No Sweat!

Blogging March 23rd, 2010

Seperti yang korang tahu, sekarang ini aku memiliki 3 blog yang berlainan genre dan rupa. Satu berwarna hijau untuk tujuan suka-suka. Berwarna putih untuk tujuan menjadi kacak dan satu lagi berwarna pelik untuk tujuan yang pelik hohoho. Selain itu, sekarang ini juga aku sedang dalam proses menyiapkan Final Year Project yang kini masih lagi belum menampakkan sinar. Hohoho memang agak sengsara dan berpeluh-peluh jugak la nak handle 3 blog sekarang ini.

Kenapa ada 3 blog?

Kepada yang masih tidak tahu lagi, 3 blog yang berlainan rupa paras dan perangai itu adalah topotato.com, nazrien.com dan juga cisdel.com. Jika anda mahu baca sesuatu yang mengarut datanglah ke topotato.com. Jika anda mahu bahan bacaan yang sirius dan berilmu sila lah bertandang ke nazrien.com. Dan jika anda lebih berminat dengan bacaan santai yang kelakar dan menarik, cisdel.com adalah tempat tujuan utama.

Tak susah ke nak jaga semua blog tu?

Ramai yang bertanya tak susah ke nak jaga semua 3 blog tu? Secara jujurnya aku katakan ianya memang sukar dan berpeluh-peluh jugak la aku cuba untuk maintain 3-3 blog sekali gus tu. Tiba-tiba terasa kagum dengan blogger-blogger hebat yang mampu untuk menjaga banyak gila blog.

Walaupun banyak kesukaran yang melanda, tapi semua itu aku sanggup tempuhi dan rintangai kerana teringin jugak nak menjadi blogger yang hebat dan masuk Project Alpha suatu ketika nanti. Selain itu blog jugalah yang banyak membantu aku menempuhi hari-hari sukar tak kisah la dari segi kewangan ataupun masalah mental yang serius dan sebab itulah aku tak pernah menganggap blog aku sebagai beban.

Rahsia untuk jadi blogger hebat?

Secara jujurnya aku tidak layak untuk memberitahu rahsia menjadi blogger hebat tapi satu je nasihat daripada blogger picisan seperti aku ini, jangan anggap blog itu sebagai beban, anggaplah ianya sesuatu yang bermanfaat kepada anda dan mungkin orang lain. Satu lagi tips agar dapat meneruskan hidup sebagai blogger yang hebat dan tidak berpeluh-peluh untuk menghasilkan post baru yang bermutu, gunakanlah Adidas action 3 hohoho.

Adidas action 3

pasti tak berpeluh.. hohoho

Jauh di sudut hati teringin jugak nak jadi blogger hebat dan masuk project alpha. hoho tetapi aku sedar siapa diriku ini 😀

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions

16 Responses to “No Sweat!”

  1. Azizuan says:

    semoga anda mampu membawa ketiak anda seiring blogger2 hebat lain..haha

    [Reply]



  2. Azah says:

    entri di pagi hari,
    banyak salah eja.
    boleh diperbaiki lagi.
    cuba lagi lain kali.
    haha…
    topo jutawan nanti jangan lupa aku yek.

    [Reply]

    topo Reply:

    ko jadi doktor nnt sila rawat aku secara percuma.. hohoho

    [Reply]



  3. paeh says:

    *off topik*
    kesalahan ejaan juka tu teringat aku kepada pakar blogspot si juki.

    *on topik*
    aku respek sama kau yang sanggup berpeluh2 maintain banyak blog. semoga berjaya

    [Reply]



  4. titan says:

    hehe..yakin boleh aje. Insya-Allah, semua bulihhh..

    [Reply]



  5. aizuddin says:

    kalau berpeluh jugak camne ni?hehe

    [Reply]



  6. Luth Textile says:

    peluh tang lain la.. peluh tang beg duit .. haha

    [Reply]



  7. apiih says:

    ahahaha..ade byk blog boleh berpeluh-peluh jugak erk?huhuhu..kalau gune rexona blh x?uhuhuhu

    [Reply]



  8. Anarm says:

    berpeluh sakan aku baca entri ni..

    [Reply]



  9. boy_bersahaje says:

    Cayalah bro! Memang mantap ade 3 niche blog yang berbeza.Boleh dijadikan contoh blogger kental ni. Huhuhuhu

    [Reply]



  10. syin says:

    hahaha…topo pun no sweat gakk…hehe..
    berpeluh2 aku baca entri ni… (bkn apa, berpeluh sebab rehat seketika sblm smbung semula buat kerja rumah)

    aku guna rexona best woo…kering sepanjang hari…tak perlu risau dan ceria… – mcm iklan kotek je..

    [Reply]



  11. blowie says:

    hahahhaa,ni nak promote ape sebenarnya ni? ekekeke

    kalo ngko masuk PA, gua kompem follow citer tu 😛

    [Reply]



  12. samanosuke_04 says:

    wei2.. jangan rendah diri camtue.. aku pun nak jadik gak blogger otai! Jom buat keje sesama.. baru smangat sket..

    [Reply]



  13. wanwma says:

    saya dah lama pengikuti perkembangan blog topo, kejayaan topo kini boleh dikatakan sudah hebat..hanya perlu teruskan usaha dan masanya akan tiba..saya sendiri gembira melihat kredibiliti blog topo yg semakin meningkat naik sekarang!

    [Reply]



  14. beliamuda says:

    alah bisa tegal biasa. yg penting, blog jangan jadi beban. betul tak abang topo? 😀

    [Reply]



  15. mohdisa says:

    hoho…mmg susah mau handle banyak2 blog ni…sakit kepala pun ada…haha

    [Reply]



Leave a Reply