respon topo:betul ke 16 program UniMAP tidak diiktiraf ???
Aku agak tertarik dengan artikel dari Kosmo bertarikh 15 Mac 2010 berkenaan dengan program di UniMAP (Universiti Malaysia Perlis) yang tidak diiktiraf. Berikut adalah beberapa pendapat dan respon topo terhadap artikel ini
Kenapa aku berminat dengan artikel ini padahal aku pelajar UTeM? hoho sebab takut nanti isu ini deperbesarkan dan akan melibatkan UTeM jugak nanti. Takut nanti ada pihak yang tidak bertanggungjawab akan memanaskan isu ini dan memberi kesan pada pelajar seperti kami.
Berdasarkan apa yang aku tahu, sesuatu program di Universiti belum boleh diiktiraf selagi masih belum terdapat pelajar yang belum bergraduasi dari jurusan berkenaan. Diulangi BELUM diiktiraf dan bukannya tidak diiktiraf.
Menurut laman web rasmi Universiti Malaysia Perlis, Universiti berkenaan diwujudkan pada 21 Julai 2001 dan program pertama yang ditawarkan adalah Sarjana Muda Kejuruteraan Mikroelektronik dan Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang mula ditawarkan pada tahun 2002 dan kini telah mendapat pengiktirafan penuh.
Bagaimana dengan 16 program lain yang kononnya tidak diiktiraf itu? hoho jadual dibawah mungkin akan membantu untuk memahami perkara yang sebenar. (Sumber daripada Laman Akreditasi UniMAP)
Program Pengajian | Mula Ditawarkan | Akreditasi |
1. Sarjana Muda Kejuruteraan Mikroelektronik | 2002 | Permohonan akreditasi pada 2006. Diberi pengiktirafan penuh (5 tahun). Tamat pada 2010. Penyerahan semula SAR telah dibuat pada Jan 2010. |
2. Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer | ||
3. Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Elektrik | 2003 | Permohonan akreditasi pada 2007. Masih dalam rundingan. |
4. Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Industri | ||
5. Sarjana Muda Kejuruteraan Perhubungan | ||
6. Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik | ||
7. Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik | ||
8. Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan | ||
9. Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan | ||
10. Sarjana Muda Kejuruteraan Metalurgi | ||
11. Sarjana Muda Kejuruteraan Rekabentuk Produk | 2005 | Permohonan akreditasi pada 2009.
Status akreditasi masih belum dimaklumkan oleh BEM kepada UniMAP |
12. Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal | ||
13. Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan | 2006 | Permohonan akreditasi pada 2010.
Laporan Self-Assessment Report (SAR) telah diserahkan kepada EAC melalui MQA pada Januari 2010. |
14. Sarjana Muda Kejuruteraan Bioproses | ||
15. Sarjana Muda Kejuruteraan Alam Sekitar | ||
17. Sarjana Muda Kejuruteraan Polimer | 2007 | Permohonan akreditasi akan dibuat pada tahun 2012 dan 2013 mengikut peraturan Engineering Accreditation Council (EAC) (iaitu semasa pelajar ambilan pertama berada di Tahun 4 pengajian) |
16. Sarjana Muda Kejuruteraan Bangunan | 2008 | |
18. Sarjana Muda Kejuruteraan Jaringan Komputer | 2008 | |
19. Sarjana Muda Kejuruteraan Fotonik | 2008 | |
20. Sarjana Muda KejuruteraanBiosistem | 2008 |
Tambahan info lagi, sama seperti UTeM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka), UniMAP merupakan universiti yang berdasarkan hands on learning dimana setiap para pelajar diberi latihan yang sangat berguna kepada industri dan graduasi daripada UTeM dan UniMAP sangat diterima oleh syarikat-syarikat.
Akhir kata untuk keterangan lebih lanjut berkenaan dengan pengiktirafan atau akreditasi sila lawati laman akreditasi UniMAP untuk mengetahui perkara sebenar. Topo tidak berpihak pada mana-mana pihak ataupun mahu menunding jari pada sesiapa, cuma risau isu ini akan dipergunakan oleh sesetengah pihak yang tak bertanggungjawab yang tidak tahu hujung pangkal dan hanya tahu memburukkan keadaan.
p/s: ada tak syarikat yang berminat nak ambil topo buat praktikal untuk semester depan? saya seorang penulis blog yang bakal bergraduasi dalam jurusan Sarjana Muda Sains Komputer (Media Interaktif).. (program ini sudah diiktiraf ye.. :D)
March 16th, 2010 at 2:09 am
ada tak yg sudi amek saya kerja?
saya takdela berkelulusan kosmo.
haha..
[Reply]
March 16th, 2010 at 2:09 am
utem…
[Reply]
March 16th, 2010 at 9:09 am
kalau ipta tak mungkin ada program yang tak diiktiraf sebab kan milik kerajaan. lain la kalau ipts. memang kena check betul-betul.
[Reply]
March 16th, 2010 at 9:15 am
isu ni boleh melibatkan gaji woo elok2x ko dpt gaji sekian2x sbb degree program xde iktiraf ko dpt la gaji hok sikit standard program lain.. hoho
[Reply]
March 16th, 2010 at 9:36 am
hehe… bdk unimap ucap tq kt en. topo…
[Reply]
topo Reply:
March 16th, 2010 at 10:06 am
wuish.. cmne ko bleh sesat kat sni plak ni.. hohoho
daripada ko datang sini baik ko pi baca cisdel.com
[Reply]
March 16th, 2010 at 10:35 am
ni lebih kepada salah faham je kot..kosmo, biasa la..
[Reply]
March 16th, 2010 at 11:53 am
isu hangat = sales paper tinggi
typical paper malaysia.
kejap lagi hilang la macam biasa.
[Reply]
March 16th, 2010 at 12:07 pm
haha… aku saja je melawat2 kt cni… yg cisdel ng nazrien pon aku ada baca… hehe
[Reply]
March 16th, 2010 at 1:25 pm
antara isu hangat yang menyentuh sistem pendidikan negara, seeloknya maklumat lengkap kena check dulu dengan pihak akriditasi..tak pasal2 timbul isu…
[Reply]
March 16th, 2010 at 1:44 pm
wah!!!!
sampai mcm tu…
salah paham kot
[Reply]
March 16th, 2010 at 8:27 pm
ade x ade org nak amik ak prak?aku budak comp engin..haha
[Reply]
March 16th, 2010 at 8:44 pm
kesian ex aku kt sana..hukhuk
[Reply]
March 16th, 2010 at 8:53 pm
kalau kos di unimap belum dikiktiraf ini pula yg terjadi kepada student2 mechanical enginnering di uitm shah alam (degree)(kos dn tmpt aku study). kos mechanical engineering d uitm bkn sj diiktiraf dlm negara tp juga luar negara..WOOOT! so student mech. eng uitm akn grad dgn degree untuk Malaysia dan Master dari Institut Mechanical Eng Europe. WHich means, ktorg boleh sambung PhD terus..
[Reply]
zul Reply:
July 6th, 2011 at 4:34 pm
hehe…uitm?? bagi machine ngn drawing sebijik…mne bley buat keje….x tahu pape
[Reply]
March 17th, 2010 at 7:47 pm
ape lagi . apply la les kopek 😛
[Reply]
March 20th, 2010 at 1:42 pm
miahahha.. standard ar problem macam ni.. tp IPT patut bgtau kat student diorang benda2 ni
[Reply]
mohdisa Reply:
March 23rd, 2010 at 4:21 pm
masalahnya, student pun taknak ambik tahu. bila dah keluar berita baru kelam kabut…hoho
[Reply]
March 23rd, 2010 at 4:21 pm
i hate kosmo! hehe
[Reply]
March 25th, 2010 at 2:52 pm
topo amik course sains komputer ke? patutla hebat. nti jadi top 10 blogger melayu kt malaysia la. 😀
[Reply]
March 25th, 2010 at 4:23 pm
eh kalau utem lak camna bro? belum jugak ke? menakutkan ja dengar..erkk..
[Reply]
March 27th, 2010 at 9:58 pm
selamat mencari tempat praktikal weh. sem depan aku pun kena gi praktikal…
[Reply]
June 29th, 2010 at 3:19 am
salam.. sy ni bkal plajar bru kt unimap tok course kjurutraan bioproses (degree).. msuk bln julai ni.. stelah sy bce sgale2 yg ade kt tenet ni sal unimap n ijzah nye x iktiraf ag.. wat sy sgt2 risau.. tkut xde kje nnt.. ape ptt sy buat?? x yah msuk unimap???
[Reply]
topo Reply:
June 29th, 2010 at 6:22 am
kalau baca betul-brtul post ni, pasti awak tak risau.. UniMaP menawarkan banyak benda yang tak terdapat pada u lain dan majoriti lepasan unimap dah dapat pekerjaan lepas tama pengajian..
[Reply]
July 3rd, 2010 at 11:52 am
sy nie bkal memasuki unimap bln….ijazah bgi kejuruteraan komputer bru diiktiraf kn?mujur sy dapat program nie
[Reply]
keci Reply:
July 7th, 2010 at 1:35 am
Maklumat Kelayakan / Detail Qualification
Bidang / Field of Study
: KEJURUTERAAN KOMPUTER / COMPUTER ENGINEERING
Negara / Country : MALAYSIA
Institusi / Institution : UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)/(Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM)
Kelayakan / Qualification : BEng (Hons) in Computer Engineering
Mod / Mode : Sepenuh Masa (Full Time)
Nilai Taraf / Equivalent : Setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan yang lain (euqivalent to Bachelor of Engineering from other Public Institution of Higher Learning)
Tempoh / Duration : Bagi pelajar yang bergraduat pada tahun 2006-2010
Sumber:http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/Sijil/frmSijilIPTA.asp?Bidang=J0901&Negara=M01&Institusi=M0100652&strID=30760
[Reply]
keci Reply:
July 7th, 2010 at 1:43 am
Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Komputer)
No. Rujukan : 11049
Nama Kelayakan : Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Komputer)
Tarikh Diluluskan Kementerian : 16/05/2002
Sesi Dimulakan : 2002/2003
Nama IPTA : Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
Alamat : Rumah Universiti, Universiti Malaysia Perlis
Kampus Kubang Gajah
02600 Arau
Perlis
No. Telefon : 04-979 8008
No. Faks : 04-979 8011
E-mel : pro@unimap.edu.my
Laman Web : http://www.unimap.edu.my
Peringkat : Sarjana Muda
Tahap : 6
Bidang : Kejuruteraan
Bil. Kredit : 135
Bil. Tahun : 8/4
Catatan : Telah mendapat akreditasi daripada Lembaga Jurutera Malaysia. BEM/041/0471/M/2005/2002 (0540) bertarikh 9 Oktober 2007. Diiktiraf bagi graduan kemasukan 2002, 2003, 2004, 2005 dan 2006 sahaja.
Sumber:http://www.mqa.gov.my/mqr/paparipta.cfm?IDAkrKP=11049
[Reply]
keci Reply:
July 7th, 2010 at 1:46 am
Sudah expired lah, bro……..
[Reply]