mitos tentang mari menjadi kacak di internet…
kepada yang masih tidak tahu, aku baru sahaja mewujudkan blog yang kedua iaitu nazrien.com sebulan yang lepas.. (blog ketiga tak lama lagi.. hehehe). dan kepada yang tidak tahu juga, nazrien itu merupakan nama aku yang tertulis di surat beranak dan IC serta kad matrix dan bebrapa kad pengenalan diri yang lain.. hohoho dengan menggunakan tagline “Mari menjadi kacak di internet” banyak tanda tanya diajukan tentang kewujudan nazrien.com itu.. hohoho post ini bertujuan untuk mendedahkan segala kemusykilan yang berlaku.. 😀 anggaplah ini temubual yang dilakukan oleh topotato.com kepada nazrien.com
kenapa dari dulu tak guna domain nazrien.com?
memang tidak dinafikan, semenjak aku mengenal apa itu internet aku dah bercita-cita mahu memiliki domain nazrien.com.. hohoho tapi aku mengambil kepuusan untuk mempopularkan topotato dahulu baru munculkan nazrien.com dengan kacaknya di internet.. aku mahu bila orang google sahaja nama aku di internet keluar perkara yang baik-baik dan berguna sahaja.. hohoh
kenapa munculkan nazrien.com sekarang? dah cukup kacak ke kat internet?
hehehe, aku masih lagi terlalu kerdil di alam maya ini… masih belum layak lagi bergelar pakar apetah lagi otai.. hahaha tapi aku mengambil keputusan memunculkan nazrien.com sekarang kerana kebanjiran domain berbau kedai yang berlaku pada masa kini. kalau aku tak bertindak segera takut nanti ada orang lain yang mendaftar nazrien.com terlebih dahulu. memang frust au kalau macam tu.. hohoho
domain ibarat gadis yang hot, jika lambat korang bertindak esok lusa nanti dia akan diusya oleh jejaka kacak yang lain.. (nazrien,2010)
apa niche nazrien.com dan kenapa memilih niche tersebut?
hehehe sesuai dengan nama domain yang menggunakan nama sendiri, nazrien.com diwujudkan untuk berkongsi tentang perkara yang aku minat dan agak mahir. buat masa ini aku mulakan dengan tips-tips menjadi blogger yang kacak dan beberapa info berkenaan dengan wordpress. tapi.. nantikan kemunculan sebenar nazrien.com yang akan mendedahkan tentang minat dan kepakaran sebenar aku di alam maya ini.. hehehe
kenapa gunakan tagline mari menjadi kacak di internet?
buat masa ini apa yang aku boleh katakan adalah anggaplah ianya ibarat satu doa.. apabila orang menyebut nazrien akan ditambah perkataan kacak di belakangnya.. hahaha selain dari itu, nantikan kemunculan penuh nazrien.com tagline itu memang dicipta untuk itu.. hohoho
kenapa nazrien.com ada fan page di facebook tapi topotato.com takde pon.. kata topotato.com trafik 400-500 tiap-tiap hari. tak berani ke nak buat fan page?
hahaha soalan yang memakan diri sendiri.. ya.. trafik topotato.com memang 400-500 setiap hari (jawab dengan rendah diri) tapi majoriti trafik itu berasal daripada hasil carian google, yahoo dan sebagainya. amat kerdil blog topotato.com jika mahu mengira jumlah pelawat yang kerap bertandang setiap hari..
selain itu, nazrien.com diwujudkan untuk menyampaikan informasi.. tiada post sembang-sembang kedai kopi akan tertulis di sana.. dan atas sebab itu fan page nazrien.com diwujudkan. berbeza dengan topotato.com, blog yang bergenre carca marba mentega kacang ini aku boleh tulis pelbagai jenis post yang aku suka.. hohoho walaupun ianya hanya sekadar post …. atau post yang lebih pendek daripada jumlah komen.. semuanya aku boleh tulis disini.. hohoho oleh situ tidak perlu rasanya fan page topotato.com di facebook.
akhir kata dan pesanan kepada pembaca..
akhir kata, jika anda mahu menjadi kacak di internet jemputlah melawat nazrien.com atau jemputlah menjadi peminat nazrien.com yang ke 60++ di facebook..
February 4th, 2010 at 6:46 am
kak jie ada 3 domain ( 3 blog )
hanya kujie2.com saja yang dipopularkan untuk beramah mesra dengan blogger.
tak aktif di FB, jadi tak dapatlah nak join mengkacakkan diri di fanpage…hehehehe
[Reply]
February 4th, 2010 at 7:16 am
aku pon nk jadi kacak jugak la…
[Reply]
February 4th, 2010 at 8:07 am
esklusif betul temu ramah ni. semoga kekacakan nazrien.com akan bertambah2.. 😀
[Reply]
topo Reply:
February 4th, 2010 at 3:05 pm
memang esklusif.. xleh dapat kat mana-mana ni.. hanya di topotato.com 😀
[Reply]
February 4th, 2010 at 12:51 pm
wah,..lepas nie kayalah budak kacak nie..haha..
[Reply]
topo Reply:
February 4th, 2010 at 3:05 pm
amin untuk 2-2.. kacak dan kaya… hohoho
[Reply]
atokk Reply:
February 6th, 2010 at 1:51 pm
kwang2..
[Reply]
February 4th, 2010 at 2:21 pm
semoga kekacakan nazrien turun ke blog apiih..hahahaha
[Reply]
Pisyek Reply:
February 7th, 2010 at 2:32 pm
dan juge ke blog Pisyek…
hehehe… =P
[Reply]
February 4th, 2010 at 3:11 pm
langkah utk promosikan nama sendiri(nazrien) utk tahun baru dah nampak hasil….terbaikk la
[Reply]
February 4th, 2010 at 3:20 pm
Saya suka quotes tu..kelakar lah
[Reply]
February 4th, 2010 at 3:58 pm
rajin ko tuleh blog sampai 2-3 uhuhu…
klo aku join kang kata aku gay..
takut arhh.. hehehe
[Reply]
topo Reply:
February 4th, 2010 at 4:00 pm
jadah ape plak gay2 ni? adeh…
[Reply]
HURULAINI Reply:
February 4th, 2010 at 5:59 pm
topo mmg tak boleh dipisah dari perkataan gay….hahahaha
weh, bila nak interbiu aku plak?
[Reply]
topo Reply:
February 5th, 2010 at 5:42 am
aku tak tau nak reply apa kat komen ni.. hahaha
[Reply]
February 4th, 2010 at 5:38 pm
cehh,dari semalam aku tertanya tanya sape la yg ko temuramah.
terkono aku dehh,hahahaha.
[Reply]
February 4th, 2010 at 6:07 pm
topo kacak? hehe jk
[Reply]
February 4th, 2010 at 6:09 pm
nazrien memang nama yang kacak saya terpikat da.. hahah
[Reply]
topo Reply:
February 4th, 2010 at 6:10 pm
ya.. tepat sekali.. lebih kacak daripada FA.. hahahaha
[Reply]
cik ara Reply:
February 4th, 2010 at 11:12 pm
uhuk… jangan lah compare dgn my FA.. nnti u kalah… wakakkakaka… kamu bawah sikit dari FA..hahhahah
[Reply]
topo Reply:
February 5th, 2010 at 5:42 am
hahaha target mesti yang paling tinggi… 😀
[Reply]
February 5th, 2010 at 5:14 pm
hoho..menarik. pasnie, boleh aku wat blog, mari menjadi hensem bersama aman. hehe.
btw, apakah blog ketiga itu? huhu
[Reply]
topo Reply:
February 5th, 2010 at 5:17 pm
blog ketiga tu bakal menyaksikan apa gaya penulisan blog yang aku idam-idamkan selama ini.. hhohoh tunggu.. hehe aku dah buat promosi secara halus dah pon.. wahahaha
[Reply]
February 6th, 2010 at 9:54 am
aku ade 4 domain.. cuma Anarm.Net sahaja yang menonjol skit.. yang lain2 bergerak dlm arena Underground.. hehe
[Reply]
February 7th, 2010 at 2:21 pm
mari menjadi kacak di Internet?? cool! btw, manyak duit smpi nak wat 3 blog? kaya dan hensem sungguh encik nazrien ni… ekekeke… 😀
[Reply]
February 11th, 2010 at 3:04 pm
hehe. aku memang kacak dan comel apa..
[Reply]