sebulan bersama cisdel.com mitos dan kebenaran…

Reviews March 27th, 2010

Pada 26 Februari yang lepas, topo telah berjaya mewujudkan satu lagi blog yang berlainan genre berbanding topotato.com dan nazrien.com. Kini setelah sebulan cisdel.com telah menjadi semakin kacak bergaya dan menjadi kegilaan gadis-gadis.. Dalam post ini aku akan menjawab segala kemusykilan dan pertanyaan yang pernah diajukan berkenaan dengan cisdel.com ini.

1) Kenapa cisdel.com diwujudkan?

Dah banyak kali aku menjawab soalan ini, seperti yang anda tahu, aku sudah pun memiliki 2 blog iaitu topotato.com dan nazrien.com.. Tetapi kedua-dua blog ini sangat tidak sesuai dibaca oleh orang kebanyakkan. topotato.com sesuai dibaca oleh orang yang tidak mengenali siapa topo dan nazrien.com pula khas untuk mereka yang bergelar blogger. Atas sebab itulah aku mewujudkan cisdel.com khas untuk bacaan semua pihak terutamanya rakan-rakan aku.

2) Bukankah telah ada banyak blog yang sama dengan cisdel.com?

Yup memang aku tak nafikan terdapat banyak blog yang seakan sama seperti cisdel.com dan semakin hari semakin banyak wujud blog seakan ini. Aku mewujudkan cisdel.com bukan untuk bersaing atau merebut blog mana yang lebih hebat, tetapi bukankah lebih bagus jika terdapat lebih banyak bahan bacaan yang menarik di alam maya ini? Selain itu, cisdel.com juga mempunyai keistimewaan tersendiri yang membuatkan ianya unik. Tak percaya sila layari cisdel.com

3) Siapa itu lembu cisdel?

hehehe lembu cisdel itu adalah binatang yang terperangkap di dalam blog cisdel.com. Untuk mengisi masa lapang dan mengelakkan kebosanan, lembu itu akan cuba meniru setiap post yang terdapat blog berkenaan dengan gaya dia yang tersendiri. Nantikan cisdel.com pada masa yang akan datang untuk menyaksikan kehebatan sebenar lembu cisdel ini.

penampilan pertama lembu cisdel

penampilan pertama lembu cisdel

penampilan pertama lembu cisdel di post gambar yang lawak semasa bermain ice skating.

4) Kenapa memilih lembu dan bukannya katak ke gajah ke tapir ke?

hahaha entah kenapa pada mulanya aku tidak berniat pon untuk membuat mascot untuk cisdel.com. Tetapi pada post yang kedua aku rasakan pasti lebih menarik kalau buat maskot cuba tiru aksi dalam post berkenaan. Ternyata cubaan itu mendapat perhatian ramai dan bila aku tidak meletakkan lembu cisdel itu ramai yang bertanya. Kenapa aku memilih lembu? hahaha sebab lembu sangat comel dan innocent dan sengal.. dan cisdel!!!

5) Bagaimana aku melukis lembu cisdel?

rahsia.. kalau akau bagitau nanti lembu tu marah.. hahaha satu je aku boleh cakap, aku gunakan adobe illustrator cs4 dan berbekalkan sedikit pengetahuan yang aku dapat dari google dan ketidak mampuan aku untuk melukis menggunakan pensel.

6) Harapan terhadap cisdel.com pada masa depan?

setiap orang atau setiap blogger pasti mahukan perkara yang baik sahaja untuk berlaku di masa yang akan datang, sama juga seperti aku. Di harapkan agar cisdel.com akan terus maju dan tiada unsur jahat yang cuba mengacau cisdel.com itu. Akhir kata jemputlah melawat cisdel.com dan menjadi peminat lembu cisdel itu di facebook.

16 Responses to “sebulan bersama cisdel.com mitos dan kebenaran…”

  1. apiih says:

    ahahahaha..kalau rase nak buat blog utk budak2 kecik,buatla 1 lagi blog.utk ank2 kecil..huhuhuhu

    [Reply]



  2. MrRollies says:

    haha..
    i like cisdel =P

    [Reply]



  3. TMUkmkd says:

    wow! cs4 beb 😀
    aku guna 7 je :p
    dan kadang2 artrage

    [Reply]



  4. Piratz says:

    lembu cisdel memang best.. haha…

    [Reply]



  5. Azizuan says:

    raya korban nnt kena sorok la beliau..

    [Reply]



  6. aizuddin says:

    gud luck cisdel..pasni leh wat produk cisdel pulak..takpun muncul dalam citer upin ipin..hehe

    [Reply]



  7. luthtextile says:

    mau menculik lembu ini, masuk blog aku

    [Reply]



  8. Anarm says:

    dah agak dah mesti pkai illustrator.. hahaha..

    [Reply]



  9. beliamuda says:

    semoga cisdel.com terus maju!

    [Reply]



  10. Incik Ahmad says:

    hoho~…lembu cisdel yg kat atas tu kasut bahagia depan dia hang salah lukis beb…kasut belah kanan dia hang sepatutnya buat dia kasi kt belakang….ini sebaliknya polaQ..hoho~…pape pon cisdel.com the best….sehingga telah membuatkan nenek aku gelak tak kering gusi…hohoho~~

    [Reply]



  11. EV says:

    peminat setia cisdel.com.sangat suke melihat gelagat lembu comel di akhir entri~

    [Reply]



  12. samanosuke_04 says:

    hehe, kiut gak senanye lembu tue.. btw, aku slalu singgah nazrien ngan topotato jer.. cisdel tue xsempat jenguk.. sori ek.. tapi still kagum ngan ko sebab bleh urus 3 blog skali gus.. mantap2!

    [Reply]



  13. mohdisa says:

    cisdel mmg comel…hehe

    [Reply]



  14. azrain says:

    bagi aku cisdel mmg unik dan aku rase tak penah jumpe lagi blog yg ade maskot…satu experimental yg sgt hebat! cisdel to u, topo!

    p/s: kadang2 bile aku tersebut ‘cisdel’, mmg aku akan tersenyum…hahahahahhaha

    [Reply]



  15. Amy says:

    bagi aku cisdel mmg unik dan aku rase tak penah jumpe lagi blog yg ade maskot…satu experimental yg sgt hebat! cisdel to u, topo!

    p/s: kadang2 bile aku tersebut ‘cisdel’, mmg aku akan tersenyum…hahahahahhaha

    [Reply]



  16. Liyana L says:

    teringin nak jumpa lembu cisdel WUU WUU

    [Reply]



Leave a Reply