Apa yang Memey Suhaiza Ajar Aku Tentang Blogging…

Blogging March 7th, 2010

Entri ini diinspirasi dari entri aenaz, yang kemudian diikuti oleh chokilala, dan kemudian diikuti oleh menteil dan selepas itu hurulaini juga turut mengikutinya. Aku agak suka membaca post-post mereka lantas membuatkan aku juga mahu menulis post yang sama. Berikut adalah bebeapa perkara yang aku pelajari daripada Memey yang boleh dipraktikkan dalam dunia blogging.

1) Paras rupa itu sangat penting..

Secara jujurnya, aku sangat suka tengok muka Memey Suhaiza. Walaupun ramai yang kata dia teruk ke apa ke tapi bagi aku dia tetap cun dan itu je yang aku minat tentang dia. Perkara yang sama boleh diaplikasikan dalam blog. Rupa paras atau design blog adalah sangat penting untuk menarik minat pembaca. Walaupun post anda tak seberapa tapi jika pembaca senang melihat blog anda, mereka akan kembali lagi untuk bertandang.

cun giler memey

cun giler memey

2) Walaupun ramai orang tak suka biarkan je.. ramai lagi orang lain yang suka

Ramai betul yang tak suka Memey mungkin sebab kes dia dengan Norman dulu. Siap dekat facebook fanpage I hate Memey..  Tapi walaupun ramai yang tak suka, ada jugak orang yang suka contohnya aku.. Sama juga dalam dunia blog, mustahil la semua orang yang baca blog korang akan suka dengan blog anda. Pasti terdapat juga mereka yang tak suka blog anda dan cakap yang bukan-bukan.

3) Walaupun pelbagai halangan menimpa, hidup kena terus..

Dulu masa kes dia dengan norman hakim, memang teruk jugak dia kena. Tapi nasib baik dia tak stop dan menghilangkan diri daripada masyarakat. Hdup tetap perlu diteruskan dan sekarang ini macam banyak je rezeki dia berlakon. Sama juga seperti menulis blog, walau apa pon rintangan yang melanda, teruskan dan jangan putus asa kerana suatu hari nanti akan muncul juga kemanisan dalam menulis blog ini.

4) Untuk jadi lebih baik, sila bergaul dengan mereka yang baik.

Yang ini aku saje tambah, hohoho pandai-pandai la korang kaitkan dengan situasi Memey Suhaiza. Apa yang aku boleh cakap, circle of friends tu sangat penting. Sebab kita lebih cenderung untuk mengikut kata teman-teman dan rakan-rakan yang rapat dengan kita. Untuk blogging pulak, kalau anda ingin menjadi faymes dan bagus sila la berkawan baik dengan blogger yang faymes dan baik dan otai.. hahaha

Cukup la setakat ini sahaja apa yang aku pelajari daripada Memey Suhaiza dan boleh dipraktikkan dalam dunia blogging. Aku agak pasti akan banyak komen panas dalam post ini aku sedia menerimanya.. hoho kalau perlu delete aku delete la. hehehe

tak cukup? apa kata kalau subscribe je feed blog ni

24 Responses to “Apa yang Memey Suhaiza Ajar Aku Tentang Blogging…”

  1. joegrimjow says:

    pompuan cantuk buat blog
    cepat je naik kan
    hehe

    [Reply]

    Azizuan Reply:

    aset tuh..mmg ar..tuh y ramai laki pakai avatar pmpuan sexy..shit gila ah perangai..haha

    [Reply]



  2. MrRollies says:

    Halamak..
    sume dah buat entri camni T_T

    [Reply]



  3. abangnara says:

    hahaha.
    memey pun kena gak kali nie.
    ihik.
    mana yang baik jadikan pengajaran
    yang jahat wat derk jer la

    [Reply]



  4. aizuddin says:

    lepas ni..aku nak buat sape lak ek?heroin citer cinta tikar sejadah la pulak..hehe

    [Reply]



  5. Jaws says:

    haha..
    lawa plak memey kat atas tu..
    2 thumb up diatas kenyataan diatas..

    [Reply]



  6. Amir says:

    aku nak jadi femes n bagus.. kena selalu la lawat blog ni eh? hehe…

    suka entri ni.. pandai ko relate story psl memey ngan blog. nice..

    [Reply]



  7. Amir Zones says:

    nanti aku nak tulis apa yg siti nurhaliza ajar aku tentang blogging.. hehe…

    [Reply]

    zik Reply:

    amir, aku pulak nak buat pasal, apa yang diana daniele ajar aku tentang blogging… ngeh2..

    [Reply]



  8. zaryl says:

    yeya.. aku pembaca ke 16 haha

    tak cantik punnn.. I benci Memey tau! auuwww

    tu bukan kenyataan aku tp kebanyakkan wanita over sensitif yg terlalu terpengaruh dgn dunia artis yg melalaikan haha

    komen aku panas? kalau perlu delete nanti aku minta topo delete leh abg topo? hehe

    [Reply]



  9. greenia says:

    haha,
    i loikeee !

    [Reply]



  10. Pepejal says:

    suka memey gak..

    [Reply]



  11. eiyda says:

    yer..aku suke entry ko ni…
    mmg betul pe yg ko tulis tu…tu dr segi berblogging la kan..hehhe…
    aku mmg xsuke ngan memey tu..tu..ko tgk pic tu..plastik giler..wahahah ;p

    [Reply]



  12. apiih says:

    sape memey nih??yg aku tau..kes die ngan norman jer la,,hahahaha

    [Reply]



  13. aman says:

    haha. nie target keyword memey ker ape? hhuhu~~

    [Reply]



  14. menteil says:

    patut ko tambah… buat kontroversi untuk populariti yang pantas… samalah dengan blog… hehe…

    [Reply]



  15. Anarm says:

    aku pon suke memey..

    [Reply]



  16. naz says:

    nice one. memey pandai cari publisiti murah utk promote diri sndiri. x nak guna method tu? 😛

    [Reply]



  17. kertaz says:

    Ko pun dah jadi mcm si Aenaz gak ar Topo.. Isk3..

    [Reply]



  18. zaiMi says:

    wah memey dah masuk blog topo la. kena bayar royalti kat topo la lepas ni. hahah!

    [Reply]



  19. cik epal says:

    suka tengok muka memey. sweet. *kenapa dekat atas ni macam semua lelaki. haha 😀

    [Reply]



  20. Wan Perlis says:

    aku pun rasa nak buat gak entri macam ni.hehe
    memey penuh kontrovesi. hehe

    [Reply]



  21. ayesharamlee says:

    Baguskan, memey baik sebenarnya cuma dia silap langkah.. ayesha sendiri bersahabat dengan dia.. hope ada yg bagi dia peluang, syukur kita tak d beri dugaan seberat itu..

    [Reply]



Trackbacks

  1. Bagaimana cristiano ronaldo ajar aku blogging

Leave a Reply