bnde len dh..hahaha

  6. rahsia topo mencapai trafik tinggi ialah dengan pergi ke disneyland hong kong tanpa membawa chokilala. hehehe

    p/s : header atas tu bila nak tukar. final exam da lama abes

  7. Azizwan

    relaks je aku baca smpai habis. hohoho.. apa2 pun, memang mantap!

  8. huhu rabak tol trafik..
    jeless

  9. cisdel…..setahun lepas uniques ko sekitar 600 kan…aku baru skarang dpt kejar…tapi ko dh sampai 1000-2000 la pulak….x puas ati ni….hohoho

  10. blowie

    ahahaha bro ko fire kat sapa kali ni haa? :P

    • topo

      haish.. mana ada fire sesapa.. hahah kalau ada dengan jujurnya aku dah mention nama terus.. :D

  11. Anarm

    giler hebat.. po, buat bengkel.. ajar kitorang tarik trafik light camtu.. huhu

    • topo

      trafik light tu apa weh? hahaha nanti la aku join bengkel wordpres aku buat la.. :D

  12. zik

    aku nak dapat seratus sehari pun susah.. huhu

  13. labu

    ok la dah byk visitor tahniah

  14. aku ingat aksi lagak ngeri apa entahnya dekat trafik yang ramai… trafik blog rupanya.

    takleh nak challenge blog ko.. trafik blog ko memang mantap la menghasilkan pulangan biarpun trafik tak seberapa.

    komen pun tak kurang seberapa jugak. berkepul2 trafik dari komen aje… hahahaaa

  15. Emily

    kalo kat KL, kat ne weh? hoho

  16. lazaac

    jelous plak aku tgk org lain nyer traffic mencanak-canak… :p

Leave a Reply