Epilog Kisah Miss I

Epilog Kisah Miss I

Apr 25

~~cerita bermula~~
dulu masa mula-mula kenal Miss I beriya je teruja..
masa awal-awal kene reject dulu, lagi berkobar-kobar..
biar masa yang menentukan..
1000 tahun pon sanggup ku tunggu..

tapi lepas tu macam tersedar..
penantian adalah satu benda yang sia-sia…
dan lebih sia-sia lagi bila penantian tu takde usaha dari 2-2 pihak..
lantas membuatkan aku berpaling arah dan cuba lupakan Miss I

tapi semua tu bukan mudah…
hahaha kemana sahaja aku pergi asyik ternampak je Miss I..
membuatkan aku nak cuba kembali mendapatkan Miss I..
lupakan kisah lama.. dan cuba bukak buku baru..

akhirnya aku berjaya mendapatkan Miss I..
hohoho gembira bukan kepalang masa mula-mula diterima Miss I
pelbagai perancangan masa depan dirancang…
dan semuanya indah-indah belaka.

tapi semua itu tak lama..
selepas beberapa ketika segala yang indah berubah rupa..
Miss I terlalu memntingkan diri sendiri dan ego..
segalanya semua tentang dia dan tak pernah memikirkan orang lain..

aku cuba untuk lupakan Miss I..
tapi bukan mudah beb…
banyak kenangan bersama Miss I..
tetapi aku cuba juga untuk melupakan Miss I

walaupun susah tetapi ianya perlu..
lebih lama bersama hanya menambah derita..
membuatkan aku menanti dneagn penuh harapan palsu je..
dan kini.. separuh jiwaku sudah berjaya meninggalkan Miss I..
menunggu masa untuk separuh lagi jiwaku untuk melupakan Miss I buat selama-lamanya..

~~cerita tamat~~

hohoho dah lama tak buat post luahan hati plastik macam ni.. hohoho kepada yang mengikuti kisah hidup aku dan Miss I pasti faham dengan apa yang aku cuba sampaikan ini.. kepada yang lain, jadikan post ini sebagai bahan bacaan santai je la.. hohoho


Post yang berkaitan:

15 comments

  1. apiih

    waahh….pagi2 dah berjiwangz erk..uhuhuh.layanzzzz

  2. aku pun tak dapat nak melupakan miss i yang tersayang… hahahaa

  3. yonna

    aku rasa.aku pun dah mula hampa T___T terlalu ketat peraturan utk dapatkan miss I sob sob :( tapi takpa lahhhhhhhh. haaha janji aku berblog dgn penuh bahagia :p

    takpe topo, NN pun kencang jugak kan :D

  4. Kujie

    Miss I ni terlebih jaga status
    T&C langsung tak boleh sentuh ttg dia
    tak boleh cakap apa2 pun tentang dia
    kalau nak bercerai kasih, jangan risau
    janda lama tu masih menunggu..hehehe

    • hahaha…betul kata kakji…pedas semacam je ayat…agaknya pasni mesti Miss I lagi merajuk…hahaha…cari pengganti org lain plak kott….

      Miss I sombong…haha..

  5. sebenarnya miss i dgn miss n ni mana lagi bes?aku pun kompius sekarang ni..huu

  6. sabarla.. awek cun mmg gitu.. susah nak dapat, senang nak melepas!

  7. x-po

    buatlah ketat2, lama2 bankrup..hoho sbb xda org nk guna lg dh

  8. Zul

    rilek topo…
    semoga berjaya….
    zul doakan..
    hehe… memang bukan senang nak lupakan seseorang..
    lagi2 kekasih.. kalau kawan, sat ja.. haha!

  9. hmm.. sori, tapi aku tak penah dengar pasal Miss I kat blog nie.. hoho, tatau history hidup ko.. Miss I tue Iphone ke?

    • topo

      hoho hbukan iphone.. aku anti iphone beb.. hahaha

      • tak silap aku, sejak aku kenal ko bersama dgn Miss I, dah dua kali dah ko putus dgn dia….agaknya ko rujuk kembali x? ke dah berpunya lain dah….? lalala…la..

  10. zool

    Hohoho.. ketat kan Miss I nya syarat..
    Nasib blog kete aku dpt lepas Miss I.. tapi tak hebat sangat lah ..

  11. wan

    hehe. sabar je la po. hati bukan boleh dipaksa. if u love something, let it go. if it comes back to u, its yours. if it doesn’t, then it never was…

  12. zan

    teringat zaman U dlu.. minat kat sorg awek ni. tau2 dia reject aku sbb nak ikut mamat sorg ni pulak.. lps beberapa bulan tau2 dengar pakwe reject dia pulak… Tuhan Maha Kaya… lastly nak kat aku balik… sory beb, i da delete nama u dari cip memory, sape name u ni ek ???

    hahaha…. Tersenyum panjang aku….

Leave a Reply